Monday, October 31, 2016

Minggu Lepas


Hari Isnin lepas
Zaf tak masuk opis.
Petang tu dia ajak gi minum.
Dia nak gi Rumah Kueh sbb nak makan kuih.
Tapi Isnin kedainya tutup.

Maka kami ke Hameediyah je.
Pekena murtabak daging
dan roti canai telur bawang.
Rupa 2 tu takde beza pun.
Sama je kebesaran dan ketebalannya.



Lambat sikit,
Abah dan adik ai join dtg minum sama.
Dtg pun sbb nak setelkan dokumen
tuk adik ai lagi sorang Nani.
Dia dapat Yayasan Selangor.
So ada document nak kena sign bagai.

Lepas ni adik ai yg ni bongsu Yusreena
plak bakal menyusul sambung belajar.
Sorang lagi keluar.
Alhamdulillah dapat gak dia tawaran.



Hari Selasa plak seperti biasa
hantar Zara ke Eye Level.
Hari tu hari terakhir dia kat sana.
Ai stopkan dia situ
sbb nak fokus ngan subjek lain.
Matematik dia dah ok.



Balik dari solat Maghrib,
tengok ada pretzel baru dr Auntie Anne'e.
Tak tau nama ape.
Tapi sedap.



Sempat beli brg dapur sikit
sementara Zara kat kelas.
Aliah takde sbb ikut Maksu dia
jejalan lepas dari makan kat Hameediyah.



Harini last Oktoberkan.
Esok dah masuk November plak.
Zara pun dah habis exam.
Hari Khamis pulangkan buku teks.
Pastu ape lagi dorang bersuka ria je la
kat sekolahkan.

Debaran exam dah habis.
Ada lagi satu debaran,
resultnya plak.
Ai is redha je ape yg dapat.
Sbb kalini exam dia cakap susah.
Tak mcm sebelum2 ni
semua ok je kata leh buat huhu

Thursday, October 27, 2016

Dinner at Rimba & Rusa


Punya la lama perap gambar.
Cerita 3 minggu lepas hihih
Dating ngan Anis & Tee B.
Lepas amik Zara kat sekolah.
Terus kami ke destinasi yg dituju.
Sempat wefie kat tempat parking kereta.



Perangai ape Ariq wat muka time bergambar.
Dari dalam kereta lagi.
Pastu masuk kedai pun sama gak huhu.
Gedik sangat.



Kami dinner kat Rimba & Rusa.
Tempat yg dicadangkan oleh Anis.
Jadi kita ikutkan aje.



Cookies & Cream cupcake.
Awal2 dorang ni mintak
sbb nampak oreo kan.



Ariq & Aliah makan toppingnya je.
Nasib baik Zara habiskan cake tu huhu
Pastu Zara Aliah makan carbonara.



Ariq dia nak nasi and chicken.
Skang ni kalau keluar jalan,
sibuk nak nasi and chicken manjang.
Walaupun dah makan kat umah tetap
nak nasi lagi bole.
Perut tak kenyang2.
Jadi ai order nasi putih dgn popcorn chicken.

Ai plak makan Pineapple Roasted Spring Chicken.
Sedap gravy tu,
Anis perabiskan.



Tee B plak makan Pulled Beef Mac & Cheese.
Tawar makanannya.
Terus Tee mintak chilli sos haha



Ariq amik gambar air.
Lemony Lemon Tea dgn Lychee Mint Shaken Tea
yang warna hijau tu.
Serious air hijau tu rasa macam
makan ubat batuk hahaha



Tq Ariq amikkan gambar Mummy!



Ariq amikkan gambar akak Zara ngan Aunty Tee.



Masa ni kami berdua je ada.
Anis tak sampai2 lagi.
Dekat 1jam lebih menunggu dia.
Tetiba dia ada urgent meeting.
Mmg tak leh lari.
Sampai kami pun dah habis makan.

Bila Anis dah sampai,
kami order desserts plak.



Creme Brulee.
Sedap.



Terrarium Mousse.
Comel je ada bunny ngan rumput segala bagai hehe
Sedap jua.



Anis makan Kacang Phool Jiddah.
Kemain diet sangat makan sikit.



Aliah yang amikkan gambar.
Tq Dik!



Sebelum balik amik lagi gambar semua.



Terima kasih la kat staff situ,
sbb melayan kami amik gambar.
Dari dlm kedai sampai kat luar kedai hehe



Wednesday, October 26, 2016

Santai Bola


Lama tak ikut Zaf main bola.
Sebelum tu singgah Dunkin' Donuts.
Lama jua tak makan kat sini.



Ai & Zaf makan sandwich.
Anak2 nak makan donut je.



Pastu kami terus ke Bangi.
Dia main bola kat sana.
Nak ke sana tu ya ampun,
jalan jem memanjang.
Macam gi beraya plak.
Tak keje pun jem jua di mana2 skang ni.

Zaf main bola kat Pusat Latihan Maybank.
Lama betul tak masuk dlm.
Last 3 tahun lepas kot
ke 4 tahun tak ingat la.



Peminat cilik.
Tapi sekejap je dok diam ni.



Lepas tu main berlari2.
Naik turun bukit.
Kutip daun kayu segala bagai.
Biarkan dorang main peluh kotor semua.
Kalau tak asik dok dlm aircond
and gadget je.



Sambil tu ai amik peluang amik gambar anak sorang2.
Paksa stop jap bergambar haha



Kemain gaya ko nak.



Ni pun taknak kalah.
Siap pilihkan tempat lagi
mana nak pose haha



Ariq amikkan gambar.
Sian kepala akak dia separuh.
Sama je mcm Zara amik gambar
mummy n firend sblom ni :p



Lama kami kat situ,
sbb Zaf ada 2 games.
Lepas habis terus ke Shah Alam plak.
Zaf nak makan Nasi Lemak Cinta Sayang.
Dah bakar lemak,
tambah lagi lemak 2kali ganda kan hihi

Tuesday, October 25, 2016

Rumah Kueh Plak


Sblm ni kat kedai makan Kueh Shah Alam,
ni Rumah Kueh plak kat KD.
Rita Rudaini punya hihi

Harusla gambar kuih,
yang dipenuhi dgn mukanya haha
Rasanya ada yg sedap ada yang biasa2 je.



Kali ni ada Fidd.
Dia cuti hari Selasa,
jadi alang2 tu kami amik kesempatan,
tuk berjumpa-jumpaan.



setengah jam lepas tu,
Tee B pun join sama.



Kedai ni 2 tingkat.
Kami dok atas.
Order kat kaunter,
nanti makanan dan air akan dihantar.



Pilih atas sbb ada playarea tuk anak2.
Senang bagi je dorang main,
dan ai leh makan ngan aman gitu :p



Karipap daging.
Sedap intinya.



Laksa.
Kureng rasanya, kuah tawar.



Berwefie satu kali sblm balik.



Bergambar depan kedai.
Rita Rudainin ada je kat dalam tu,
tgh sibuk kat kaunter.
Segan nak bergambar ngan dia :)



Malam tu dinner ngan Sue.
Suami kami pegi outstation ke Johor.



Kami isteri and anak2 lepak mamak.
Ingatkan kejap je kat situ.
Lama jugak kami kat Kayu.
Sampai kul 11 lebih hahaha
Dah bape byk gelas menambah :p

Monday, October 24, 2016

Ikea Cheras


Akhirnya, jejak jua kaki ke
Ikea Cheras ni.
Kalau nak ke sana semata ke situ,
memang tak la.
Jauh sangatkan hihi
Kebetulan dah ada kat KL,
kami dari Jalan Pasar,
tu yg alang2 singgah masuk.

Masuk Ikea mmg best,
sbb leh dapat idea tuk rumahkan.



Sambil2 tu kami tgk jugak single bed.
Untuk Ariq.
Bilik dia tak siap2 lagi nak buat.
Next year dah sekolah masih lagi tido ngan Mummy.
Beza ngan akak2 dia,
2-2 dah tido asing sblm sekolah.



Time Zara Aliah tido sendiri
alhamdulillah senang sangat.
Tinggal je okay dah.
Esok2 Ariq ni tak tau la camne.
Ckp tido sendiri taknak, nak Mummy.
Manja sangat.

Sebelum balik ape lagi anak2 ni,
mintak ice cream.
Comel je Daddy pakai handbag Zara haha



Hasil tangkapan kecil.
Mujur bawak bag besar.
Beli bekas tambahan tuk letak rempah ratus.
Dan beli teko kecik satu.



Memang besar Ikea kat Cheras ni.
Penat jua la berjalan.
Cuma satu je tak best,
aircond kurang sejuk.
Serius panas.
Berpeluh2 okay dalam tu huhu

Friday, October 21, 2016

Lunch at Kueh


Makan kat Kueh.
Kat Shah Alam Seksyen 13.
Sebelah dgn kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.



Dalam pukul 12.30 kami sampai,
kat luar nampak takde orang,
masuk2 dalam ya ampun...
ramai sangat-sangat.
Bising plak tu,
macam duk dalam pasar malam haha



Macam2 jenis kuih ada kat sini.
Nama kedai pun kueh kan.
Kalau tak byk kena la tukar nama :p



Sini kena order kat kaunter,
jadi beratur panjang kat situ.
Nak mintak kuih tu kejap je,
yg buat lama kat cashier.
Sbb situ bukan saja nak bayar kuih,
tp nak order makanan lain n minum skali.

Kalau order mknan lain tu wat asing
mungkin laju sket kat bhgn kuih.
Takde la kena Q lama sangat.
Harap2 management dia
ada wat improvement sket nanti.

Bayangkan kalau tetiba kita nak
makan kuih lain,
nanti nak kena beratur panjang lagi.
Macam tak berbaloi.
Nak nak orang yg nak take away
boleh sakit jiwa dibuatnya hihihi



Kuih yang Zaf amik.
Biasa2 je rasanya.
Tapi okay la boleh makan.



Roti jala dan kuah kari.
Sedap kuah karinya.



Soto ayam.
Ni pun sedap jugak.
Aliah yg habiskan.



Nasi hujan.
Ayamnya pedas giler tp sedap.



Lepas makan kami ke Atria.
Zaf cakap ada kedai ikan baru kat situ.
Sejak bela ikan balik ni
kami asyik pegi kedai ikan saja.
Kira hobi sekeluarga la gitu :p

Jalan2 window shopping.



Amik gambar anak2.



Lepas tu singgah Secret Recipe,
makan kek.
Lama tak ke SR.



Balik rumah bagi Zara wat ulangkaji sikit.
Punya la menguji kesabaranku tgk
dia buat homework.
Kejap duduk, kejap diri.
Lepas tu potpetpotpet menda
main itu ini.
Tak fokus langsung okay.
Dengan taknak salin baju keluar jalan tadi.
Aish macam2 anak dara ni skang.



Kebanyakkan orang cakap,
anak lelaki yang selalunya susah
nak suh belajar.
Takde maknanya.
Perempuan pun sama je tengok.
Kena jugak suruh, berbuih mulut.
Duduk skali dgn dia.
Kalau kita tinggal kan dia sorang buat,
mmg lagi la ke laut.
Moga Allah beriku kesabaran yang tebal,
dalam mendidik anak2.