Friday, June 30, 2017

Gambar-gambar kat Rumah Parents


Pegi beraya dulu kat rumah mertua.



Bergambar ngan cousins.
Aleesya & Danial.



Nak tungu anak2 abang ntah bila la
bole jumpa.
Ex-wife dia mmg tak bagi anak2
pegi umah atok huhuhu kesian.
Tunggu adik Zaf kawin pun ntah bila.
Balik2 itu je la cousins dorang.

Bergambar kat luar rumah.
Waktu ni matahari dah terpacak atas kepala.
Punya la panas,
habis semua kecik mata masing2.



Wefie satu kali.



Gambar kami sekeluarga lagi :)



Lepas tengahari gerak gi umah Sg Buloh plak.
Time bergambar ni dah petang.
Aira takde dlm gambar sbb dia dah tido.
Daddy Aira pun takde sbb keje.



Keluarga ai ni pun sama,
cousins 2 orang je buat masa ni.
Tunggu adik2 ai lambat lagi nak kawin.



Lewat petang Zaf ajak gi umah kawan dia, Faizal.
Anak2 pun dah tak sabar nak ke sana
sbb ada kawan :)

Thursday, June 29, 2017

Pagi Raya di Rumah Sendiri


Tajuk kemain,
padahal tiap kali raya mmg
beraya kat umah sendiri dulu pun.

Ingatkan tahun ni
enZaf nak bawak Ariq sembahyang raya.
Tapi mamat tu tak bangun2.
Kemain penat sgt malam raya tu.

Masa Daddy dia gi sembahyang,
cam biasa la ai akan uruskan
anak2 bersiap.
Nanti Daddy balik bole la beraya terus.

Ikut turn salam raya.
Gambar ai takde sape nak amik
huhuhu sedih.
Tapi elok gak.
Nanti nampak muka ai yg nangis beringus tu.
Org buat byk salahkan hahaha

Akak Zahra yg dah paham.
Ada malu2 sikit bila nak ckp.



Aliah si drama queen,
byk buat org naik angin,
tp dia rileks cam takde rasa bersalah
hehe tak paham lagi kan.
Tunggu ko besar nanti.



Ha yang ni jgn cakap la,
dah besar ni makin jadi2 perangai.
Tunggu nak duit raya je tu :p



Gambar 3 beradik.
Anak2 dara pakaian dari Lara Alaana.
Ariq baju melayu upin ipin hihi



Gambar sekeluarga.
Macam biasa berpuluh2 gambar amik.



Part ni enZaf suh semua
sebut cheese.



Yang ni plak,
berlakon ala2 candid.



Besttt.. anak2 dah paham
bab posing bole harap.

Sempat lagi tu berwefie sblm ke kereta.



Masa berjalan tu,
cakap ngan Zaf,
baru teringat takde gambar berdua kat umah.

Terus suruh Zahra amikkan gambar.
Kat jalan raya,
jadi la dari takde haha



Gitu la kisah beraya pagi raya.
Tang bergambar sekeluarga tu
tak pernah berpeluh2.
Semata tuk dapatkan gambar yg elok.
Tp tahun ni kurang sikitla
snap byk2..
sbb dah besarkan.
Masa dorang kecik tu..
berpeluh basah ketiak semua cukup haha

Wednesday, June 28, 2017

Malam Raya 2017


Alhamdulillah raya dah kitakan.
Rasa cepat je puasa kalini.
Cerita bulan puasa pun tak habis lagi hehe
Nanti sambung balik kisah
ramadhan pasni :p

Malam raya macam biasala
ai mesti balik umah mak.
Selain nak makan masakan raya,
menda kat tv ni la yang dinanti2.
Pengumuman raya.



Belum lagi ada kejutan tak jadi raya esokkan.
Tahun ni masakan dari air tangan
adik ai Hana dan Nani.
Dan sikit2 je mak ai tolong.
Ai plak sbg kaklong,
tolong makan je :p



Lepas makan, solat..
anak2 main bunga api dan poppop.



Masa dorang nak main,
kawan ai Tee B datang umah.
Dia singgah sblom nak ke airport.
Balik beraya di Kuching.
Sempat jua bawak buah tangan.
Kek cokelat :)



Thank you Tee bagi kek,
sedap okay kek ni.

Yang anak2 ni pantang nampak kek,
ingat birthday.
So ai pun suh la dorang bergambar
dan potong kek.
Feeling birthday gitu.



Semua makan kek,
kelaparan lepas main bunga api.
Nasib la ada maksu layan.



Gitu la malam rayaku.
Alhamdulillah semua adik2 ada.
Tetap sama cam tahun lepas,
takde penambahan ahli baru.
Mohon kawan2 doakan
supaya ada ahli baru tahun depan.
Bagi memeriahkan lagi suasana hehe

Saturday, June 24, 2017

Hujung2 Ramadhan


Semalam mencari kasut Aliah.
Minah ni request nak kasut ada tumit tinggi.
Diva kan..
Pastu nak yang ada bling bling bagai.



Ni dia tgh memilih nak yg mana,
ada yg dia minat tp size dah habis.
Nasib baik ada options lain.
Dalam banyak2 kasut warna hitam pilihan hati.
Sabar je la.
Beli kat dalam Parkson One Utama.
Price dlm RM60 sepasang.

Zara pun beli jugak,
bukan kasut raya tp beli
sbb yg dia berkenan tu ada diskaun
RM20 sepasang,
Daddy dia kata amik la.

Sblm ke OU tu
sempat singgah Giant KD.
Nak mencari tudung raya Zahra.
Byk tudung budak tp takde
warna yang ai nak.
Kalau ada pun tak minat dgn designnya.
Tp ada la beli satu warna lain,
kot kot takde jugak tudung yg dicari.
Buat backup la gitu :)

Malam plak balik Sg. Buloh.
Almaklumlah kampung dekat,
tak raya pun selalu je balik hihihi

Adik2 ai semua ada kat umah dah.
Hana terus stay seminggu raya.
Nani dah cuti dari U,
tp cuti sekejap je sampai 2hb
sbb ada short sem.
Patutnya cuti sampai bulan 9 huhu
Yusreena pun cuti dah
seminggu gak beraya.

Dalam pukul 11 ajak adik2 ai
pegi bazaar raya sg buloh.
Dekat je ngan umah.
Saja cuci mata dan
alang2 tu nak cari tudung Zahra lagi.
Alhamdulillah dapat jugak.



Yang ikut Hana & Nani.
Yang lain tolong jaga anak2.
Bagus ada babysitter,
aman Mummy nak soping :p


Yang ni hasil shopping raya
sepanjang bulan puasa.
Takde la beli sederap sekali semua.
Kalau keluar tu beli la sikit2.
Pastu beli pun yang mana ada diskaun
dan harga berbaloi.
Tak de la rasa bazir sgt.
Yang penting murah dan cantik.



Duit raya pun dah ready,
kalini kurang sket dari sblm.
Cousin2 pun ramai tak balik.
2 org kat UK, sorang kat India,
sorang kat Australia.



Buat backup sikit2 je
tuk anak2 kawan beraya nanti.
Zaf ada cakap dia rasa cam nak wat open house.
Tp tak tau la jadi ke idak.
Tak pernah buat open house,
kalau orang nak dtg beraya
selalunya dtg je la.

Ha baru teringat kuih raya takde,
esok ajak Zaf beli la.
Beli 4-5 jenis jadi la.
Buat syarat org datang ada nak makan.
Umah ni dah la jarang makan kuih.
Nak beli byk2 pun takut tak habis.

Harini last kita puasa.
Semoga kita berjumpa lagi
Ramadhan akan datang.

Friday, June 23, 2017

Jumpa Kawan Sekejap


Lama giler tak jumpa kawan sorang ni,
Has :)

33

Last masa dia nikah dulu la,
bulan 3 tahun 2015.
Lepas tu hanya berwhatsapp aje.

Ni pun gara2 duit raya.
Kalau tak sebab ni rasanya
mmg sampai skang tak jumpa2 lagi kot.
Tak puas berborak,
nak lepak minum tak bole hehe

Thank you Has & Farid.
Siap bagi duit raya kat anak2.



Stiker tu Aliah paling suka hehe
InsyaAllah ada rezeki
kita beraya bersama ek Has.

Ni 2 hari lepas,
supper kat Starbucks.



Yey anak2 dah cuti sekolah.
Bole tido lama sket haha

Pada kawan2 yg nak pulang
ke kampung beraya.
Semoga selamat dalam perjalan
dan dipermudahkan urusan.
Berhati2 ketika memandu :)


Thursday, June 22, 2017

Party Pack for Ariq's Birthday


Selasa baru ni 20hb birthday Ariq.
Harijadinya yang ke-5.
Besar dah anak bujang ni.

Isnin tu Zaf ajak pegi beli brg2
tuk party pack.
Beli kat Sg. Buloh je.
Dan amik barang pun apa yg ada.
Takde la nak tema bagai.



Seperti sebelum2 ni,
anak2 akan menyibuk nak tolong.
Senang keje Mummy.
Arahkan aje apa yg nak letak dlm plastik tu.

Setel semuanya dah masuk dlm plastik,
ai suh Ariq tulis nama.
Tak kisah la tulisan tu buruk,
janji dr air tangan dia ehhh ingat masak ke,
nak air tangan bagai haha



Buat tuk kelas dia,
kalau nak buat tuk satu tadika,
pitam dekat 100 orang.



Kelas dia ada 19 orang,
ni Teacher Wa whatsapp gambar
masa Ariq distribute kat kawan2nya.
Idak la letak sampai sorang satu.
Kita buh satu dia bagi kat kawan perempuan.



Sama je saiz.
Yang bawah ni kawan lelaki.
Anakku yg petite macam Mummy.



Bergambar ngan kawan2.



Itu pun tak semua masuk.
Dah berlari ke sana sini hahaha
Bertabah la teacher2 tadika ni kan.
Macam2 perangai nak kena layan.

Semalam masa amik dia balik,
Ariq tunjuk kuih raya.
Biskut cornflakes.



Teacher ajar buat kat sekolah ngan kawan2.
Katanya 1 plastik tuk Mummy.
Tapi sampai umah dia dah bedal 2-2 plastik tu.
Tak sempat nak merasa haha
Ariq Ariq.

Takde celebrate ape pun masa harijadi dia.
Daddy pun berbuka kat luar ngan customer.
Present pun tak beli lagi.

Happy 5th Birthday Ariq!!
Semoga jadi anak yg soleh dunia akhirat.

Wednesday, June 21, 2017

Random Pictures


Entry kalini
letak gambar antara aktiviti
yang kami buat sepanjang bulan Ramadhan.
Yang lagho je..
yg baik2 simpan diam2.
Kang kata nak tunjuk alim plak :p


Pegi Ikea cari katil bujang.



3 kali gak pegi Ikea ni,
first survey,
2nd time pegi ingat nak beli terus,
tapi stok habis.
Lupa nak check dulu sblm pegi.
3rd time baru dapat beli.

Gambar ni dapat kurma free
dari Adun Kota Damansara
masa kami first time jejak kaki
kat pasar ramadhan :)



Tengok midnight movie cerita
Pirates of Caribbean kat OU.



Baru2 ni jugak tgk wayang lagi,
cerita The Mummy, Tom Cruise tu.
Nampak muda plak dia dalam cerita tu.
Handsome hehe

Next, Zaf order Harum Manis
kat kawannya.



Ada 5 biji, baru makan sebiji semalam.
Sedap manis..puas hati.

Chicken chop ni makan kat Hayaki, Uptown.
Pukul 12 pagi makan okay.



Jalan2 kat Paradigm,
cantik deko raya.. ada brg antik.



Dan makan nasi kandar pukul 1 pagi.
Kat QBistro Taman Tun.
Sekian terima kasih.



Bulan puasa ni makan ikut suka.
Pukul 12-1 pagi pun hentam lagi.
So jgn perasan la berat tu turun.
Naik 3 kg hahaha
Raya nanti ofkos naik lagi.
Padan muka.



Puasa kalini tak tau kenapa
malas sgt nak buat biskut raya.
Zaf ada gak tegur
tak buat cookies ke huhu
Moga mood rajin tu cepat sampai.
Harini dah rabu.
Tapi yg pasti nak wat rendang ayam
makan ngan nasi impit je.
Ketupat buat kat umah mak nanti hari Sabtu.

Tuesday, June 20, 2017

Berbuka Lagi Dengan Kawan-kawan


Sebenarnya kejadian ni awal lagi
dari berbuka kat Muhibbah.
Baru teringat rupanya
tak update lagi pasal makan yg ni :)

Berbuka kat Lala Chong.
Suggested by Nowwa.
Bagi ai ni first time.



Makan ngan kawan2 ni
Zaf ikut skali.
Tanya dia nak join ke tak.
Dia nak ikut,
ai is lagi suka sbb xpayah drive :p

Semua sampai lambat.
Dalam pukul 7.10-7.15pm.
Makanan pun tak diorder ape lagi hahaha

Sementara tunggu Zaf order satay,
amik la gambar berdua ni.
Kebetulan ada gerai satay dlm kedai ni,
order tu dulu la.
Nak order lauk.. taktau yg lain nak makan apa.



Kita serahkan pada mereka je mengorder :)



Nowwa & Anis,
ai doakan kalian berdua
dapat jodoh.
Lama menunggu nasi minyak uols.



Bergambar sementara tunggu makanan.
Elin je takde,
dia balik kampung.
Tetap tak cukup corum huhuhu



Lauk yang sampai satu satu,
xdpt nak snap semua sekali.
Sayur, lala.



Sotong, ketam.



Ikan last skali,
ikan sampai ai dah kenyang.
Tu pun paksa diri gak makan haha



Bergambar lagi
kali ni dgn muka kekenyangan.
Sori la enZaf
u xmasuk frame :p



Penutup berbuka tuk hari kejadian.
Ada la dalam 4-5 kali snap.
Nak bagi 2-2 pandang,
nak nak si Adraa :)



Sedap2 makanan kat Lala Chong ni.
Harga pun berpatutan.
Bole repeat lagi nanti.