Wednesday, June 30, 2021

Projek Sains: Topeng Gigi di Tangan Tahun 3


Ini adalah projek subjek Sains untuk Ariq bagi tahun 2021. Bahan-bahan untuk menghasilkan topeng ini tidaklah banyak, kita perlukan kad manila, watercolor, marker, gunting dan double-sided tape. Hanya kad manila je tak ada dalam rumah ini, dah habis pakai. Jadi ai guna kertas warna bersaiz A4 yang tebal sebagai ganti. Mujur memang kat rumah ini ada simpan kertas warna yang tebal, yang jenis buat cover untuk buat assignment tu.



Cikgu Sains minta murid-murid buat salah satu topeng berdasarkan dari Buku Teks. Antara 3 jenis haiwan tersebut, Ariq memilih topeng buaya. Katanya senang sikit nak buat. Kalau tengok pada haiwan Monyet dan Arnab tu, lebih rumit nak lukiskan. Buaya nampak lebih mudah. Pakai kertas warna hijau, warna putih tak ada.



Dah gunting bentuk buaya tu, Ariq warna pula dengan watercolor. Senang kertas dah hijau jadi warna sikit je dengan warna hijau gelap pula. Cuma bahagian gigi, mata dan hidung perlu warnakan putih, tambah kerja sikit lah. Kalau kertas sedia putih lagi senang tak perlu warna dah.



Dah kering warna buaya tu, baru lekatkan pula gulungan kertas untuk masukkan tangan. Bab gulung kertas ini ai tolong Ariq. Sebab dia tak tahu nak ukur tangannya. Pastikan gulung kertas tu ikut besar penumbuk tangan. Kalau ikut pada lengan atau pun pergelangan, nanti sangkut tak boleh masuk.



Inilah hasil Ariq untuk tugasan Sains kali ini, iaitu Topeng Gigi di Tangan. Dalam 35 minit jugalah siap. Dan seperti biasa pukul 12 pagi baru buat huhu..





Hasil ini perlu dihantar kat sekolah. Cikgu Sainsnya letakkan kotak di dewan untuk submit buku Aktiviti dan projek ini sekali. Setakat ini hanya subjek Sains je yang hantar buku di sekolah. Subjek lain semuanya di dalam GC. Masa Aliah Tahun 3, dia pun buat topeng yang sama macam Ariq. Tapi dia buat topeng ini dan siapkan semuanya di sekolah. Balik rumah baru tunjuk hasilnya. Ai tak ambil pula gambar buaya dia tu hihihi.. Dah masuk bulan Julai, pejam celik berlalu sudah setengah tahun. Moga ada sinar untuk kita yang berbaki lagi 6 bulan tahun 2021 ni.

Tuesday, June 29, 2021

EURO dan Birthday Ariq


Bulan Jun adalah bulan birthday satu-satunya hero Mummy, Ariq Firman. Disebabkan birthday dia tahun ini jatuh pada waktu PKP 3.0 maka kami tak dapat nak bawa makan di luar :) Tarikh harijadinya 20hb tapi baru hari ini dia dapat birthday present. Dalam pukul 10 malam tiba-tiba ada orang ketuk pintu, rupa-rupanya hadiah Ariq dah sampai. Terkejut pukul 10 malam pun masih ada penghantaran lagi. Baru je dalam pukul 9 malam dia ada sebut bila nak sampai hadiahnya, tak sabar dah. Tup tup sampai dah.



Besar betul kotaknya. Pertama kali Daddy dia beli mainan secara online di Toys"R"Us. Ariq dapat lambat sikit hadiahnya sebab menunggu dia buat pilihan. Hadiah tahun ini dia request nak NERF gun. Sebelum pilih yang mana satu, Ariq dan Daddy siap tengok dalam Youtube lagi untuk lebih details cara penggunaan dan recommendation dari Youtuber. Kira macam testimoni la kan hehehe.. macam-macam lah dua beranak ini. Ada pelbagai jenis juga gun NERF ni, Ariq dah ada satu di rumah tapi saiz yang kecil. Kali ini dia nak yang besar pula. Akhirnya inilah pilihan Ariq. Bukan main besar gun dari orang :p



Dah alang-alang beli untuk Ariq, ai selitkan satu untuk Qaireen. Tapi mainan kecil je hihihi.. sekarang ini dia suka pula dengan Paw Patrol. Siap tahu nama dalam karakter mainan tu. Tengok dalam Youtube la tu kan. Sebab tak ada siapa pun yang ajar. Masa order dalam website Toys"R"Us tu ai yang buat, itu yang masukkan sekali mainan Qaireen. Bila masuk bab payment kita guna kad enZaf je hahaha..



Kusyuk Qaireen main dengan mainan baru. Ai panggil nak ambil gambar pun dia buat tak tahu. Ariq dah dapat gun dia terus main. Daddy dia pun cuba juga main gun Ariq dan dia dah seronok. Katanya nak beli lagi satu model lain pula, nanti boleh main dengan Ariq kat luar rumah. Dia seronok sebab gun tu boleh tembak 15 darts. Ai pun angguk sajalah, memandangkan anak lelaki sorang je, eloklah Daddy melayan satu-satunya anak bujang tu ;)



Bulan ini juga merupakan bulan EUFA EURO Football Championship. Ikutkan tahun lepas tapi sebabkan Covid ditangguh dan buat pada tahun ini. Kebetulan bersalinkan Ariq pada tahun 2012 masa EURO tengah berlangsung. Ingat lagi ai dah mula sakit nak beranak bermula pada pukul 12 malam, pukul 2.30 pagi ajak enZaf ke hospital dan dia tengah seronok melayan bola masa tu huhu.. Proses kelahiran Ariq ada dalam entry ini [link]. Dan sekarang ai meneman dia tengok bola pula. Pukul 12 malam dan pukul 3 pagi :)



Ai siap buat hidangan untuk dia mengunyah masa tengok bola. Ada goreng keropok, goreng nugget dan fries dan ada buat cokodok. Kawan enZaf bagi setandan pisang belakang rumahnya, semoga dimurahkan rezeki. Tapi ada masa malas juga, kalau malas tu makan apa yang ada. Kuih raya pun banyak lagi hehehe..



Monday, June 28, 2021

Kad Father's Day dari Anak-anak


Ahad lepas adalah Hari Bapa untuk semua lelaki yang bergelar Ayah. Tahun ini tak dapat nak makan bersama dengan Abah, ai hanya wish dia di telefon sahaja. Adik-adik tolong belikan makanan. Hari tu tiba-tiba Abah minta nak makan McDonald's. Jarang sangat dia makan McD ni, selalunya kalau nak makan fastfood dia suka makan KFC. Disebabkan dia teringin jadi kita penuhi sajalah permintaan dia :) Hari Ahad itu pun hari Abah dan Mak ambil vaksin dos pertama di Shah Alam. Kira hadiah untuk dia lah ni sempena Hari Bapa hehehe..



Alhamdulillah proses pengambilan vaksin untuk mereka berjalan dengan lancar. Terima kasih buat adikku Yusreena bawa dan temankan mereka untuk cucuk vaksin. Setiap hari ai tanya khabar Abah dan Mak setelah cucuk vaksin, Alhamdulillah mereka berdua sihat dan baik-baik sahaja :) Oh berbalik pada tajuk entry, nak masukkan dalam blog kad-kad Father's Day yang dibuat oleh anak-anak untuk Daddy dorang. Anak-anak buat kad pada hari yang sama juga waktu pagi. Gambar pertama adalah kad dari akak Zahra. Simple tapi cantik kadnya. Kreatif di situ.



Kad ke dua dari Aliah. Kalau dia tak warna kad tu tandanya dia nak siapkan cepat-cepat.



Dalam kad tu kalau buka timbul tanda "Love". Sweet sangat. Bukan main panjang ayat dalam kad tu, tanya dia mana dapat. Dia kata kata-kata tu dia pernah buat di sekolah, dia ingat dan tulis semula. Mummy rasa macam copy paste dari Internet je kan hahaha..



Gambar terakhir ini dari Ariq. Dia kalau bab nak buat kad memang failed. Dia sendiri mengaku dan cakap dia tak tahu nak lukis apa. Setiap kali buat kad, lebih kurang sama je rupanya dengan tahun-tahun sebelum. Tak ada improvement langsung hahaha.. hentam sahaja lah nak.



Tapi kalau buat kerja sekolah subjek Seni, pandai pula dia buat. Pelik sungguh la. Yang Mummy tak boleh tahan tu dalam kad tu dia lukis slice of cake. Kalau tak sebab dia tulis situ kek Red Velvet, Daddy mesti tak faham gambar apa tu kan hahaha.. Lukis kek tu satu hal, dia letak kek feveret dia bukan kek feveret Daddy hahahaha.. lawak la Ariq ni.



Apa pun enZaf terhibur dapat kad anak-anak ini. Sebenarnya kad ini pun tak setiap tahun buat. Ikut mood macam Mummy juga, kalau dah malas tu apa pun tak nak buat hahaha... Tahun lepas ai tak ingat pula ada buat ke tak. Rasa macam tak ada. Mother's Day tahun ini ai tak dapat kad pun dari dorang sebab anak-anak tak ingat hahaha.. lagi pun ai tak kisah dapat ke tak. Bila dapat tu rasa lagi terharu la kan :p



Terima kasih enZaf kerana sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak. Dia ni memang rajin layan anak, macam gambar kat atas ini. Musim PKP ini dia rajin lah layan anak-anak main board game. Salah satunya Chess tapi entah perangai apa main atas sofa hahaha.. suka hati koranglah kan. Apa sahaja permintaan anak-anak ini, dia akan cuba tunaikan selagi permintaan itu munasabah dan tidak melampau. Semoga dia menjadi ayah yang terbaik dan hero di mata anak-anak.

p/s: baju masih tak gosok-gosok lagi. Tak larat hari ini sebab sakit pinggang :p

Sunday, June 27, 2021

Rindu


Dari siang tadi pasang niat nak gosok baju, sampai ke tengah malam tak buat-buat pun. Entah kenapa malas sangat. Nak gosok tu baju enZaf je pun, walaupun tshirt duduk rumah ai tetap gosok baju dia. Tapi ada baju kerja dia juga ai kena gosok. Masa PKP ada hari-hari yang dia kena keluar untuk urusan kerja. Untuk baju anak-anak bergantung pula pada mood, kalau rajin gosok kalau tak lipat terus hehe.. Dah lama bertangguh, tengoklah esok harap-harap mood rajin tu datang :p

Entah kenapa juga hari ini berasa sedih bila tengok pada angka kes Covid-19. Sejak kita berPKP, tak nampak penurunan yang drastik pada angka tu. Ya Allah besar sungguh ujian Allah bagi ni kan. Yang positif masih banyak lagi dan menyedihkan bila tengok angka kematian. Baru-baru ini ahli keluarga sahabat baikku pula positif Covid-19. Sedih dan hiba bila mereka maklumkan dalam Whatsapp. Semoga ahli keluarga sahabatku dipermudahkan segala urusan dan cepat-cepat sembuh. Bila fikirkan macam ini berkemungkinan besar kita akan sambung PKP lagi. Kita tunggulah pengumuman dari MKN kelak. Sampai bila nak berPKP wallahualam. Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menghadapi pandemik ini.

Sekarang ni dah rindu sangat pada keluarga. Semalam bervideo call (VC) dengan Abah, Mak dan adik-adik. Alhamdulillah Mak dan Abah sihat selepas mereka mengambil vaksin dos pertama pada Ahad lepas. Tak screen shot pun masa VC dengan dorang sebab masing-masing tak pakai tudung hehehe.. Bukan ahli keluarga je berVC dengan sahabat-sahabat juga. Lama sangat tak jumpa dan lepak makan minum dengan dorang ni. Kalau bercakap dengan dorang ni sampai 2-3 jam. Banyak betul diborak penuh dengan gelak ketawa tak henti-henti.



Hanya Anis sahaja yang tak dapat join VC kami. Semoga persahabat kami dari bangku sekolah ini kekal hingga ke Syurga. Sayang ketat-ketat. Gambar kat bawah ini pun sahabat yang ku sayang. Sue dan Niza, dua-dua kawan dari tempat kerja. Cuma Niza tu ai dah kenal dari zaman universiti. Masing-masing dah duduk jauh, tempat kerja berlainan. Mujur zaman sekarang ini mudah untuk kita berhubungkan walaupun berjauhan. Semoga persahabatan kami bertiga pun kekal ke Syurga. Aamiin.



enZaf kalau dia keluar ada sahaja la beli macam-macam. Semalam dia beli Oden di Family Mart. Lama tak makan, laju je habis hahaha.. Yang ini dia bawa balik air Bubble Bee. Duduk rumah lama sangat makan je kerja ai. enZaf dah bising suruh joging bagi ai cergas sikit, lemau duduk rumah lama sangat itu la jadinya. Serba serbi malas sudah huhuhu..



Semalam malam juga dia suruh ai pilih bekas atau tray untuk letak dalam fridge. Sebelum ini ai ada beritahu dia yang ai berkenan nak letak bekas susun-susun dalam fridge. Lama dah beritahu tu tapi tak sangka dia ingat hihi.. Ai pun tak ada la desperate sangat nak barang-barang tu. Kalau tak dapat pun tak apa, kalau dapat Alhamdulillah. Sekarang ni tak sabar nak tunggu sampai :p

Saturday, June 26, 2021

US Pizza di Sungai Buloh


Sebenarnya sudah lama perasan ada US Pizza baru buka di TSB Commercial Centre Sg. Buloh setiap kali balik rumah mak. Tapi tak pernah kami cuba. Kebetulan masa bulan Mac, kami ke TSB untuk buka akaun bank akak Zahra sebelum dia masuk asrama. Masa sampai bank tutup sebab kami datang waktu tengahari, orang nak lunch hehe.. sementara nak menunggu buka semula kami pun singgah makan. Alang-alang dah sampai TSB itu yang kami makan di US Pizza.



Kedainya tidak berapa besar tapi ai suka keadaannya yang bersih dan cosy.



Memandangkan ini kali pertama kami makan di sini, jadi enZaf order sahajalah apa yang menarik di mata dia. Ai suka dengan Mushroom Soup kat sini. Sedap sangat diganding dengan Garlic Stick yang lembut tu memang terbaik.



Lupa pula nak ambil gambar air haha.. ambil satu air je American Ice Tea. Serius sedap, ai suka betul kalau air tehnya yang jenis nipis dan manis yang just nice. Banyak juga ai minum hihihi.. Eh! lupa pula apa nama pizza gambar kat bawah ini. Yang penting pizza ini mestilah anak-anak makan, asalkan ada Chicken Pepperoni ataupun Chicken Slice dorang okay saja.



Satu lagi enZaf order pizza yang tak ada kat tempat lain. Pizza Sambal Sotong hehehe.. Tengok pada bahan yang ada memang puas hati tapi rasanya biasa-biasa saja. Mungkin expectation ai pedas tu kaw. Tapi overall sedap juga la sebabnya habis pizza tu ke sebab lapar :p



Ada macam-macam jenis juga pizza kat sini, ai tengok semua nampak menarik. Nanti boleh ajak enZaf makan lagi US Pizza ni dan cuba menu lain. Selesai makan baru kami pergi semula ke bank. Ya Allah ramainya manusia, mujur kami antara orang yang cepat juga sampai, kalau lambat sikit dah beratur di luar bank. Elok kami masuk dalam, hujan turun dengan lebatnya. Ai bawa Zahra je dalam bank, yang lain semua tunggu di dalam kereta. Entah macamana nak dijadikan cerita, ai terlupa bawa surat tawaran sekolah masa nak buka akaun. Dokumen lain semua ai bawa kecuali surat itu saja yang tertinggal. Mujurlah sekarang ini semuanya digital dan ai ada simpan dalam handphone. Dan nasib baik juga pegawai bank di situ baik hati boleh printkan surat tawaran Zahra. Fuh terima kasih pada pegawai tersebut. Kalau buat entry ni awal-awal lagi ai masih ingat nama pegawai tu, tapi sekarang dah lupa huhu.. Agak lama juga kami dalam bank ini, bermula dari mengisi borang yang boleh dikatakan banyak juga sampailah terima kad bank adalah dalam 2 jam. Lama sungguh prosesnya huhuhu.. Ai perhati ada jugalah 3-4 orang yang sama macam akak Zahra nak buka akaun bank sebelum memasuki asrama :)



Oh ya proses buka akaun bank untuk pelajar ini tidak sama dengan cawangan-cawangan yang lain. Walaupun bank yang sama. Itu pun ai tahu dari baca Group Whatsapp sekolah Zahra yang ramai ibu bapa berkongsi pengalaman mereka bila hendak buka akaun anak. Ada sesetengah bank perlukan dokumen ini ada yang perlukan dokumen itu. Ada juga yang belum cukup umur 13 tahun tidak boleh keluarkan kad ATM tapi ada cawangan lain boleh pula huhu... Pelik sungguh kenapa tak diselaraskan syaratnya. Kesian bila ada sesetengah ibu bapa terpaksa berpatah balik ke rumah disebabkan dokumen yang tak lengkap, ada yang terpaksa pergi keesokkan harinya dan ada juga yang pergi cawangan lain pula sebab cawangan berdekatan tak dibenarkan buka akaun. Begitulah kisahnya dan bukan setakat bank akaun saja, apa sahaja berkaitan dengan keperluan anak masing-masing tidak lokek berkongsi pandangan, pengalaman dan tips. Bila baca Whatsapp tu ai terasa terharu dengan ibu bapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi untuk anak-anakkan. Begitu jugalah dengan ibubapa kita. Jasa mereka tak cukup kita balas dengan wang ringgit jadi perbanyakkanlah dengan doa, sedekah dan amalan kita untuk bekalan mereka di akhirat kelak. InsyaAllah :)

Friday, June 25, 2021

Lap Habuk


Fuh! terasa lama pula tak bersiaran :p Alhamdulillah bengkak di bawah ketiak semakin surut. Walaupun masih ada bengkak sedikit tapi sakit tu dah hilang. Masa bengkak tu tengah sakit ai sampai demam seram sejuk. Satu hari setengah juga badan lemah. Tiba-tiba teringat macam bengkak susu pula. Minta simpang kalau kena bengkak susu, sakit tu perit sangat. Disebabkan dah tak sakit bengkak tu, badan rasa segar dan mula aktif seperti biasa. Jadi hari ini buat entry pun santai-santai saja. Eh macamlah sebelum ni seriuskan hahaha.. Kali ini terlebih rajin sikit sebab lap habuk dalam kabinet.



Tapi kan hairan macam mana habuk boleh masuk dalam kabinet. Bila tengok atas kaca tu betapa tebalnya habuk. Nampak sangat ai lama tak mengelap hehehe.. Selalu terlepas pandang kabinet ini. Jarang tengok itulah jadinya. Ai konfiden konon kabinet tertutup ni tak kotor agaknya. Sangkaan itu meleset.



Eh pernah cerita pasal lap habuk juga kat kabinet ini, bila search semula nampak tahun 2015 [link]. Dalam 5 tahun lebih kalau betullah itu kali terakhir ai lap habuk hahaha.. Bila dah selesai mengelap dan mengemas semua barang baru rasa lega. Kilat dan sinar memancar hehehe..



Lama juga ai mengadap nak mengelap semua ini. Kena keluarkan satu-satu dan susun semula. Dengan anak-anak pun sibuk nak tengok, sorang-sorang tanya mana dapat barang itu barang ini. Sambil membersih tu sambil melayan soalan dorang hahaha.. Tapi bagus juga kira macam salah satu Quality Time dengan anak-anak.



Bila tengok balik pada kabinet ni, nampak suram dan gelap sahaja. Ai nak request kat enZaf beli cordless led light untuk diletakkan dalam kabinet macam gambar kat bawah ini.



Gambar ini ai ambil dari carian Google. Bila ada lampu tu barulah nampak segala barang-barang yang ai susun dalam tu. Cantik lah sikit nanti :) Tak silap ai harganya murah sahaja dalam RM3 satu dah boleh dapat. Tapi tak apa kita tunggu sale 7.7. Nak murah macam mana lagikan, silap-silap shipping cost lagi mahal dari beli barang hahaha..

Monday, June 21, 2021

Tak Berapa Sihat


Uish dua tiga hari menjak ni ai sibuk betul hehehe.. sibuk dengan kerja sekolah anak-anak. Macam biasa lah kan bila PdPR ibu mana yang tak sibuk. Ai yang surirumah ini pun terkejar-kejar nak monitor kerja sekolah dorang, apa entah lagi kalau ibu-ibu berkerjaya ni. Lagi lah tak boleh nak bayangkan. Tahun ini ada berbeza sedikit bagi ai, untuk akak Zahra dah kurang sikit monitor. Sejak dia masuk sekolah menengah ini, ai sekadar tengok-tengok dia sahaja. Nak bantu lebih pun tak berapa pandai, silibus dorang agak susah. Lainlah Aliah dan Ariq, silibus sekolah rendah boleh juga la nak tolong. Sekolah menengah ai tolong tengok je la hahaha...

Cuma baru-baru ini ai ada involved bantu kerja sekolah Zahra. Guru subjek Sains ada bagi tugasan yang kesemua pelajar perlu menyediakan satu laporan dan video pembentangan tentang laporan yang dibuat. Bila ai tengok dan baca panduan tugasan tu, dah macam masuk universiti. Nak tak nak kena la tolong akak Zahra sebab ini pertama kali nak buat assignment sebegitu rupa. Dah selesai assignment, kami buat slide presentation pula untuk dia bentangkan nanti. Secara tak langsung dia belajar Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Ai pun dah lama tak guna Ms Word dan PP ni. Nasib baik skill masih ada lagi :p Alhamdulillah malam tadi dah siap kesemua tugasannya. Lega rasa haha.. kerja sekolah anak siap tapi Mummy dia yang legakan. Baru otak ini rasa tenang sebab tiada kerja sekolah yang tertunggak. Kalau tak rasa susah hati.

Sejak dari itu badan ai dah mula-mula sakit. Rasa belakang badan macam nyeri, pedih-pedih gitu. Tambah dengan tak cukup tidur. Qaireen pula masih ikut timezone US. Walaupun ai dah bagi dia macam-macam cara dengan bagi main sampai letih, Qaireen tetap tak nak tidur awal huhuhu.. Dia akan tidur bila nak masuk waktu Subuh. Itu sekarang ini dah pukul 3:40 pagi ai buat entry hehehe.. Qaireen pula tak bagi ai tidur, bila ai tutup mata dia menangis huarghhh sabar je lah. Pagi nanti akak-akak dia ada online class pula. Bertabah dan bersabarlah Mummy demi sikecik ini. Oh lately ni ai perasan bawah ketiak ai sebelah kiri bengkak. Sebelum ni dah perasan bengkak tapi tak sakit. Tapi semalam dah mula rasa sakit. Cuba juga pegang bengkak tu tak ada ketulan atau biji apa-apa. Ianya bengkak semata. Cuma bila dah mula rasa sakit ni nak buat kerja pun tak berapa kuat tangan tu. Rasa sengal-sengal. enZaf pesan lagi dua tiga hari ini kalau masih sakit, dia ajak buat check-up huhuhu.. Harap-harap tak ada la yang serius.

Thursday, June 17, 2021

Buat Kolaj Lagi


Hari Isnin ke Hari Selasa, Ariq ada kelas online subjek Seni. Topiknya masih sama dengan kelas terakhir sebelum cuti sekolah iaitu kolaj. Cikgu seninya turut memberi tugasan yang sama untuk kali ke dua cumanya kali ini teknik kolaj yang simple. Hanya menggunakan kertas warna. Murid-murid boleh memilih bentuk lukisan yang disukai. Ariq memilih untuk melukis bola.



Bentuk bulat tu Ariq guna salah satu permainan Qaireen, pizza pan :) Kalau lukis sendiri tak dapat bentuk bulat tu cantik. Jangan katakan dia, Mummy pun failed nak dapatkan perfect round kan. Pada mulanya, tugas ini dibuat ketika kelas online di jalankan. Ariq buat bentuk awan, lepas tu dia tak nak pula bentuk tu. Awan dia buat tu satu warna je dia guna warna biru. Nampak tak meriah agaknya lah kan. Itu yang dia buat yang lain bentuk bola pula.



Sekejap sahaja Ariq siapkan tugasan ini dalam 20 minit. Senang sahaja lukis, koyak dan tampal. Kena pula gambar dia tu bulat je lagi senangkan. Cuba banyak bentuk mungkin makan masa lagi. Bila ai tengok balik semula gambar dia ini, dah nak sama pula dengan projek seni dia tentang Belon Udara Tinggi yang dia buat sebelum ini [link]



Oh untuk simpanan dalam blog ini, waktu Ariq buat tugasan ini sebenarnya pukul 3 pagi. Dia kata tak mengantuk sebab tengok bola sama-sama dengan Daddy. Sekarangkan tengah musim bola EURO. Itu yang segar matanya. Mummy pula jenis tak boleh tengok anak senang, paksa dia siapkan projek seni ini hihihi... Walaupun due date untuk submit tugasan ini hari Ahad. Ai paksa siapkan cepat supaya tiada menangguh lagi. Anak-anak ini setiap hari ada homework. Kalau tak buat menimbun homework tu nanti huhuhu...

Wednesday, June 16, 2021

Happy 15th to Us!


Pada 2hb Jun merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan buat ai dan enZaf yang ke-15 tahun. Fuh macam tak percaya pula rasa, pejam celik dah 15 tahun rupanya. Rasa macam baru kahwin je ehhh.. itu tandanya kita tak rasa bosan dengan rumahtangga :p Untuk orang lain mungkin 15 tahun itu baru lagi tapi bagi kami 15 tahun tu macam dah lama. Apa pun syukur alhamdulillah.



Memandangkan hari ulangtahun ini kita berada dalam suasana PKP3.0 jadi kami hanya menyambut di dalam rumah sahaja. Kalau tak pasti kami dah keluar makan kat restoran hehe.. enZaf keluar lepas waktu Asar untuk membeli kek. Katanya dia pergi ke Secret Recipe tapi kek dah habis. Dari SR terus dia ke kedai bakery nama Haruka. Di sana keknya hampir nak habis, hanya tinggal 2 atau 3 kek sahaja yang masih ada. Wah! ramai orang sambut anniversary juga ke hehe..



enZaf pilih kek Onde-onde Gula Melaka. First time kami nak cuba, kata enZaf nampak menarik itu yang dia terus beli. Memandangkan kami sambut waktu petang, enZaf ada juga membeli donut dari Jco. Dia nak penuhi hasrat anaknya Zahra yang kata lama tak makan donut Jco. Kalau di Jco hanya donut Oreo dan Strawberry sahaja yang dia makan. Sebelum makan semestinyalah kita kena bergambar dahulu. Wajib ada bergambar satu keluarga.



Lepas dah bergambar tu baru ai perasan tak nyalakan lilin. Nak ajak bergambar lagi ramai-ramai ai dah malas sebabnya Qaireen dah tak senang duduk. Dia sibuk nak makan donut. Dalam banyak-banyak gambar, yang ini je lah dia pandang kamera. Gambar lain tu semuanya dia bergerak sana sini tak duduk diam huhu... Bila anak-anak tengah makan barulah kami bergambar berdua pula.



Lilin pun dah dinyalakan hehe.. Kek tu pun ai letak atas bekas cookies nak bagi nampak tinggi hahaha.. Lepas ini kena minta enZaf belikan cake stand la untuk simpanan dalam rumah. Boleh pakai setiap kali untuk sambut birthday atau apa-apa sahaja bila beli kek.



Mujur kek tu tak terjatuhkan. Kecil sangat pula letak atas bekas tu. Ai request kat enZaf ambil gambar sambil kami berdua tiup lilin. Tak pernah lagi buat macam ini, sempena 15 tahun gitu hehehe.. Thank you akak Zahra ambilkan gambar Daddy dan Mummy :)



Oh gambar bawah ini rupa dalam kek Onde-onde Gula Melaka. Sedap keknya, ai suka sebab tak terlalu manis. Krimnya memang rasa berlemak dan sponge cake dalam tu pun lembut. Luar kek tu disalut dengan parut kelapa. Memang terbaik!



Tarima kasih buat suamiku encik Zafaris, kerana dia tak jemu-jemu membahagiakan diriku dan anak-anak juga. Walaupun dia tahu isteri dia ini sangat cerewet dan kuat membebel :p Semoga ikatan perkahwinan kita ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah.

Monday, June 14, 2021

Meja Makan Berwajah Baru


Sebenarnya nak make-over meja makan ini tidak dirancang pun. Segalanya bermula apabila enZaf bersuara nak make-over kabinet dapur pada asalnya. Bila PKP ini macam-macam pula rancangan dia kan, itulah hikmahnya dia banyak masa di rumah :) Masa enZaf cakap dia nak tukar warna kabinet dapur tu, ai tak berapa setuju sangat. Ialah warna kabinet masih elok dan tiada calar atau rosak apa. Jadi ai sajalah bagi cadangan sebelum buat pada kabinet dapur, ai minta buat dulu pada meja makan. Kiranya macam testing sebelum projek mega dia tu berjalan hehe.. Meja makan kami pun usia hampir 16 tahun. Keadaan permukaan meja pun tak berapa elok sangat, ada yang berlubang dan pecah sedikit. Alang-alang dia nak buat kat dapur tu eloklah buat kat meja makan dulukan :)



enZaf pun setuju dengan cadangan ai. Sambil tu boleh la kami tengok material yang dia beli, ukuran dan cara memasang. Kami menggunakan self adhesive vinyl wall sticker. enZaf sendiri yang pilih corak marble itu. Dia tahu ai suka marble.



Agak mudah juga pasang sticker ini. Cuma kena teliti sedikit lah terutamanya bahagian sambungan dan hujung meja.



Sticker yang enZaf beli ini tak berapa lebar. Jadinya memerlukan tiga kali gulungan stiker itu. Kalau perhati dengan jarak dekat, akan nampak sedikit garisan yang bersambung antara satu sama lain. Dan stiker yang ditampal ini pun tidaklah perfect smooth sangat sebabnya keadaan permukaan meja ini sendiri ada yang tak rata, berpecah dan berlubang. Bagi ai sikit-sikit tu tak apalah. Nak cantik beli baru yang meja marble betul teruskan hehehe..



Tiba-tiba rasa macam meja baru pula. Tak percaya nampak cantik. Material pun okay sangat.



Kedut pula placemat tu. Simpan dalam keadaan berlipat itulah jadinya. Kuih raya pun masih ada lagi. Sambung sampai Raya Haji la jawabnya tu hehe..



Nak beli set meja makan baru, tabung tak penuh-penuh hahaha.. Tapi make-over meja makan ini dengan sticker pun ai dah cukup gembira. Terus nampak auto cantik gitu. Perancangan enZaf untuk menukar warna kabinet dapur itu jadi ke tak ai tak tanya pula. Tapi pada pandangan ai memang nampak dia memang bersemangat nak buat tu. Apa pun Thank you Yang! bagi ai meja makan berwajah baru :)

Sunday, June 13, 2021

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2021


Sekejap sahaja cuti dua minggu. Tapi cuti pun tak rasa macam cutikan sebabnya kita duduk rumah tak ke mana pun hihi.. Kalau nak diikutkan hari Ahad hari ini, hari akak Zahra kena balik ke asrama semula. Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah pun mengeluarkan keputusan bahawa PdPR terus berlangsung sehingga 17hb Julai dan PKP pun bersambung lagi untuk dua minggu bermakna akak Zahra masih berada di rumah lagi hehe.. Seronok ada sedih pun ada juga sebenarnya. Ai lebih suka dia kat sana supaya dia lebih fokus walaupun Mummy dia tak dapat tidur terkenangkan dia di asrama tu :p Okay disebabkan dia tak balik ke asrama maka ai nak buat entry masa kami hantar dia untuk Pendaftaran Tingkatan 1. Tarikh 6hb April adalah tarikh hari pendaftaran dia di sekolah. Gambar di bawah ini adalah barang-barang yang perlu di bawa ke sana. Tak termasuk uniform sekolah yang ai dah siap iron dan sangkut dengan hanger.



Bila kemas barang-barang dia ni, teringat zaman universiti. Sekarang ini giliran anak pula keluar rumah huhuhu.. Akak Zahra dapat sesi ke dua dalam pukul 11 pagi. Sesi pertama pada pukul 8 pagi, bila tahu dia sesi ke dua lega rasa hati ini sebab tak adalah rushing sangat nak ke sana. Sempat lagi ai ambil gambar dia sebelum keluar. Dia pun sempat lagi makan biskut kering, nak makan gitu sahaja. Kebiasaanya dia cicah dengan air milo panas.



Ngam-ngam muat semua barang dalam bonet. Masa nak keluar ini pun terjumpa dengan jiran yang sama juga nak hantar anak ke sekolah asrama untuk pendaftaran baru. Cuma sekolah sahaja yang berbeza :) Kami bertolak dalam pukul 8:40 pagi.



Perjalanan kami nak ke sekolah mengambil masa dalam 45 minit. Itu pun masuk highway, kalau jalan biasa lebih kurang 1 jam lebih. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar. Perasaan ai masa dalam kereta ini tak dapat digambarkan. Bercampur baur iya lah nak tinggalkan anak bukan satu perkara yang mudah untuk dibuat. Sempat kami breakfast dahulu di salah satu restoran sekitar Batang Kali. Selesai makan kami terus ke sekolah dan berhenti di pagar utama sebelum menunggu waktu pendaftaran bermula. Sementara kami kat pagar utama tu, sempat ai ajak enZaf dan akak Zahra keluar untuk bergambar :)



Laju-laju ambil gambar sebab belakang ai tu penuh dengan kereta yang turut sama-sama menunggu nak masuk dalam sekolah. Malu tapi buat-buat tak malu demi untuk mengambil gambar hahaha.. matahari pun dah menegak, susah nak buka mata dan senyum hehe... Sesi ke dua dibenarkan masuk setengah jam awal memandangkan sesi pertama sudah selesai sepenuhnya membuat pendaftaran. Drop akak Zahra di dewan untuk pendaftaran, memandangkan kita masih dalam keadaan pandemik ini hanya pelajar sahaja dibenarkan membuat urusan pendaftaran. Mereka akan dibantu dengan pelajar senior untuk proses tersebut. Kami hanya menunggu di dalam kereta di perkarangan dewan.



Ada video masa dia nak keluar dari kereta untuk ke dewan :)



Tak lama sangat menunggu dalam 10 minit sudah selesai semuanya. Ai pun dah susun siap-siap segala dokumen dalam satu fail. Memudahkan cikgu meneliti setiap borang yang dikehendaki. Rasa bangga pula bila tengok akak Zahra pandai uruskan semuanya, besar dah anak Mummy :) Kadang-kadang ada hikmah juga jadi macam ini kan. Kita kena letakkan sepenuh kepercayaan pada anak yang mereka mampu uruskan perkara seperti ini. Kalau tak disebabkan pandemik, penuh ibu bapa dalam dewan itu riuh rendah hehe..



Selesai pendaftaran kami dikehendaki menuju terus ke bangunan asrama puteri (aspuri) untuk penghantaran barang. Sampai sahaja di sana, akak Zahra akan disambut dengan salah seorang senior untuk membantu mengangkat barang dan mengambil barang-barang di koperasi. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan asrama. Semuanya diuruskan oleh anak dan senior mereka.



Gambar di bawah ini adalah kakak senior yang membantu Zahra menguruskan segala kelengkapan di dalam asrama. Namanya Siti Shahirah pelajar Tingkatan 4. Baik orangnya, cakap pun lembut je. Dia akan membantu Zahra sepanjang berada di sekolah, secara tak langsung mereka ini menjadi kakak angkat sekolah.



Terima kasih Shahira bantu Zahra, banyak trip juga naik turun tangga nak hantar barang ke dorm hihihi.. kami ada belikan beberapa coklat semalam untuk Shahira sebagai tanda terima kasih. Awal-awal lagi kami sudah dimaklumkan pelajar senior akan membantu mereka, itu yang ai terfikir memberi sedikit buah tangan gitu :)



Sempat ambil video masa akak Zahra masuk ke dalam aspuri. Gegar-gegar tangan ai sebab satu tangan je nak zoom bagi dekat, satu tangan lagi dukung Qaireen. Nak berdukung pula dia masa tu.



Kami pun tidak dibenarkan berada lama di sekolah. Selesai sahaja barang-barang dihantar ke dorm ai terus ajak bergambar. Masa ini dalam pukul 11.30 pagi, cuaca agak panas. Matahari pun hampir menegak sudah. Ariq sampai susah nak buka mata sebab panas katanya huhuhu..



Berwiefie bersama dengan Shahira ;)



Terakhir semestilah gambar kami sekeluarga. Terima kasih sekali lagi Shahira yang tolong ambilkan gambar ini.



Lepas bergambar terus peluk-peluk dan cium akak Zahra. Banyak juga pesanan ai bagi kat dia. Biasalah mak mak kan hehehe.. Itu pun laju-laju. Proses pendaftaran ini berlaku dengan pantas. Tak sempat ai nak bersedih bagai. Selesai macam itu je, sedar tak sedar air mata ai mengalir masa di dalam kereta ketika keluar dari pintu pagar sekolah. Ya Allah, masa tu baru hati ini terasa sedih dan hiba. Pertama kali anak berjauhan. Ai pun kena terima dan redha demi masa depan dia. enZaf pun dah pesan kat ai supaya tahan air mata. Dia tak nak Zahra sedih tengok ai menangis. Akak Zahra pun ai tengok dia tenang saja. Lagi pun memang dia dah berhasrat nak duduk asrama, tiada paksaan jadi itu mungkin salah satu faktor dia kuat dan sudah bersedia. Tak macam Mummy dia jenis sensitif dan mudah meleleh air mata huhu.. Oh ya sempat enZaf ambil gambar masa nak peluk-peluk dengan Zahra sebelum balik.











Sebelum balik rumah, kami singgah One Utama untuk makan tengahari. enZaf ajak makan steamboat di Johnny's Restaurant. Lama tak makan situ. Masa tengah makan pun teringat kat akak Zahra. Sejak saat itu, memang Mummy dia tak boleh tidur dan menangis mengenangkan anak sulong dia yang berjauhan. Masa itu ai fikir macam inilah perasaan mak masa ai keluar belajar dulu. Setiap hari berdoa semoga dia sentiasa dilindungi dan dipermudahkan sepanjang berada di asrama. Sekarang ini dia duduk di rumah, suatu hari nanti dia pasti akan balik ke asrama juga. Perasaan itu pasti berulang kembali seperti pertama kali hantar dia ke asrama kelak.