Friday, July 7, 2023

Pertama Kali BerCoral Speaking


Kelas Aliah kena buat coral speaking sempena perpindahan Cikgu Franklin ke sekolah lain. Cikgu Franklin ini merupakan Penolong Kanan Petang di sekolahnya. Cikgu yang incharge buat coral speaking kelas Aliah ialah Cikgu Renu. Pertama kali Aliah nak buat coral speaking ni. Dia ada tunjuk kat ai skrip yang kena hafal :) Gambar-gambar di bawah ini semua dari Whatsapp class group Aliah. Ada yang blur dan tak berapa elok letakkan juga sebagai kenangan hihihi..



Masa ini dorang tengah praktis sepanjang satu minggu. Tak semua ada dalam gambar ini, mana yang ada tu semua jenis pantang nampak kamera. Kaki bergambar, berselfie dan sebagainya hahaha..



Dekat tangga pun boleh juga la yang gegirl ni kan. Cikgu Renu pun rajin betul melayan anak murid. Bila masuk Tingkatan 1 ini barulah Aliah merasa kawan-kawannya yang berlainan bangsa, kaum dan agama. Seronok katanya sebab bercampur, ada yang pemalu ada yang sporting. Masing-masing baru nak adapt dengan kawan barukan. Mummy dia sekolah menengah di Ipoh pun sama juga, pelbagai bangsa dan agama. Memang best!









Aliah bersama Batrisyia dan Amirah, bff Aliah. Mereka kelas DLP tapi Cikgu Renu ajak join sama-sama buat coral speaking.





Video di bawah ini dari Cikgu Renu yang kongsi dalam Telegram class group Aliah. Aliah dihadapan sebelah kiri sekali. Inilah hasil praktis selama satu minggu, okay lah not bad :)





Walaupun sekejap sahaja Aliah dan kawan-kawannya bersama cikgu Franklin, aura cikgu ni sangat kuat terutamanya dalam membentuk disiplin pada anak murid SMKS10KD . Tahniah buat Cikgu Franklin, semoga cikgu terus berbakti dalam mencurah ilmu mendidik anak bangsa tanpa lelah.

2 comments:

mummy_ayu said...

seronoknya dia ngan kawan2 bercoral speaking.. congrat!! bukan senang ni kena practise yg banyak utk keseragamanan tu

Nurhayati said...

betul tu mummy Ayu.. kalau nak masuk pertandingan kena banyak praktis lagi kan. Pengalaman baru untuk Aliah :)