Friday, October 31, 2014

Last Students-Parents Activities


Ingatkan dah xde,
rupanya ada lagi satu [link]

SPA terakhir ni temanya
Art Adventure (Under The Sea)



Ai sampai lambat 20minit,
masuk2 je tgk Zara dah habis wat jellyfish.
xsempat nak amik gambar.

Ni aktiviti yg ke-2.



Gigih tgk masing2 nak menampal,
mummy pun tolong watkan sikit tuk Zara.
Nama pun students-parentskan,
so contribute la sket.



Muka xde senyum huhu



Aktiviti seterusnya wat origami.



Buat bentuk ikan,
pastu dilekat atas kertas,
lukisla sea creatures yg lain.



Yg ni mummy bg idea je Zara lukis apa.
Lupa plak nak amik gambar pas siap.
Sepanjang ngan Zara,
Aliah sibuk main slide.



Ariq plak wat hal sendiri,
kejap ke akak Aliah
pastu ke mummy.
Main car yg bawak dr umah.

Pastu sibuk menyelit sebelah Zara
tgh assembly sblom balik hihi



Thursday, October 30, 2014

First Time Anak2 Berkaraoke


Hujan2 ni makan roti canai panas2
ngan teh tarik mmg terangkat.
Plak tu mkn roti canai kat Ravi
mmg terbaik lah.



Depan kedai Ravi ni ada pusat karaoke.
Saja je cakap ngan Zaf
lama kita tak menyanyi.
Habis makan tgk2 dia ajak ke sana. :)



Org lain yg ajak,
org lain yg nyanyi lebih :p



Harus la ada lagu berduet.



Dan pertama kali jua,
buat Zara & Aliah nyanyi.
Sblom ni bwk taknak nyanyi.
Bila dah sronok sampai 3 kali mintak nyanyi heheh



Dorang ada nyanyi lagu dr Tinker Bell
Fly To Your Heart - Selena Gomez
Lagu Frozen
Do You Want to Build A Snowman.

Ni rekod dorang nyanyi lagu Frozen,
Let It Go!



Wednesday, October 29, 2014

Hari Menunggu di One Utama


Kalini pegi OU lebih kepada menunggu.
Gara2 One Card hilang.
Lagi 32 org huhuhu



Yang tengah tu la wat hilang One Card.
Kad tu mmg pakai tuk parking,
xbole nak wat hari lain,
kalau tak camne nak keluar nanti.
Jadi kena la buat.



Kat depan counter ada backdrobe London
yang mmg bole tuk bergambar.
So apa lagi,
suh la anak2 posing situ.



Feeling cm kat London je lah hihi



Ariq teruja tgk bas ni,
bila suh ke sana amik gambar dia taknak.



Aliah tak sampai nak amik gambar.
Zara sorang je.



Harusla Mummy pun nak enterframe sama.



Nasib laju gak nombor bergerak,
agaknya ramai yg xlarat nak tunggu kot.

Pas je setel wat kad baru,
kami ke kedai gambar plak.
Buat gambar ic satu keluarga
dan gambar passport tuk anak.
Gambar ic tuk Zaf nak apply club membership.
Passport tu plak
tuk company nak wat trip.
Weehooo first trip buat ni xsabarnya.

Sementara menunggu gambar2 siap,
nasib la anak2 ni xmeragam.
Menunggu kali ke2 plak.



Habis situ, gi kedai HP
Zaf beli printer tuk umah.
Yg kat umah dah lama rosak.



Reward pas penat menunggu.
menggemukkan diri :)



Camne la nak turun berat badan.
Pantang nampak makan,
konpem ok je hehehe
Nak ajak Zaf diet huh
dia lg ajak makan ada :(


Tuesday, October 28, 2014

Restoran Hj Sharin Low dan Paradigm Mall


First time makan kat Hj Sharin Low,
itu pun kat Kota Damansara.
Sebenarnya nak makan Ayam Kampung,
tp ramai giler tu yg ke sini.



Agak awal gak makan dlm kul 12tghari.
Awal bg kami ler :)



Lauknya biasa2 je bgku.



Tp yang butter prawn,
mmg sedap giler.



Pas makan hantar Zara & Aliah kat umah maktok.
Dorang nak lepak kat sana.
Ai & Zaf ada nak beli brg,
elok jugak tinggalkan dorang ni,
tp Ariq je yg xleh tinggal.
Kalau tak dapat la berdating ngan enZaf huhu

Kami ke Paradigm Mall.



Zaf kata akak2 dia takde,
bawak Ariq masuk ToysRus.
Sabar je la.



Lama jugak dlm tu,
nak tunggu Ariq pilih.
Dari toy yg besar kecik semua dia nak.
Last2 dia pilih 2 ni je.
Bas, bas ni xde lagi dlm koleksinya.



Pastu lepak minum kat Uncle K.



Ai amik Abc,
memandangkan cuaca bahang sgt.



Habis minum gi beli brg sket.
Pastu balik sblm Maghrib.
Ai n Ariq lepak kat umah je,
xlarat nak gi sgbuloh,
sakit pinggang sbb "bendera jepun"
Zaf ada bola padang.
Habis bola Zaf terus amik Zara Aliah.
Kat umah ai layan bola JDT vs Felda United.
Luaskan Kuasamu :)

Monday, October 27, 2014

Mencari Barangan Parti Harijadi?


Masa cuti Thaipusam minggu lepas,
tetiba ada bunyi door bell.
Time tu Zaf yg bukak pintu,
rupa2nya org Pos Laju.
Wah gigih sungguh keje time cuti.

Zaf tanya beli apa.
Ai ckp xde shopping apa pun.
Dia cm xcaya haha
Tp mmg betul pun rasanya minggu lepas
xde plak wat online shopping.
Minggu lepas je la.
Sblomnya hahaha xyah citer. :p

Tgk slip baru teringat sapa.
Dalamnya berisi set alat tulis
bersama bekasnya skali.
Dihadiahkan untuk Zara dari
kawan blogku Zaila.

Terima kasih beb,
Zara mmg suka sangat,
Aliah pun nyibuk nak jugak.
Nasib baik kakak dia ni
jenis boleh dikongsi.



Cantikkan!!
Kalau korang tercari2
atau tak tau lagi nak beli apa
tuk party pack/ goodies bag tuk birthday party
or apa2 event tuk diberikan pada anak2.
Set alat tulis ni mmg sesuai sgt.
Bukan takat Frozen je,
macam2 karakter or kartun pun ada
mengikut tema masing2.

Bole la singgah kat blog Zaila ni.
http://zailabinimdae.blogspot.com/

ataupun like page kat Fb
Barangan Parti Harijadi

Kat situ macam2 ada.
Tengok jangan tak tengok :)

Saturday, October 25, 2014

1 Muharram 1436H/ 25 Oktober 2014


Salam Maah Hijrah buat semua kawan2.
Alhamdulillah kita diberi peluang bernafas
dimuka bumi Allah sekali lagi.
Moga tahun baru ni kita semakin baik dr sebelumnya.

Syukur Alhamdulillah jua
Khamis baru ni diriku
khatam al-Quran kali ke-2.
Kpi setiap tahun nak khatam al-Quran sekurang2nya sekali,
dpt khatam lebih sekali tu kira bonus.

Harini gak hari nak start joging balik.
Berat yg naik masa puasa
Xturun2 sampai ke sudah,
kelmarin timbang naik lg 1kg
xbole jadi ni.
Harap2 kul7pg ni semangat nak berjoging.
Petang skang asyik hujan je kan.

Friday, October 24, 2014

Taman Tamadun Islam, Terengganu


Tak habis2 lg citer kat Terengganu.
Tapi yg ni last dah hehe
Entry kalini sambungan dari citer Pasar Payang [link]
Tak habis di situ,
ai ajak Zaf ke Taman Tamadun Islam.
Ikutkan badan mmg sgt2 xlarat,
tp gigih jugak nak pegi.
Nasib la anak2 semua sgt sgt okay.
Alhamdulillah, xde meragam apa.




Tiket Dewasa RM20.
Kanak2 (7-12thn) RM15.
bawah 6tahun free.
So tiket bayar tuk ai n Zaf aje.



Masuk2 entrance,
ada disediakan fasiliti pengangkutan.
Cth buggy ride, tram ride, and bicycle.
Tapi takde la free,
semuanya ada harga ikut apa yg kita nak.
Zaf amik buggy ride sbb tak larat nak berjalan.
5 seater RM55.

Kat dalam taman ni ada 23 monumen.
Sape pernah pegi Legoland,
keadaan lebih kurang gitu la,
bila kita tgk lego2 tu.
Lebih elok jalan sbb bole amik gambar bagai.
Tp kami taklarat naik buggy je sudah.
Sambil tu driver yg bwk kita,
akan bg penerangan setiap monumen yg disinggah.



Minaret of Xian, China.
Kelihatan spt kuil Buddha,
tp kedudukannya adalah mengadap kiblat.



Masjid Kudus Al-Minar, Indonesia.
Designnya campuran Hindu dan Jawa.



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei.
Kubahnya diperbuat dr emas.



Masjid Sultan, Singapore.
Terkenal dgn kubah emas yg terletak
di atas botol minuman yg didermakan
oleh masyarakat setempat.



Taj Mahal, India.



Kat sini ada galeri berkenaan sejarah Taj Mahal.
Harusla bergambar ngan Zaf,
simbol kasih sayang gitu
mcm Shah Jahan kepada wife dia Mumtaz Mahal hihihi



Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.
Kat dlm kubbah tu ada disemadikan batu suci
di atas Gunung Moriah dan untuk
memperingati perjalan Nabi Muhammad SAW utk bertemu Allah.
Bukan la batu betul, tp dia buat cmne rupa
batu suci tu.
Nak betul kena pegi Palestin la kan :)



Great Mosque of Samarra, Iraq.
Unikkan masjid ni,
tgk dah mcm kek rupanya.
keunikannya ialah Menara Berpusing yg terletak
di bhgn utara masjid.



Masjidil Haram, Arab Saudi.
Allahuakbar bestnya la,
bila la nak jejak kaki kat sana.
Tgk yg ni pun dah rasa seronok.



Bangunan asal masjid dibina menggunakan
batu biru yg trdpt di Lembah Hijjaz.
Ntah motip apa anak bujang tu nganga mulut luas2.



Masjid Sulaiman, Turki.
Bukan tempat ibadah semata,
dlm masjid ni pun ada sekolah perubatan, hospital,
kedai dan tempat simpanan senjata.



Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia.
Pembinaan semula sorotan 1000thn sejarah panjang Kazan
dan designnya mengimbas kembali persekitaran
bersejarah di zaman Kremlin.



Ada byk lagi monumen2 lain,
mcm Spain, Uzbekistan, India, Nigeria,
Egypt, Syria, Tunisia, Afghanistan dan byk lagi,
yang tu kalau nak tgk
kena la pegi ke Taman Tamadun Islam ni.
Sgt menarik dan bagus buat taman ni,
tp tu la jauh giler nak ke sini.

Habis dah tgk semua monumen dlm tu,
rehat minum kat food court situ.
Masa beli tiket
dpt skali kupon makan RM4 ke RM2 sorang.



Pastu wajib la singgah Masjid Kristal.
Solat terus kat dlm.



Lewat petang baru gerak balik ke KL.
Pergh giler penat.
Anak2 ni masuk kete je mmg terbongkang.
Sepanjang perjalanan kereta byk
dan cuaca kejap2 hujan.
Benti rehat kat r&r sekali je.
Sampai umah dlm kul 12lebih.