Sunday, September 29, 2019

Royal Floria Putrajaya 2019


Ya ampunnnn...
dari hari ke hari nak update blog,
tak terupdate.
Ada je kekangan bila nak buat tu..
Bila tgh buat terpaksa berhenti sbb
bermacam2 hal timbul.
Bila dah terhenti tu nak start balik
almaklumlah ambil masa lagi huhu

Akhirnya dapat gak buat entry ni.
Macam biasa la cerita baling ke belakang.
Hari kejadian adalah masa Hari Merdeka.
Kami ke Floria Putrajaya.
Tak plan pun nak ke sini,
kebetulan sblm tu kami ada kenduri kawin
kat area bangi [link]...
enZaf kata dah alang2 ke sana,
terus la pergi Putrajaya sbb dah dekat.
Lagi pun dia tau isterinya sukakan orkid.
Tak silap tema Floria tahun ni orkid & bonsai.
Adik2 ai pun ikut sama jua.

Thanks Maksu ambilkan gambar ni.



Sblm nak masuk dlm ni pun,
susahnya la nak parking,
penuh merata kereta parking sana sini.
Dah parking jauh plak nak berjalan.
Cuaca haritu punya la panas,
tak boleh bawa bincang.
Berjurai2 ni sblm masuk huhu

First time Floria kalini buat kat
Taman Botani.

Serious tak byk gambar ai ambil
sbb tak pegang sgt phone.

Tema orkid dah tentu2nya
merata orkid di dalam taman.



Kenapa akak Zahra bengkokkan
kaki pun tak tau,
nak bagi sama tinggi ngan fountain tu ke hihi



Adik ai Nani snapkan,
tak mampu nak senyum..
panas....



Baru jalan sikit,
dah benti beli air.
Panas2 pun mampu akak Zahra bg peace ye.



Bergambar masa ni ai dah tak pegang phone,
gambar2 seterusnya adalah ihsan
dari akak Zahra.
Ai pun tak tanya dia amik gambar apa huhu



Aliah cakap posing panas namanya.
Kemain daring lagi pose tu.
Mcm gangster pun ada nak oi.
Jarang2 dia pose gitu.









Tau Mummy dia suka orkid,
nak bergambar sorang jgn harap la.
Si kenit tu sibuk berkepit aje.





Aliah lagi,
baru perasan gambar Ariq sorang takde.



Ada hiasan dr barang terpakai.



Siput pun ada hehe



Naik tangga ni ada lagi
tp serious kami tak pergi pun,
tak larat dgn cuaca yg panas.
Lagi pun masing2 ngan kasut tinggi,
adik2 ai plak ngan baju kurung
lagi la dorang malas dan penat.



Nak bergambar kat tempat
Agong dan Permaisuri kita bergambar tu pun,
tak pergi mmg tak mampu dah.



Selain tgk bunga,
bole naik bot dan cruise,
tp tu semua berbayar la.



Ada kolam ikan,
tp ikan apa ai tak tau :p



Kami balik sblm Maghrib



Buat kat Taman Botani ni,
kawasannya luas.
Jadi kena byk berjalan.
Lepas tu susunan bunga pun
jauh2.. dari satu tempat ke satu tempat.
Nak cover semua tu mmg memerlukan
tenaga yg banyak juga la.

Dari parking nak ke kaunter tiket pun
dah jauh..
pastu berjalan lagi dalam taman ni,
mmg byk kalori terbakar hehe
Ada buggy dorang provide tp bukan la free,
kalau tak larat jalan boleh je naik tu.

Tp kalau tanya pendapat ai,
suka lagi tempat lama...
dekat ngan Precint 4..
Bunga pun byk bukan orkid semata.

Apa pun ni satu pengalaman jua la,
asyik berjalan dalam mall je kan.
Walaupun anak2 dah berzikir panas2 nak balik :p


Sunday, September 15, 2019

Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends 2019



Sblm tu kami sebenarnya gi OU
untuk lunch,
enZaf nak makan Teppanyaki.

Lama tak makan kat sini,
rupanya dah ada kids meal.



Lepas makan kami tak de plan ape pun,
just datang nak makan je.
Tetiba enZaf cakap jom la kita
ke Quill Mall.
First time jejak kaki ke sana.

Pergi konsert yang tak dirancang.
Sebelum ni mmg dah nampak iklan
Didi & Friends kat tv pasal show ni,
tp takde la beria nak pergi tgk.

Sementara menunggu enZaf kat kaunter,
ai ajak anak2 gi kat area booth
tgk ada mcm2 jualan kat situ.

Susah betul nak ambil gambar
stand still Qaireen ni.
Dia nak berjalan ke arah ai.



Ada macam2 juga jual situ,
dari barangan sampaila makanan minuman bagai.



Dan ofkosla barang2 Didi hehe



Hari tu satu gambar Qaireen pun
takde yg elok pandang camera huhuhu
Bertabahla tengok.



Macam2 cara pujuk nak bagi
dia diam dan pandang camera,
tak jalan.



Lama gak menunggu enZaf setel pasal tiket,
katanya nasib baik ada kosong lagi.
Itu pun kami tgk first day show.
Weekend jgn harap.. sold out sudah.
Ramai yg beli online,
walkin ni nasib2 je la.
Memang tertulis ada rezeki untuk Qaireen
tu yg dapat juga tiketnya.



Sementara tunggu show start,
kami jalan2 dalam mall ni.
Kecil je tempatnya...
dan sempat la masuk H&M
beli baju tuk Qaireen.



Staff Didi tu kata sejuk dalam tu,
kami pun dtg tak prepare ape.
Beli tuk Qaireen je..
yg lain tahan la sejuk :p

Sempat bergambar lagi sebelum masuk.



Konsep tengok konsert duduk kat lantai aje,
duduk la mana2 takde nombor :)
Tapi kami duduk tepi,
duduk kat area tengah dah habis tiket.



Tepi pun okay juga,
nampak jelas sbb hallnya
takde la besar mana.
Tapi bila start tu full house jugak.



Demi Qaireen kami melayan
Didi & friends malam tu :)



Budak bertuah ni,
serious je muka dia.
Tak nampak dia happy ke tak ke.
Macam tu je muka haha



Banyak gak video ai ambil.
Ni antara gambar yg ai snap.



Dapat juga dekat ngan Didi.



Nana pun.. Jojo je takde
sbb dia pergi area sebelah sana.



Video Didi & Nana dekat2


Ni muka lepas dapat pegang Didi dan Nana,
happy ke tak mcm tu la mukanya :p



Ada Omar dan Hana juga.



Video lagu Eh Wau Bulan.
Ada artis jemputan, Izzue Islam.




Time ni Qaireen dah penat berdiri.
Daddy dia plak dah sakit pinggang
lama sangat duduk tak bersandar.



Time lagu Mandi,
ada bubbles...



Video lagu Mandi,
terus bangun sbb ada bubbles hihi




Yang ni plak penutup konsert.
Nyanyi lagu Kalau Anda Gembira.



Video last konsert.




Ada byk lagi video
tp tak bole masuk plak dlm blog ni
sbb besar sgt filenya..
video2 tu panjang sket lebih dari 2 minit.
Tak pe la masuk mana yg boleh aje.
Kurang2nya ada dari takde.


Bagi ai best konsertnya,
meriah dgn lagu2 yg sememangnya
anak2 layankan.
Ni first time konsert live dorang buat.
Tahun lepas buat kat mcm movie,
tengok wayang aje.

Lama juga la konsertnya dekat 2 jam.
Puas la tuk anak2 bergembira
menyanyi dan menari.

Friday, September 13, 2019

Panggilan Haji


Abah dan mak dah balik dari haji,
baru ai terhegeh nak buat entry.
Gambar2 ni masa abah & mak nak bertolak ke Mekah.

Penerbangan mereka antara yg hujung2
nak dekat haji.
Lebih tepat 31hb Julai.
Flightnya nak berlepas pagi dalam pukul 9.
Tp kena check-in awal
tak silap dalam pukul 3 pagi ke gitu.

Sblm bertolak,
laungan azan dari Ayah Rosli.
Neighbour depan rumah abah.



Dia rakan baik abah sejak pencen,
selalu lepak bersama
dan Ayah Rosli seorang yg rajin
dan byk tolong keluarga kami kalau
nak apa2.
Tp umur tak panjang,
sehari sebelum abah dan mak nak balik Malaysia,
Ayah Rosli meninggal dunia.
Sedih abah tak sempat nak jumpa :(
Allah lebih sayangkan dia,
moga roh Ayah Rosli dicucuri rahmat.

Okay berbalik hari nak hantar abah mak.
First time kami ke Movenpick.
Sekarang semua urusan haji kat Movenpick ni,
takde dah kat Tabung Haji Kelana Jaya.
Cantik tempatnya, besar dan selesa
tuk para jemaah dan ahli keluarga
berkumpul bagai.



Tapi kami tak terus ke area berkumpul
jemaah haji sbb sampai awal.
Kami lepak kat lobi hotel movenpick ni :)
Sedap sket sejuk ada aircond.

Harusla ambil gambarkan.



Anak2 dengan Akid,
Aira plak takde..
tak ingat kenapa dia takde dlm
gambar ni.



Kami stay kat lobi sampai pukul 12 lebih pagi,
lepas tu terus ke area berkumpul
sebelah dgn hotel movenpick ni.
Dekat je.
Kat situ abah mak kena hantar bag
dan register.

Dapat tag nama dan sling bag.
Dlm sling bag tu ada lagi la
brg2 lain mcm towel tikar
dan apentah lagi hehe



Blur plak snap tag nama abah ni.



Saat2 nak hantar mak abah dah ni,
selfie ngan mak.
Qaireen tenung kenapa la tu kan.



Dengan abah plak.
Masa ni nak bergenang dah air mata.
Rasa sebak tetiba.



Abah ngan adik beradiknya.
Pakcik dan Makcik pun pergi haji gak
sama2 ngan mak abah.



Atleast dorang ada la temankan.
Terima kasih makteh pakteh,
paksu dan maksu sudi hantar abah ngan mak
pakcik dan makcik pagi2 ni.

Masa ni dah pukul 2 lebih pagi.
Nasib baiklah anak2 okay sangat,
terutamanya Qaireen..
tak meragam pun.

Sblm mak abah nak masuk dalam,
kami bersalam dan berpeluk lama
macam taknak lepas ok.
Nangis jgn kata la,
meleleh airmata merah2 bengkak mata semua cukup.
First time kot nak tingalkan kami
lama kat sini.

Dorang dah masuk dlm pun,
kami masih tunggu lagi kat sini.
Ingatkan nak tnggu sampai dorang naik bas
nak ke KLIA.
Tp anak2 dah tak larat nak menunggu
semua dah terkebil2 biji mata
Masa tu dah pukul 4 pagi kot.
Terus kami balik rumah.

Sampai rumah ai tak boleh tidur,
selagi mak abah tak update apa2.
Dalam pukul 5 lebih pagi tgk kat
facebook TH.
Update live dorang naik bas nak ke airport.
Gembira dan teruja nampak muka mak abah
dalam video tu.
Baru 1 jam dah rindu kat dorang.

Abah mak pun dah whatsapp bgtau dorang
baru naik bas,
dah sampai airport dan sampai la nak fly hehe
Dan satu kelegaan juga tgk
TH sentiasa update perkembangan jemaah2
dari Malaysia sampai la kat sana.

Dan best segala aktiviti jemaah haji
semua TH buat live.
Terasa kita dekat ngan mereka
walapun berada kat sini.

Yang ni gambar dari phone adik ai.
Sempat ambil gambar sorang2,
ngan mak dan abah.



Satu keluarga plak.



Allahuakbar sayang dorang.
Kasih sayang dorang yg tiada ganti
dan tak bole dijual beli.