Thursday, November 28, 2019

Salai Master @ Damansara


First time lunch kat Salai Master.
Sape lagi yg nak bawa kita,
tentulah enZaf.
Dia baru tahu tempat ni dari kawannya Boy.
Kawan dia la ajak makan sini,
punya la dekat ngan opis dia,
tak tahu kewujudan kedai makan ni.



Ai tak sempat nak tengok lauk2 kat situ,
terus duduk kat meja makan
sebab Qaireen tidur.

Tau2 je lauk dah ada depan mata hehe
Makan je la apa yg enZaf hidang.



Mangkuk kanan tu daging masak lemak cili api.
Tp tak nampak plak dagingnya :p



Akak Zahra tetiba sakit perut huhu



Masa makan ni Aliah Ariq takde,
dorang kat sekolah.
Oh ni gambar baling kebelakang.
Almaklumlah asik je lambat nak update huhu

Kat sini ada macam2 makanan gak,
pilih la apa yg rasa nak makan.



Menarik pilihan yg ada kat sini.
Next time datang boleh try yg lain plak.



Kedainya sampai malam,
rasanya malam pasti lagi meriah.
Siap ada persembahan band lagi.
Kedai ni kat Kayu Ara.
Waze aje kalau nak ke sana.

Saturday, November 23, 2019

Pertandingan Yamaha Keyboard Music Time Peringkat Negeri Selangor 2019


Pada 4hb November yang lepas, akak Zahra dan kawan-kawan sekolahnya ada masuk pertandingan keyboard antara sekolah anjuran Yamaha. Ikutkan plan asal pertandingan tu diadakan pada bulan 10, selepas hari Deepavali dan tempat pertandingan dibuat di sekolah area Bukit Jelutong. Tapi postponed pada awal bulan 11 dan tempatnya pun berubah dijalankan dalam bangunan Yamaha itu sendiri di Kelana Jaya. Menarik juga sebab ai tak pernah masuk dalam bangunan ni. Selalu nampak je kat tepi jalan bila kita lalu ldp :)

Sebelum kami ke Yamaha ni, sempat la breakfast dulu kat Mutiara. Oh akak Zahra dia dah berkumpul dekat sekolah awal pagi lagi, dan pergi bersama dengan guru. Giliran bagi sekolah dorang bermula pada pukul 11 pagi. Lepas makan terus kami ke sana. Sampai-sampai terus ai cari Zahra dan apa lagi, ambil gambar la hehe



Group dorang 5 lelaki dan 5 perempuan.



Thank you enZaf sudi meluangkan masa bawa ai tengok akak Zahra dan support dorang. Sanggup dia postponedkan meetingnya. Thank you, thank you, thank you.



Seperti biasa la budak ni tak reti duduk diam. Ke sana sini dia berjalan.



Walaupun dia tak duduk diam, janji Qaireen tak meragam dan bising. Umpan dia makan dan tengok Didi & friends setel haha Alhamdulillah. Agak lama juga menunggu nak start tu, sempat la ai ambil gambar sikit dari sekolah-sekolah lain yang join pertandingan ini.

Gambar bawah ni murid Tahap 1. Dorang start pertandingan awal dalam pukul 8 pagi. Cantik bajunya. Warna menarik. Habis dah giliran dorang masa ni, tengah bersiap-siap nak balik.



Masa ai baru sampai tu pun nampak ramai murid-murid Tahap 1 nak balik, ya ampun comel gila baju-baju dorang. Ada yang tema butterfly, ada pakai bee la macam tengok konsert prasekolah pun iya juga. Serious comel sangat tapi sayang tak sempat ai ambil gambar dorang. Masa tu dah bergegas naik atas nak cari Zahra.

Yang bawah ni cantik juga pakaiannya, macam penari zapin. Tak tahu sekolah mana, curi-curi snap gitu hehe.



Yang sekolah ni pula, pakai pakaian mengikut kaum. Macam nak raya pun ada. Lawa-lawa tengok.



Ada hujung tu nampak sket pakaian koboi. Dorang tengah tunggu giliran nak perform. Dalam banyak-banyak sekolah, paling ramai pakai pakaian yang berwarna merah. Merah tu warna buat kita semangat gitu.



Nak start dah. Giliran pertama okay. Ada 4 orang juri profesional.



Ai ambil video masa dorang ni main keyboard. Tak tahu kenapa tak boleh masuk dalam entry ni. Mungkin videonya panjang sangat kot. Nanti ada masa ai cuba masukkan semula. Muka lega dah selesai perform. Harusla gembira.



Anak-anak ni semua ai dah kenal mereka dari Tahun 1 lagi. Dan dorang pun dah kenal ai mak sapa hahaha Oh kecuali Damia & Aqil, dorang berdua masuk lambat sikit Tahun 2. Tapi kejap je dah kenal lepas tu. Bergambar dengan guru mereka sebelum balik. Bersama Cikgu Faizura dan Cikgu Atiq.



Bergambar ngan Daddy. Ariq tu tak tau la kenapa buat muka macam tu. Selalunya kalau gitu tanda muka dah lapar :p



Harusla ada bergambar dengan Mummy pula.



Sekolah dorang ni first time join pertandingan keyboard ni. Pertandingan ni terbuka untuk semua sekolah negeri Selangor. Tak silap dalam 2 hari nak habiskan kesemua sekolah yang bertanding. Tak sure jumlah keseluruhan sekolah yang join tapi puluh-puluh juga la. Itu pun tak semua masuk, Selangor je dah beratus sekolah kot. Kalau semua masuk tak tahu la berapa lama nak habis hihi.

Masa masuk ni cikgu dan anak-anak takde letak high expectation sebab first time kot. Cikgu cakap lebih kepada nak kutip pengalaman. Tapi tak sangka pula, dalam hari ke-3 selepas pertandingan, cikgu Faizura beritahu kami ibubapa yang mereka dapat Bronze. Ya Allah terkejut ai. Memang tak disangka, rezeki anak-anak sungguh. Tahniah atas usaha mereka dan bimbingan dari cikgu. Tak sia-sia praktis hari-hari dari sebelum exam akhir tahun lepas tu stop sekejap dan sambung balik lepas selesai exam hehe Good job & well done anak-anak dan cikgu.

Oh mana sekolah yang menang dapat Gold, tak silap ai mereka akan bertanding lagi dengan semua Gold dari negeri-negeri lain pula untuk peringkat Kebangsaan. Perghhh yang ni lagi power la. Mesti lagi best performance dorangkan.



Wednesday, November 13, 2019

40th Wedding Anniversary


Pada 26hb Oktober yang lepas, makan malam dengan family ai. Tempat makan diuruskan oleh adik-adik Nani dan Yusreena. First time kami makan kat Boss Daddy. Kedai makan stail steamboat buffet. Yang pasti kedainya dekat ngan rumah ai Kota Damansara hehe Dekat KD ni memang banyak kedai makan. Siapa suka jalan-jalan cari makan, elok la datang ke KD ni :)

Kali ini bukan setakat makan malam biasa-biasa aje, tujuannya untuk sambut hari ulangtahun perkahwinan buat mak & abah. Tiap kali ulangtahun perkahwinan tiba memang kami sambut walaupun sekadar di rumah. Cuma tahun ni berbeza sedikit sebabnya adik-adik ai nak ajak boyfriend join sama. Tapi sayang adikku Hana tak dapat join makan-makan ni. Huhuhu tak complete satu keluarga Yusof.



Ada 2 orang bakal menantu pun ada turut makan bersama. Lupa nak pow dorang bayarkan hahaha First time ai bersemuka dengan boyfriend Nani. Dia ni jenis tak pernah beritahu pun ada special. Tup tup bawak terus. Pandai ya rahsiakan dengan kaklong dia. Boyfriend Yusreena pula memang dah lama kenal. Sama belajar kat Poli.



Anak-anak ni suka steamboat stail buffet ni. Dorang ni akan pergi kat tempat makanan ulang la sepuloh kali pun takpe. Macam-macam mereka ni akan bawa ke meja. Tapi awal-awal lagi ai dah pesan syaratnya tak boleh ambil portion banyak melimpah ruah atas pinggan. Sikit je sudah. Nanti tak habis membazir pula.

Kemain akak Zahra masak. Untuk Mummy katanya, tapi kenapa mulut tu muncung-muncung meniup makanan. Nak bagi sejuk ye hihi



Yang sorang ni pun rajin masak juga, ai hanya rajin makan. Thank you Yang! ;)



Boleh tahan juga la buffetnya, macam-macam menu disediakan. Untuk harga dewasa RM20 lebih, lebih kurang RM30 la. Kanak-kanak ai tak berapa ingat pula, tapi tak lebih dari RM20 kalau tak silap. Boleh tengok kat Facebook untuk lebih details. Search saja Boss Daddy. Lepas makan-makan, apa lagi. Sesi bergambar la kami.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-40 Mak & Abah!!! Semoga berkekalan hingga ke Jannah, diberi kesihatan yg baik dan diberkati oleh Allah S.W.T.



Adoiii sebak pula tengok muka orang tua kita ni. Along sayang sangat-sangat mak & abah. 40 tahun dah usia perkahwinan mereka, Alhamdulillah masih utuh ikatan mereka. Secara tak langsung, anak sulong dorang pun bakal mencecah angka 4 hehehe

Gambar kami sekeluarga.



Gambar dengan adik beradik. Angah je takde kira Qaireen wakilkan la. Padahal sikenit tu dah start meragam, tak nak orang lain dukung. Masa waktu tu pun dah pukul 11 malam lebih, dah lepas waktu tidur dia. Buat apa semua tak kena.



Bergambar semua sekali. Terima kasih 2 orang bakal menantu tu datang memeriahkan majlis. Along doakan adik-adik cepat kahwin. Semoga keluarga ni makin bertambah besar dan bahagia selalu.



Sayang semua!!

Sunday, November 10, 2019

Breakfast kat Kelana Jaya


Tak pernah kami pergi breakfast kat area Kelana Jaya. Pergi ni pun gara-gara kawanku Nani hantar kat Whatsapp tempat nak breakfast. Maka laju lah diriku forward kat enZaf nak ajak dia cuba makan kat situ :) Takde la harini forward terus esok pergi makan, mana tempat yang menarik untuk dicuba selalunya kami save dulu nanti ada kelapangan baru kita pergi cuba hihi Pergi ni pun pada hari minggu, dalam pukul 9 pagi lebih kot kami sampai. Tidak la pagi sangat, matahari dah terpacak tinggi dah pun dan kami berpeluh sudah okay. enZaf parking agak jauh juga kat medan selera tu. Sabar je la. Nama kedai Lontong & such.



Akak Zahra nak makan nasi lemak katanya.



Aliah pilih english breakfast. Bukan main anak dara ni..omputih sangat. Ariq pun makan sama juga dengan Aliah.



Order roti jawa eh betul ke namanya, ingat-ingat lupa pula.



Kalau ditengokkan rupanya, lebih kurang macam english breakfast. Bezanya tiada sosej saje. Dan ai semestinya la makan lontong. Dah nama kedai pun Lontong & such kan.



Tapi sayang lontongnya tak berapa nak umphh sangat. Kuahnya macam kurang rasa. Lihat pada warna pun pucat sedikit, kalau tambah serbuk kunyit baru naik warna tu lagi menarik hehe Ai rasa kena tambah santan bagi berlemak lagi kuahnya. Bahan dia ai suka sebab macam-macam dan banyak. Part tu memang puas hati. Tak tahu sama ada kuahnya memang rasa begitu atau pun mungkin hari kami makan ni kurang sedap. Rezeki tidak menyebelahi diriku agaknya. Tapi makanan yang lain tu semua sedap. Licin pinggan anak-anak makan hehe Sempat ambil gambar anak dara berdua ni.



Kalau nak ke tempat ni, Waze aje la ke Selera Wawasan.



Pada waktu petang sikit kami ke Giant, beli barang dapur.



Bukan senang nak dapat gambar Qaireen senyum. Itu pun blur sikit sebab tak reti duduk diam.



Jadilah dari takde.

Thursday, November 7, 2019

Birthday enZaf


Ohoiiii lama gila tak update blog. Dari hari ke hari asyik je tak jadi. Bila semangat nak menulis tu datang, ada je yang menghalang gitu hehehe Alasan sangatkan. Ni cerita bulan lepas. Sampai dah ingat-ingat lupa kami buat apa haritu. Tarikh 6hb 10 birthday enZaf yang jatuh pada hari Ahad. Seperti biasa pergi makan dan makan. Tak pergi jauh mana pun, "celebrate" kat OU saja.

Bergambar masa nak keluar rumah, Qaireen tengah tunggu Daddynya pergi buang sampah sambil pegang bunga. Halus je bunga tu kutip dari laman parking hahaha Perangai petik bunga ni bermula dari Ariq. Pantang nampak bunga kat tempat parking, "confirm" dia ambil lepas tu bagi kat ai. Sweet sangat nak oi.



Bila Daddy dia dah buang sampah harusla bergambar bersama. Serious muka anak dara tu, cuaca panas lit lit sampai berkerut kening. Janji pandang kamera Mummy dah gembira :p



Sebelum menuju ke tempat makan. Kenalah bergambar lagi dan lagi. Mujur anak-anak ni memahami perangai Mummy dorang. Suka ambil gambar tak kura dimana dan masa hehehe Hari tu penuh la gambar enZf dan anak-anak. Banyak kali "snap", nasib baik dapat juga satu gambar yang Qaireen pandang. Jenuh okay panggil dia.



Qaireen tu kena berdukung, baru senang nak bergambar. Kalau bagi dia berdiri, sibuk nak berjalan dan datang ke arah ai. Tak boleh berenggang la nak oi. Lepas itu kami terus ke Sushi Zanmai. Anak-anak paling gembira. Suka betul makanan Jepun dorang ni. Kalau pergi makan memang selalunya kita makan makanan kegemaran anak-anak pun kan :p

Akak Zahra ngan meenya. Apa nama lupa.



Antara makanan yg diorder oleh anak-anak.



Makanan lain tak ambil gambar, ai dah sibuk makan hihi Lama juga kami duduk situ. Sampai Qaireen dah mengamuk nak susu. Selesai makan ai terus ke baby room. Sementara itu enZaf dan anak-anak, pergi pusing-pusing mall. Dah habis menyusu "whatsapp" tanya kat mana dan jumpa dorang kat Bisou.



Rupanya lama dah dorang kat situ. Sampai sanggup tunggu Mummy baru boleh makan. Dorang tau sebab nanti mummy mesti nak ambil gambar hahaha Terima kasih anak-anak, korang memang sangat memahami.

Kek pandan gula melaka dengan apa ntah nama lagi satu, macam kek coklat nutella gitu la.



Tak sabar dah nak makan 2 orang ni. Biskut dorang amik tu ya ampun manis. Bagi ai la, untuk dorang ok aje. Faktor usia. Manis sikit pun dah terasa sampai ke otak :p



Anak bujang sorang ni pun gembira dapat rainbow cake. Tanya banyak kali, dah boleh makan ke Mummy? haha



Aishhh birthday siapa la ni, semua dapat makanan sorang satu hehehe Bukan main lagi.



Anak-anak menyanyi lagu birthday tuk Daddy.



HAPPY 42th BIRTHDAY EN.ZAF!! Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan diberkati oleh Allah S.W.T.

I LOVE YOU!! :)

Dah balik rumah baru perasan, takde pun gambar ai berdua ngan enZaf huhu Tunggu birthday ai la pula, kena gambar berdua okay.