Wednesday, July 31, 2013

Suka Drypers Free Gift


Masa time Zara dulu ai pakaikan dia Mamy Poko.
Sampai la Aliah umur 6bulan kot camtu
still pakai Mamy Poko.
Pastu masa nak beli stok diapers,
ai selalu gak tgk brand Drypers ni.
Ai tgk Drypers suka bagi free gift.

Ai pun bgtau Zaf, kita try tukar.
Alhamdulillah bagi pakai takde masalah ruam
atau bocor ape.
Terus otomatik ai cakap
kita beli Drypers je next time.

Antara gift2 yg dapat sepanjang beli Drypers ni.

Diapers storage.



Tshirt



Toys (Glow in the dark)



dan terbaru dapat Drypers apron.



Menarik sungguh
semua anak dapat merasa free gift ni.
Dan skang dah kurang sket beli diapers
sbb Zara dah tak pakai.
Aliah n Ariq je.

Ooo Drypers ada gak wat
redeem hadiah dgn hantar barcode.
Tapi ai tak hantar2 lagi.
Memang sblom buang bungkusan plastik Drypers tu,
ai memang gunting barcode tu wat simpanan.
Bayangkan dari dorang kecik sampai la ni.
Menimbun dah :)
Tunggu mood rajin sampai nak belek barcode2 tu semua.

Tuesday, July 30, 2013

Zara Spring/Summer Sale


* Dah pegi Zara One Utama.
Sedih baju yg berkenan dah habis.
Bila ada tp size plak habis huhu


Memandangkan raya tahun ni ai x beli baju kurung.
Jadi kita beli baju jalan.



Ni antara yang ai berkenan.
Harap2 masih ada lagi dan yg pasti ada size.
Harga tiap satu RM99.90 :)










Zara kids pun ada jugak.
Price dari RM29.90
Untuk anak2 dara.







Untuk hero sorang.





Kalau bab nak shopping,
gigih browse websitekan.
Nasib Zara ni xleh online shopping :p

*semua gambar dari website Zara Malaysia

Monday, July 29, 2013

Mencari baju raya anak


Semalam kami pegi Mid Valley n Gardens.
Misi adalah mencari baju anak.
Especially baju melayu tuk Ariq.
Merata kami masuk.

Penat berjalan, merehatkan kaki.
Mummy n the girls.



Daddy n Ariq.



First time amik gambar reramai sementara tunggu lif hehe
Gambar jauh dan blur.
Bole try lagi next time.



Susahnya nak dapatkan baju dorang.
Baju melayu yg tuk umur setahun,
besar gelebeh tuk Ariq.
Orang kenitkan harus la kena cari lagi kecik.

Last skali masuk Jusco, MV.
Jumpa size 8-12m punya.
Tu pun kaler yg nak takde.
Zaf nak warna biru tuk tahun ni.
Dah kena tukar kaler,
cari ape yg ada je.

Pastu Zaf kata beli la tuk Zara n Aliah terus.
Dia malas nak pikir n cari tempat lain dah.
Tu keje ai la kena mencari warna yg seakan sama ngan Ariq.
Nak cari yg sama corak takde size.
So beli lain2 tp warna lebih kurang.



Balik umah anak dara melaram ngan baju raya dorang.
So tahun ni automatik tema hijau :)



Zaf kata takpe la tak sama,
lg pun bukannya selalu pakai.
Next shopping cari baju cam dress skirt bagai.
Yang tu Zaf kata leh beli byk,
sbb tak raya pun mmg pakai.
Betul jugakkan.

Sunday, July 28, 2013

Terbatalkah Wudhu ketika menyusukan bayi


Soalan :

Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk?

Jawapan :

Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.

*dipetik dari http://fiqhmedic.wordpress.com


Buat masa ni selalu jadi kat ai time nak solat Subuh. :)

Saturday, July 27, 2013

Kuih Raya Goldmazz Delite


Tiap kali nak raya mesti pegi PKNS Shah Alam.
Wajib singgah Kafe G-15 tuk beli kuih raya.
Kafe ni opposite mcDonald,
sebelah kedai emas tu.



Kat kafe ni mmg jual byk kuih.
Yang pasti kuih2nya memang sedap.



Anak2 dah rambang mata,
nak nak siAliah semua dia nak.



Rasanya dah dekat 3 tahun kami beli kuih kat sini.
Malas nak cari lain,
sbb dah tau sini sedap.



Masing2 amik kuih feveret.
Ai amik chocolate rice.
Anak2 chocolate chips.
Zaf amik Mazola.
Pastu amik satu yg mini popia serunding.



Ai memang suka chocolate ricenya.
Makan tanpa henti.
Satu balang tuk ai sorang je :)

Ni kami beli tuk makan sblom raya okeh.
Kuih tuk raya tak beli.
Sebab orang datang beraya umah mak je sudah hahaha

Yang chocolate chips baru beli
Zara & Aliah dah makan separuh bekas.
Blom sampai umah lagi huhu

Friday, July 26, 2013

Hari Nuzul Al-Quran 2013


Salam Nuzul Al-Quran 1434H kawan2.
Hari ni Selangor cuti.
Sesapa yg cuti selamat bercuti,
tapi pada yg kena kerja,
selamat bekerja :)

Tadi sahur nasib baik sedar dan sempat masak.
Lauk Ayam Kicap, sayur campur dan telur dadar.
Zaf kata banyak kali kejut
ai x bangun2.
Penat sangat la tu kan :p
Pas Subuh tadi cam biasa sambung baca al-Quran.
Harini dah masuk surah Maryam :)

Memandangkan cuti plan cam nak shopping baju raya anak2.
Plan sendiri baru, tak bgtau Zaf pun lagi hehe
Semalam mcm dia cakap ada keje.
Harap2 tak jadila kan.
Dan tahun ni gak first time nak belikan
baju melayu tuk Ariq.
Tahun lepas tak pakai,
sbb dia baru 3 bulan, kecik sgt.
So tahun ni best la nak melaramkan dia
ngan samping songkok
sambil jalan terkedek2 hihi

Pada yg ada anak lelaki
dan biasa beli baju melayu anak2,
sila la rekemenkan beli kat mana ek.

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

     ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

     Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

     al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

     Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

     ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

*petikan dari http://www.islam.gov.my

Wednesday, July 24, 2013

Berbuka Puasa dan Bonus Raya


Harini company Zaf wat buka puasa
kat Restoran Sri Ayutthaya at Damansara Height.
Second time kot makan kat sini.
Sblom ni makan ngan exopismate,
farewell lunch tuk ai [link]

Penuh jugak kat sini.
Menu tuk berbuka.
Amik satu je gambar,
almaklumlah majlis orang
malu nak snap banyak2 hahaha
kita ni tumpang menyelit je ;)


Dah habis makan,
borak2 ngan staff sana sini.
Anak2 plak tgk fish
ada kolam kat dlm restoran ni.
Pastu main berlari2
menjerit2 hide and seek bagai huhuhu



Sebelum balik,
semua staff dapat bonus raya.
Senyum meleret semua orang.
Lepas la wat belanja tuk raya n ape2 la kan.
Ai pun gatal tangan nak duit raya jugak :p



Monday, July 22, 2013

Dahlia Episod 40



*image googled.

Rupanya harini last episode tuk citer Dahlia.
Kesian plak kat Heliza.
Rupanya dr zaman universiti lg dia rs Dahlia pergunakan dia.
Padahal Dahlia takde pun buat dia camtu.
Ni semua salah paham.
Dan Dahlia baru tahu yg masa
zaman study dulu Razman sukakan Heliza,
disebabkan Dahlia sukakan Razman jd Heliza beralah.
Citer ni gak xsangka Razman meninggal.
Heliza pun meninggal. :(

Ending dia Dahlia dgn Fuad.
oh Dahlia berhijab, cantik sgt.
Suka drama ni sbb jalan ceritanya matang.
Takde la mcm kebiasaan drama,
cerita org kaya sana sini tamak harta,
buat bisnes gah empire sana sini kan hihihi.
Habis dah citer Dahlia.
Pasni drama ape plak menyusul.
Buat masa ni layan citer Dia Tetap Ayah je la.

Sunday, July 21, 2013

Koleksi Orkid Poh Kong


Poh Kong hantar katalog Raya.
Sblom tu dah dapat email.
Kemain lagikan,
suh beli la tu.



Tahun ni Poh Kong keluarkan koleksi Orkid.
Mataku tertarik pada gelang yg kt tgh tu.



2 cincin yg unik designnya.
Ada mcm akar plak berselirat kat situkan.
Lain dari lain.



Oh jatuh cinta pada rantai leher blah kanan tu.
Cantiknya lah.



Koleksi Manja tuk anak2 pun ada jugak.
Ai pun suka sbb designnya simple.
Ni rasanya kalau beli tuk mummy dia pun ok jugak.
Macam nak gelang dia hehehe



Dah beritahu Zaf mana yg berkenan.
Byk benar berkenannya tu kan.
Dia kata bole,
trade-in mana emas yg ai xpakai.
Okay set!!

p/s: EnZaf, duit raya tak potongkan haha

Wednesday, July 17, 2013

Dia Tetap Ayah


Drama baru sempena bulan Ramadhan.
Dia Tetap Ayah kat Astro Prima/Astro Maya (HD),
Isnin-Khamis pukul 5-5:30 petang.
Tapi ai tgk waktu sahur kul 5 pagi hehe.
Petang tak dan la nak tengokkan.



Sinopsis:
Mengisahkan Helmi yang berkahwin tiga iaitu Maisarah,Faridah dan Alisha. Helmi kemudiannya menceraikan Maisarah kerana dia tidak rela dimadukan. Anak-anak Maisarah iaitu Raimi,Ramli,Mira dan Sarah telah diabaikan hingga mereka dewasa. Setelah kematian Faridah dan Alisha,Helmi di hantar ke rumah orang-orang tua. Anak-anak Helmi yang mendapat khabar tersebut telah mengambil Helmi pulang dan tinggal bersama mereka. Namun, mereka mula menyedari masih ada dendam di hati mereka atas perbuatan Helmi terhadap mereka dahulu.

Pelakon: Namron, Sherry Ibrahim, Aizat Hassan,Ana Dahlia.Yuswaisar,Zalfie Raol.


Best okeh citer dia.
Suka Namron (Helmi) ni berlakon,
menjadi betul watak dia.
Selalu drama mesti citer ibu2,
kalini bawak watak ayah.
Rasa nak sekeh je dia hahaha

Sherry Ibrahim pun ada
watak cam Effa lemah lembut :)

Tuesday, July 16, 2013

Masih ada rezeki Ariq


Alhamdulillah hari ke-7 kita berpuasa harinikan.
Tup tup seminggu dah.
Dan diriku masih berpuasa penuh.
Risau gak puasa ni susu merundumkan.
Cuma bila puasa ni,
badan 2x penat, haus jgn ckp la.
Lapar memang dah tentu,
Subuh perut dah berbunyi boleh,
padahal baru je sahur huhu.
Slalu pagi2 mesti mcm lemau sgt.
Pastu nak tghari baru ada energy.
Nanti petang lemah balik :)

Takat ni jugak sahur buka mmg masak.
Kecuali weekend lepas tu la,
balik umah mak n man mertua.

Moga Ramadhan kalini diriku dapat
berpuasa penuh dan bekalan susu untuk Ariq sentiasa ada.
Amin.

Monday, July 15, 2013

Candy Crush Cilik


Sape main Candy Crush angkat kening hihi
Terkejut ai mlm smlam
tengok Zara main Candy Crush.
ni mesti Zaf yg install kat ipad dia.

Zara mmg suka main game2 mcm ni
selain dari puzzle.
Yang best tu dia pandai plak,
tak perlu nak ajar.
Melainkan ada dia tak paham
baru dia tanya.



Dia dah masuk Level 12.
Sangkut kat ceri n coconut :)

Pastu kat ipad Aliah pun ada gak.
Cam biasa la ape akak dia ada
dia pun nak jugak.
Tapi main kejap je.
Sbb dia jenis yg tak sabar
so kalau tak lepas tu dia mengamuk huhuhu

Si Ariq pun sama nak main gak.
Asal nampak ai main Candy Crush ni
dia pun sibuk nak swipe2.
Macam paham je hehehe



Ai stuck kat Level 256.
Giler susah, tak lepas2 sampai sudah.
Menyampah huhu

Saturday, July 13, 2013

Tutup dapur


Yey hari minggu ni dapur tutup
dan tak perlu masak tuk berbuka.
Bole gantung senduk dan kuali hehe.
Harini berbuka umah mak.
Esok plak berbuka kat umah mertua.
Sahur kita tapau je la dr umah mak
haha tak senonoh okeh.

*pic from google.com

Alhamdulillah ai dah habis baca surah An Nisaa,
tadi subuh dah start surah Al Ma'idah.
Harap sgt dapat khatam kalini.
Ariq adalah peneman setia tiap kali baca AlQuran
kecuali waktu Subuh.
Syukur dipermudahkan sbb Ariq xkacau.

Harini hari ke4 kita berpuasa.
Cepat betul masa kan.
Happy weekend everyone!

Friday, July 12, 2013

Gigi Pecah or Sumbing


Bila kemaruk jalan,
habis seluruh pelusuk umah ditawaf.
Org seronok dpt kakikan.

Ai pun suka tgk dengan terkedek2 jalan tu
sambil angkat tangan nak balancekan badannya hehe.
Bila dah berjalan tu kerapla jatuh.
Berlebam sana sini nasib takde benjol.

Ada satu hari tu,
dia tersadung kat kaki Daddy,
jatuh atas coffee table.
Ya Allah berderau darah ai.
Ape lg Ariq melalak tak ingat la.
Masa jatuh tu cepat sgt so ai xnampak kena kat mana.
Jenuh cari lebam bengkak kat kepala muka dia tp xjumpa gak.
Masih nangis2 lagi jadi susah la nak carikan,
jadi ai menyusukan dia.
Masa nak menyusukan baru nampak lebam kat bawah dagu.
Bukak mulut tgk 2 gigi atasnya pecah sket.
Mujur xde patah semua or berdarah.
Gigi yg pecah tu jd tajam,
sakit nipple ai bila dia menyusu.
Gigi tu bergesel2 hohoho ngeri.
Nasib skang dh ok sket.

Kurang dah ensem anak bujang ni :p



Sahur td mkn lauk berbuka smalam
(kurma ayam + sayur campur).
Skang masak lebih tuk berbuka.
Senang sahur nanti panaskan je.
xde la kelam kabut nk masak lg kan.
Kalau nk tambah pun, goreng telur :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan yang pertama


Habis dh satu hari puasakan.
Kejap je masa.
Smlm first day sahur dah huru hara.
Sebabnya ai terlambat bangun haha.
Tak sedar bunyi alarm.
Zaf pun sama, 2-2 xleh pakai hihi.

Disebabkan bgn lambat smlm sahur makan roti n nutella je.
Pastu makan kurma sebiji, selebihnya minum air banyak2.
Tuk menu berbuka masak je,
xde beli kat pasar ramadhan.
Masak ayam kicap, sup sayur,
ayam goreng dan telur dadar.
Makan nasi terus, tu pun masak kelam kabut
dgn Ariq mengamuk nak itu ini
pastu nak menyusu plak huhu.
So harini kena masak lagi awal.

Ramadhan kalini ai berazam nak khatam al-Quran.
In sha Allah dipermudahkan, 1 hari1 juz.
Smlm selesai dah surah al-Baqarah.
Alhamdulillah.


Wednesday, July 10, 2013

Ariq: Dapat kaki


Hari Isnin lepas baru hantar Ariq cucuk tuk setahun.
Kena tunggu Zaf free,
lately ni asik je outstation manjang.
Kalau ikutkan hati mmg nak je ai pegi sendiri.
Tapi susah nak handle anak2 gi hospital.
So nak taknak kena tunggu daddy dorang.

Macam biasa la
phone tu tak pernah lepas dari tangan.



Kalau jadi Perdana Menteri agaknya camne la hehe



Ni video orang baru dapat kaki.
Ariq betul2 leh jalan masa dia setahun.




Kat umah dia malas nak jalan.
Nak melilit je kat kaki Mummy dia.
hmm bila dah bole berjalan ni
dah tak rasa baby hohohoho

Tuesday, July 9, 2013

Hi-Tea dgn anak-anak


Last day Hi-tea ngan anak2 sblm puasa.
Ai terasa nak makan waffle kat A&W.

Mcm biasa la havoc mkn ngan anak2.
Nasib tak ramai orang.



Waffle paling sedap,
wajib amik 2scoop ice creamnya



Ngam2 habis makan,
Zara plak nak buang air kecil.
Huru hara okeh dgn nak bawak dia pegi toilet.
Nak kena heret 2 org lagi haha,
berpeluh2 diriku.

Sabtu lepas,
Zara first time masuk toilet laki.
Daddy dia bawak sbb Ariq tgh menyusu.
Itu pun memula Zaf tanya bole ke bawak masuk hihi
kang terkencing plak kt public lg naya ye tak.


Salam Ramadhan



*pic googled

Alhamdulillah
esok kita akan menjalani ibadah puasa yang pertama.
Kesempatan ini ai nak mintak maaf
sekiranya ada terkasar bahasa terasa hati
sepanjang berblog, berfb, dan bertweet.

Ha pasni konpem
ramai yg update juadah2 berbuka dan bersahurkan.
Masak ape,
beli ape kat pasar ramadhan,
berbuka kat mana.
Kang semua post pic makanan dan minuman,
jgn la terliur plak hahaha

Semoga diriku tabah menjalani puasa kalini.
Sebab Ariq masih breasfeed.
Giler haus okeh, satu hari 4Liter minum.

p/s: baru dpt berita dr kawan.
salah seorang anak dr kawannya
kena racun tikus.
last mandi pegi kat sunway lagoon.
pd kekawanku semua
elakkan pegi tempat mandi manda
byk dah kes mcm ni kan.
kat berita paper bagai konpem tak cerita.
semoga kita semua dilindungi oleh Allah.

Monday, July 8, 2013

Feed The Fish at Rainforest


Sori ek
entry Salam Ramadhan tu patut publish esok.
Dah scheduled maybe ai silap letak tarikh.
Ampun kalau ai wat konpius esok nak puasa plak ehhe

Okay entry harini citer pasal
bagi ikan makan kat Rainforest, One Utama.
Sblom tu beli makanannya dulu RM1 aje.



Aliah yg tak sabar nak bg ikan makan.



Kat sini semua ikan koi.
Banyak ikannya.
Semua datang dekat sbb tau nak bg makan.



Zara n Aliah sronok dapat bagi ikan makan.



Rainforest ni dari tingkat atas sampai UG.
Ada waterfall
dan kt bawah ikan koinya lagi besar2.



Ariq muka cuak.
Suka tapi takut datang dekat tgk ikan.



Kalau gi siang lagi best,
nampak terang dan cantik nak bergambar.