Masih lagi cerita birthday Aliah.
Zaf ajak pegi GM Klang,
cari barang2 tuk party pack
yang nak dibagi kat kawan2 kelas Aliah.
Suruh Aliah pilihkan nak bagi apa,
dgn bajet yg dah ditetapkan oleh Daddynya :)
Lepas setel beli brg2 tu,
sempat jua la anak2 paw
beli mainan.
Zaf pun ada jugak beli,
kalini beli lego keretapi.
Pastu dia paksa ai buat sama.
Esoknya sesi packing party pack.
Dorang2 bab gini mmg laju nak buat.
Ai tunjuk satu contoh,
yang lain dorang buat.
Senang keje mak hihi
Eh ada lagi tak masuk dlm gambar,
ada colouring book, sticker ngan
ape ntah lagi..lupa.
Nampak sgt dah lama benor citer tertunggak ni :p
Lepas dpt green light dari guru kelas Aliah,
terus ai hantar ke kelas dia.
Kebetulan hari hantar tu cuaca
hujan lebat sangat.
Huru hara jap nak angkut barang
ngan Ariq skali.
Nak pegang payungnya lagi...
gigih sangatkan.
Nasib baik la kelasnya tingkat 1,
kalau cam akak dia tingkat 3,
mau gigil lutut panjat tangga.
Sesi penyerahan party pack.
Amboi ayat...
Seronok tgk muka budak2..
dorang ofkos happy..
ada tu siap mintak dua.
Sorry la nak, sorang satu je dpt hihi
Dah habis bagi,
mintak guru buat group photo.
Masa ni tengah nyanyi lagu birthday.
Aliah malu2 plak.
Suh dorang lompat.
Gigih ai panjat kerusi okay.
Nak bagi nampak semua.
Nasib baik tak jatuh tergolek.
Birthday Aliah ni buat party pack je,
takde ai bawak kek ke apa.
Macam susah plak nak bagi makankan.
Dah la amik masa guru mengajar,
lagi nak buat makan2.
Kita makan bila ada buat jamuan je sudah.
Cam jamuan raya or jamuan akhir tahun tak lama lagi ni.
Aliah dapat hadiah dari guru kelasnya.
Thank you teacher!! :)
Suka dia dapat bagi kawan2 party pack.
Selagi tak bagi..
selagi tu la dia duk "berzikir"
bila bila bila.
Setel dah tuk tahun ni.
To be continue tuk tahun depan plak :)
Lama dah Sukan Sea ni habis dan baru sekarang ai rajin nak mengupdate dalam blog huhuhu.. Ini pun gigih paksa diri buat. Kalau tak paksa buat ini sudah berapa banyak lagi cerita yang masih tertunggak. Sampai nak cerita balik pun ai dah lupa hahaha.. Bila tengok gambar baru lah boleh recall sikit-sikit ;) Gambar di bawah ini kami tengah tunggu bas untuk bawa masuk ke dalam perkarangan stadium. Tempat letak kereta telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dari situ perlu naik bas ke sana dipanggil Park & Ride. Lagi pun tempat parking memang jauh dari stadium, jadi kena naik bas. Nak jalan kaki memang tak mampu, mampu tengok je hihihi...
Anak-anak bila beritahu naik bas, bukan main seronok dorang. Almaklumlah jarang sekali nak naik baskan. Nak pergi mana dengan bas pun bila dah ada kereta betul tak? Yang paling gembira sekali semestinya lah anak bujangku Ariq. Senyum meleret saja masa dalam bas hehe..
Daddy dorang ni pula adalah manusia yang bertanggungjawab dengan anak-anak yang ponteng sekolah semata-mata nak pergi tengok sukan ini. enZaf tak nak pergi pada waktu hujung minggu. Dia kata kalau pergi weekend orang pasti ramai, jadi dia bawa kami pada hari biasa.
Ai pula bila suami dah ajak, kita jawab okay saja lah. Orang cakap jangan derhaka dengan suami :p Bas yang kami naiki ini berhenti berhampiran dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dari situ kami perlu jalan untuk masuk ke dalam perkarangan sukan. Acara Memanah adalah tempat yang paling dekat sekali nak sampai. Jadi kami terus menuju ke sana.
Kebetulan kami sampai je kawasan Memanah itu, acara baru nak bermula. Timing sangat, kami tengok final bagi memanah campuran, Malaysia vs Indonesia. Berdebar-debar tengok bila jarak mata pungutan kedua-dua pasukan rapat. Sengit juga dan akhirnya Malaysia tewas dengan Indonesia. Sayang tak ada rezeki kita nak dapat Gold Medal. Apa pun tahniah buat mereka dah buat yang terbaik. Kalah tipis sahaja.
Habis dari tengok acara Memanah kami terus menuju ke arah stadium pula. Agak jauh juga berjalan nak ke sana. Sakit kaki juga lah. Penat sangat-sangat dengan cuaca yang sangat panas. Alhamdulillah sebab cuaca elok, kalau hujan lagi huru harakan. Pagi-pagi lagi kami dah berpeluh melekit bagai, tak tahu lah kalau kami stay kat sini sampai petang atau malam entah jadi apa dah hahaha... Tengah berjalan tu anak-anak nampak gerai air Milo. Apa lagi dorang bertiga bukan main laju berlari ke sana. Air Milo itu pula diberi secara percuma dan diberi dalam cawan kertas tu. Lagi la dorang seronok. Tapi air Milo yang dalam cawan kertas ini lagi sedap dari kita beli yang dalam kotak atau pun tin kan. Ditambah lagi dengan free lagi la sedap hehehe...
Dalam gerai air Milo ini ada maskot Sukan Sea, Rimau. Elok pula dorang ni tak takut. Nak dibandingkan masa kecil, kesemuanya penakut dengan maskot. Bila dah nampak Rimau ni terus ai ajak anak-anak bergambar. Ambil kenangan.
Kami sambung lagi perjalanan dan nampak tempat Squash. Ai plan nak tengok Squash memandang tak pernah tengok orang main Squash depan mata tapi kami semua perut dah kelaparan. enZaf terus ajak makan dulu dan ada satu tempat itu penuh dengan food truck. Pelbagai makanan dijual kat sana. Dah beli makanan, kami cari satu tempat untuk makan. Duduk atas lantai je masing-masing. Tak ambil gambar pula masa ni sebab dah lapar sangat hahaha.. Selesai makan, akak Zahra nampak Parrot. Bukan saja-saja Parrot itu diletakkan di situ, ada bayaran sekiranya kita ingin bergambar dengan Parrot itu dengan harga RM5. Selain Parrot, Ular pun ada juga. Tapi yang itu ai awal-awal lagi dah lari jauh. Bukan takut tapi geli hahaha..
Akak Zahra betup-betul nak bergambar dengan Parrot. Jadi ai pun bayarkan lah RM5 semata untuk bergambar. Haruslah tuan Parrot tu kena ambilkan gambar kami kan. Masa kami bergambar ini, enZaf tak ada sama. Dia tengah tengok baju di gerai jual baju. Ai dan anak-anak sahajalah bergambar.
Tengah berjalan tu, ai ternampak atlet Memanah pagi tadi. Kalau ditanya nama dia sekarang, ai dah tak ingat. Besar orangnya, eh! orangnya biasa je tapi ai ni yang kecil sangat :p Baik dia melayan ai ajak bergambar.
enZaf ajak tengok acara Badminton. Kebetulan Malaysia ada game, apa lagi terus on sajalah.
Kami dapat tengok Malaysia vs Laos. Lawan dengan Laos ni Malaysia menang mudah hihihi.. Pertama kali tengok badminton depan mata. Gamat juga suasana dengan penyokong-penyokong. Seronok tengok.
Lama juga kami kat dalam ni tengok badminton sampai pukul 5 petang. Nasib baik dalam kawasan Badminton ini ada disediakan surau. Agak kecil suraunya dan dalam surau ini tiada telekung. Mujur ada orang yang baik hati bagi pinjam telekungnya. Ai pula memang terlupa nak bawa. Habis Badminton, kami berjalan-jalan di luar. Oh yer di luar stadium ini terdapat banyak aktiviti disediakan untuk anak-anak. Ada aktiviti memanah, fishing, puzzle dan climbing. Kalau semua game ini kita sertai, anak-anak akan dapat lencana pin sebagai token join game yang dibuat. Masa anak-anak ini main game tu ai tak ambil satu gambar pun. Sibuk meneman dan melayan anak-anak ini. Tak tahu lah kalau enZaf ada ambil gambar ke tidak. Lupa nak tanya dia.
Di sekitar stadium itu ada Rumah Malaysia, dalamnya best sebab ada aircond hahaha... dan ada skrin besar juga untuk kita menonton dari situ kalau ada game dari Malaysia.
Lama juga kami duduk dalam Rumah Malaysia ini, seronok sejuk je hehe.. lagi pun dalam ini ada aktiviti untuk orang dewasa pula. Ada aktiviti tendang bola, pukul bola golf dan ada satu lagi tak ingat apa. enZaf tak join pun, dia tengok je. Anak-anak nak bergambar dengan Rimau lagi. Layankan aje lah.
Rupanya sampai malam kami di sini. Waktu malam kami masuk ke dalam stadium. Ada acara padang dan balapan pula. Kali ini surau dalam stadium sangat besar dan selesa, siap ada telekung sekali. Tak perlu minta pinjam :p Toilet pun sama, besar juga sampai ai takut nak masuk sebab nak ke toilet tu macam jauh ke dalam hahaha..
Kami dapat tengok acara Lontar Peluru, Lontar Lembing dan ada acara Larian. Dapat tengok larian 100m lelaki di mana Malaysia menang Gold Medal. Seronok betul masa tu meriah dengan gamat suasana stadium semua meraikan kejayaan emas hehe.. Dalam pukul 10 malam kami masih di stadium, itu pun kami keluar walaupun masih ada beberapa acara yang masih belum habis. Mana tak penatnya, dari pagi sampai ke malam kami kat Bukit Jalil ini. Keluar dari stadium nak menuju ke tempat menunggu bas punyalah jauh. Ya ampun masa waktu itu ai macam dah menyumpah (dalam hati je la) kepenatan ya amat. Bila nak sampai tu dari jauh dah nampak punya ramai orang beratur. Nak kena menunggu lagi, bas pula bukan datang serentak banyak. Ai dah restless habis. Anak-anak pun dah penat sangat, kesian pula kat dorang. Masuk je dalam kereta tak cerita banyak, anak-anak terus tidur hehehe.. Apa pun ai seronok sangat seharian di Bukit Jalil. Seronok dapat tengok Sukan Sea dan pengalaman baru untuk anak-anak. Ai pernah tengok sukan lebih kurang seperti ini masa zaman sekolah. Abah bawa kami tengok SUKMA di Ipoh.