Wednesday, July 5, 2023

Random Sundays


Entry ini kisah pada hari Ahad yang lepas. Kebiasaan sebelum hantar akak Zahra, kami akan keluar makan walaupun dah makan di rumah hahaha.. makanan dan kami berpisah tiada, suka betul makan :p Kami singgah makan di Restoran Jamal, Kelana Jaya. Sementara menunggu makanan sampai, ambil gambar Qaireen dengan earing barunya. Dia sendiri yang pilih nak butterfly. Beli di Lovisa, Paradigm Mall.



Habis makan kami masuk Speedmart. Akak Zahra pilih bekalan untuk di bawa pulang dan Mummy dia pun ambil kesempatan sekali beli makanan dan minuman untuk mengunyah sebagai stok di dapur :) Selesai semuanya kami sambung perjalanan ke Batang Kali. Memandangkan jam masih awal lagi, enZaf ajak berhenti minum petang. Tu dia tak kenyang-kenyang kan :p



Pertama kali singgah di Semangkuk Cendol Kafe. Kami hanya order dua sahaja ABC dan Cendol. Anak-anak tak nak makan atau minum sebab dah kenyang. Boleh tahan sedap, kena pula waktu itu cuaca panas memang tak toleh kiri dan kanan dah hehehe...



Masuk pagar sekolah sebelum pukul 6 petang. Hantar cepat-cepat dan sempat minta enZaf ambilkan gambar ai dan akak Zahra. Lepas ini dia sibuk latihan untuk MSSD Hoki Hulu Selangor. All the best kakak! Keesokkan paginya Aliah dating dengan Daddynya. Tak jauh mana di kafe sahaja.



Begitulah bila ramai anakkan. Perlu bahagikan masa untuk mereka supaya mereka rasa kita ni sayangkan mereka sama rata.

No comments: