Nak let go phone ai.
Warna putih 16GB.
Complete with charger, box & accessory.
Masih cantik takde calar.
SOLD
COD area Damansara.
Kalau berminat email
Tak tau la anak org lainkan,
tapi anak2 ai ni ada satu perangai.
Semua sama masa kecik sblom 2 thn.
Nak pakai baju tu je xnak bukak2.
Ariq ni peminat Thomas & Friends.
So Daddy dia beli la sepasang baju.
Punya la dia suka.
Tak sempat nak basuh,
dia mintak nak pakai baju tu.
Nangis2 selagi tak pakaikan.
Masalah timbul bila nak bukak baju tu.
Bila nak mandi ke nak basuh berak ke.
Punya la mengamuk,
sampai nak bawak masuk dlm bilik air.
Takut sgt baju tu hilang.
Dah mandi pun nak pakai baju tu balik.
huhu seksa nak tenangkan dia.
Pantang nampak baju Thomas dia,
confirm nak pakai dan dan tu jugak.
Jadinya tiap kali nak basuh,
cepat2 sembunyi dalam laundry basket.
Itu pun dia siap selongkar cari.
Bila dah basuh, time nak sidai,
make sure dia tak nampak.
sama la bila nak melipat.
Ha nampak betapa mummy ko ni
paranoid takut ko perasan hahahaha
Tapi camne seksa pun,
ai tetap pakaikan dia byk kali gak.
Suka tgk muka dia berseri2 happy
dpt pakai baju feveret.
Time akak2 dia dulu,
baju feveret dorang yg disney princess.
Tu dorang pun sama
tak nak bukak n nak pakai baju tu balik
pas mandi huhuhu
Haha yang ni plak
Ariq sibuk nak pakai tudung Zara.
Bila pakai kata "mimi" (Mummy) :p
Adoi la anak,
sabar je la kan ngan
perangai dorang ni.
Macam2....
Dinner Birthday Anis & Elin kat Johnny Rockets.
Selain dari menikmati makan,
kat sini dpt gak hiburan dgn menari
dari staff2 JR.
Byk kali kot dorang kena menari,
tiap 20-30min agaknya.
Jadi kalau nak keje sini,
kena ada keyakinan yg tinggi tuk
menari depan orang ramai hihi
Ada amik video tp
malas plak masuk dlm blog ni haha
Antara makanan yg diorder,
jgn tanya nama menu
sbb tak ingat :p
Portionnya mmg besar2.
Makan separuh dah full.
Kalau makan burger tu,
bukak mulut sebesar alam pun,
lom mampu dapat sumbat.
Tu ai la org lain tak tau haha
Price dari RM15 ke atas.
Tak cukup ahli kumpulan.
Nowwa tak dpt datang,
tak bape sihat huhu
Nampak tu sape yg hover depan lilin.
Dorang berdua tu tgk main kat tepi,
bila nampak ada pasang lilin,
dan dan laju himpit rapat.
Sabor je la.
Konsep birthdaymu birthdayku juakan.
Redha je la.
Beli cupcake je 2 ketoi,
simbol sambut birthdaykan.
Skang ni xnak dah nak makan kek besar2 haha.
Faktor umur :p
Smalam lunch kat Pizza Hut.
Tapi tak makan pizza,
ai order Oglio.
sedap dan pedas :)
Anak2 pun makan pasta,
cam biasa la carbonara.
Ni la lunch date ai.
Tapi bukan couple berdua.
Askar2 kenit pun kena bawak skali hahaha
Sepupu ai Azhar kalini balik
Malaysia for good.
Belajar kat Korea pastu
kerja kat sana 2-3 tahun.
Keje kat building sebelah OU.
Tu yg whatsapp dia
ajak lunch sama.
Sejak dia balik sini,
blom sempat nak borak lama2.
Jumpa sblom ni pun kejap2 je.
Thanks to him sbb blanje lunch.
Pastu dia masuk opis balik.
Ai n anak2 ape lagi tawaf OU la.
Masuk H&M bgtau anak2,
pilih baju yg berkenan.
Tp dgn syarat harga tak lebih RM30 sehelai hahaha
Yg Ariq tu ai la ambil,
idak la pandai lagi pilihkan.
Dah penat ke sana sini,
ngan melayan Zara berak,
Ariq menyusu,
Aliah nak cokelat
balik umah rehat,
sbb pas Maghrib nak keluar balik,
jumpa kekawan plak.
Masa hari ujian pemilihan,
hujan renyai satu hari.
Agak kelam kabut semua parents,
hantar anak2 pagi tu.
Kena Q depan dewan,
tuk submit borang dan amik no giliran.
Zaf je yg gi beratur :)
Tentatif program hari tu.
Hantar dia ke kelas,
ujian ni amik masa 1jam setengah.
Lama okeh,
ai yg nervous masa tgk dia.
Bgtau dia,
teacher nak bagi homework,
Zara buat semua ok.
Lepas hantar ke kelas,
parents kena tunggu kat dewan.
Masa dalam dewan,
ada taklimat dari Guru Besar
dan persembahan murid2.
Ai n Zaf keluar dewan
gi ngintai Zara wat exam hihi
Giler tebal okey paper dorang.
Ada ujian BM, BI dan Maths.
Tgk soalan dari jauh,
mcm susah jugak,
dgn kena fill in the blanks bagai.
Bayangkan kalau ada anak2
yg xbole membaca,
memang confirm tak bole jawab.
Tapi seronok tgk ragam anak2 dlm kelas tu.
Ada yang memang menulis je,
ada yang blur
pandang kiri kanan.
Ada yang hyper,
siap kejar cikgu tanya ni itu hahha
comel okeh.
Tak tau la Zara sempat siapkan ke tidak.
Bila tanya dia,
dia jawab ok je huhu
Pemilihan dari sekolah 20%
selebihnya dari JPN Wilayah Persekutuan. [link]
Surat keputusan akan dikeluarkan dlm masa
2 bulan gitu, insyaAllah.
Masa datang ujian ni,
ada 300 lebih pemohon
tp yg akan masuk sekolah ni 200 lebih cmtu.
Lebih kurang 100 org bakal xdpt masuk.
Moga2 Zara dapat la sekolah ni.
Balik dari akikah anak kawan,
pegi PJ plak,
umah Mak Lang ai.
Mak Lang Pak Lang buat kenduri doa selamat
sblom gi umrah Rabu ni (esok).
Dan ada sikit perbincangan keluarga,
nak hantar rombongan merisik
pas MakLang PakLang balik dari umrah.
First time kuarga blah abah,
nak merisik anak org.
Sblom ni yg kawin semua anak perempuan :)
Juadah kenduri.
Macam2 ada semuanya sedap.
Walaupun baru je makan
masa akikah kawan tu,
tapi makan lagi kat umah Mak Lang.
Mana berat tak naikkan haha
Pas dah makan,
ada lagi makan durian plak kat luar.
Makan 2 ulas je,
perut dah full giler.
Cousin ai Amir,
bawak pet dia sugar glider,
Melody namanya :)
Zara suka betul okeh.
Sampai orang lain xbole nak pegang.
Dapat pegang pun kejap2 je,
pastu dia amik balik.
Macam dia punya plak dah huhu
Macam biasa la
dia mintak kat Daddy nak
jugak sugar glider ni.
Tapi cepat2 ai ckp tak bole.
Sbb dah tau nanti ai yg kena jaga.
xkuasa lah.
Lagipun ai geli hahaha
Dapat masa kenduri.
First time makan
sedap rupanya.
Kat umah ni ada je oat,
tp malas giler nak buat haha
Nak kena beli lagi oat bar ni,
sape jual murah2
bgtau ek hihihi
*pic from google
Selamat Hari Guru pd semua pendidik.
Jasa dan pengorbananmu mmg xmampu dibalas.
Harini sekolah Zara ada wat
potluck sempena hari guru ni.
Bawak M&M cupcake tuk cikgu n kawan2 dia.
Order kat adik ai je suh buatkan.
Patutnya ada gift jugak tuk teacher dia.
Tapi smlm ai xsempat nak belikan brg2.
Ai kata bagi minggu depan la.
Takpe la lambat janji bagi gakkan.
So wiken ni nak mencari
bahan2 tuk dia deco. :)
Esok penuh aktiviti.
Pagi Zara ada exam tuk Sek Rendah dia.
Berdebar weh,
harap2 dia bole buat dgn jayanya.
Petang plak kenduri akikah
anak kawan
Malam makan2 ngan sedara mara.
Aliah Aliah,
ko ni mmg wat Mummy gelak.
Sblom tu amik gambar dulu
wat kenangan.
Esok dah besar leh tgk perangai
masa kecik2 kan hehehe
Mula2 ai gelak la,
pastu kesian.
Anak sape la ni mcm xterurus huhu
Time ni ingat lagi,
dia layan iPad sambil
makan milo cereal tu.
Perasan gak dia terangguk2.
Ingatkan dia main iPad tu la.
Rupanya ngantuk hehehe
Yang kat tangga katil ni plak.
Dia merajuk ngan ai.
Sampai tertido huhu
Dia main dlm bilik,
sampai terjatuh tempat sidai baju.
Tak kena dia pun,
tapi menangis.
Yg pasti ai tak marah pun.
Cuma cakap tegas dan keras,
jgn main dekat situ nanti kena dia lagi.
Menangis hihihi.
Aliah ni walaupun degil,
hyper tapi sensitif,
tegur sket cepat meleleh air mata.
Macam sape la kan :p