Memenuhi undangan perkahwinan jiran baik Bapak pada hari Sabtu baru ini. Dulu mereka berjiran di Kuala Kangsar tapi sekarang dah berpindah di KL. Lama sudah cuma ai tak pernah berjumpa. Pertama kali juga ai pergi ke dewan majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cantik sangat dalam dewannya, terasa dalam majlis melayu klasik. Kami sampai agak lambat juga, jam hampir pukul 4 petang :) Masa ini pengantin bersama ahli keluarga tengah sibuk bergambar.
Cantik dan meriah dengan warna maroon sedondon mereka semua. Ai rasa macam ada ambil video dalam dewan ini tapi bila cari kat galeri phone tak jumpa pula. Entah-entah tak tekan record agaknya hahaha.. biasa jadi macam tu :p Gambar makananan ai tak ambil pula, dah lapar sangat waktu ini hehe.. yang pasti makanannya semua sedap belaka. Menunya Ayam Goreng Rempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Acar buah dan beberapa dessert yang lain. Alhamdulillah kenyang sangat.
Ambil gambar anak-anak di dalam dewan. Hajat nak bergambar dekat dengan pelamin tapi pengantin tengah berphotoshoot. Jadi tak perlu kacau. Bergambar lagi di luar dewan, gambar anak-anak sahaja. Masa ini enZaf tengah bersembang lagi dengan ahli keluarga pengantin.
Depan dewan ini bangunan ofis DBP agaknya. Nampak ada orang keluar masuk tapi tak pasti ianya staf atau orang luar. Ai tengok dari jauh saja. Saja panggil akak Zahra dan Aliah bergambar dengan signage DBP tu sebagai kenangan. Nak datang saja-saja memang tak lah kan.
Anak dara dua orang ini pakai baju kurung Mummy dorang. Baju tu dah tak muat, mujur ada anak dara yang boleh diturunkan :) Oh ya, banyak kami bawa balik goodies. Dalam tu ada kek coklat, sedap sangat keknya moist sungguh. Memang makanan dalam majlis ni sedap-sedap ya. On the way balik, nampak menara tinggi ini. Tak pasti pula menara ini dah ada nama ke belum. Tengok ketinggian tu terasa gayat pula. Macamana perasaan kalau ada dalam bangunan itu ya.
Sabtu depan ada lagi undangan majlis perkahwinan di Klang. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, sampai lah kami ke sana pula.
Last minutes lagi menyiapkan hadiah untuk cikgu-cikgu kelas Ariq sempena sambutan Hari Guru di sekolahnya. Tahun ini bagi pun lebih kurang sama dengan tahun lepas hehehe.. Hadiah sesi akhir persekolahan pun nak sama juga. Hentam sajalah kan. Nak bagi sampai 10-11 orang cikgu, ini je lah mampu beri :)
Seperti biasa siapa yang nak bagi hadiah untuk cikgu, dialah kena siapkan. Ai monitor sahaja.
Cawan plastik tu dari Ikea, selitkan sekali gula, coklat, air 3in1 dan pen merah.
Ai ingatkan di rumah ada plastik lutsinar yang balut hamper tu tapi yang ada hanya kertas pembalut hadiah sahaja. Hari pun dah malam tak sempat nak membeli, pakai sajalah apa yang ada. Kad pun tak sempat juga nak suruh Ariq buat sebab dah lewat sangat. Ai printkan saja dan tampal. Setel!
Cikgu ada hantar gambar dan video dalam Whatsapp Group, gambar anak-anak dengan deko raya di dalam kelas. Dari depan pintu sampailah belakang kelas, penuh dengan hiasan raya. Cantik sangat dan gambar di bawah ini antara deko di belakang kelas.
Terima kasih pada cikgu kelas yang bertungkus lumus menghias kelas dan buat anak-anak gembira dan juga parents yang turut sama menyumbangkan pelbagai hiasan raya. Lepas sambutan Hari Guru mereka buat jamuan Hari Raya pula hari berlainan tapi minggu yang sama. Satu minggu ada dua aktiviti, bukan main seronok mereka tak belajar hahaha.. Masa cikgu hantar gambar raya, jenuh lah ai cari Ariq tak ada pun dia dalam mana-mana gambar. Katanya dia dan beberapa kawan pergi keluar jalan-jalan dan makan kat kelas lain. Ya ampun anakku, boleh ya tak malu makan kat kelas orang, kelas murid Tahun 6 pula tu hahaha.. Gambar dia yang ada sebelum masuk kelas sahaja, jadilah dari tak ada :)
Bagi sekolah Aliah pula, pada mulanya sekolah dia ada maklumkan untuk buat sambutan Hari Guru dan jamuan Hari Raya. Tiba-tiba dibatalkan atas faktor cuaca panas. Tup tup cikgu hantar Whatsapp ada pula tapi sangatlah last minutes juga maklumannya hahaha.. Bila dah lambat, nak membeli apa pun tak sempat. Agak rushing nak keluar sana sini, maka ai order sahaja bouquet dari Elin untuk cikgu-cikgu Aliah. Thank you Elin ambil last minutes order, nasib baik ada ready stock lagi kat dia. Hari ini nak hari ini juga dapat hantar by Lalamove.
Sambutan Hari Guru dan jamuan Hari Raya buat sekali. Aliah bawa Manggo Pudding, dia pilih desserts senang katanya :p Lepas itu dia ada buatkan goodies untuk kawan kelasnya. Dalam tu ada gula-gula dan coklat untuk setiap orang. Dia nak bagi kawan-kawan maka dialah pack sendiri dan dibantu oleh Ariq.
Gambar bersama kawan-kawan kelas Aliah :)
Sekolah akak Zahra pun ada juga tapi ai tak ada gambarnya. Yang pasti parents sama-sama menyumbang kewangan untuk kambing golek dan macam-macam lagi. Seronok tengok meriah raya mereka. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Yang penting semua anak-anak gembira. Qaireen sahaja tak dapat nak sambut raya dengan kawan-kawannya di sekolah. Hari jamuan itu dia tak sihat, selsema dan batuk. Harap-harap tahun depan dia dapat join untuk disimpan sebagai kenangan nanti.
Kalau nak bercakap pasal ibu sebenarnya setiap hari itulah hari ibu kan. Cuma bezanya bila tarikh itu jatuh pada Hari Ibu, kita akan dapat satu kelainan sikit dari kebiasaan. Itu pun bergantung pada setiap individu atau keluarga, sambut atau tidak jangan dibandingkan. Yang penting niat kita di mana ianya mungkin salah satu untuk menzahirkan tanda terima kasih dari seorang anak kepada ibunya. Tahun ini ai tak sambut Hari Ibu bersama mak. Haritu sibuk nak hantar akak Zahra pulang ke asrama. Tak ada rancangan apa pun. Tahu-tahu saja enZaf ajak keluar lunch. Kami makan di tempat kesukaan anak-anak, Teppanyaki di One Utama.
Dah selesai makan, kami masuk Jaya Grocer. Beli stok makanan untuk akak Zahra. Lepas itu enZaf ajak singgah minum dulu. Konon minum tahu-tahu sampai rojak hehehe.. Tak ambil gambar pun. Gambar di bawah ini dari kamera phone Ariq. Katanya untuk Mummy hehehe thank you abang Ariq :)
Dekat dengan kedai mamak kami duduk ni ada kedai air baru buka, tak ingatlah apa namanya. Kalau bab air-air manis ni, orang paling laju nak mencuba ialah Aliah. Dia memang suka air, makan tak berapa sangat. Yang dia order ini ada strawberry apa entah, tapi dia kata tak sedap sangat hahaha.. tak kena dengan tekak dia la tu.
Sempatlah minta enZaf ambilkan gambar ai dan anak-anak. Kenangan untuk Mother's Day gitu. Tapi Qaireen pula tak ada mood nak bergambar. Katanya "No" huhuhu.. gambar belakang pun boleh la nak oi.
Masa turun escalator, enZaf ambil gambar kami lagi. Bila mood tak baik tu datang, suruh la bergambar banyak kali pun memang takkan nak punya. Begitulah Qaireen... geram aje tengok dia. Mujurlah bongsukan hihihi..
Dari One Utama terus kami ke Batang Kali hantar akak Zahra. Lepas menunggu dia hantar barang masuk dorm, tiba-tiba dia bagi ai bunga. Alahai sweetnya anak. D.I.Y origami paper flower. Dia buat bunga Lavender.
Balik rumah, Ariq pula bagi ai kad. Ala..ala..ala.. hero ni. Sembab muka ai masa ni, tiba-tiba pening kepala dalam kereta dan tidur saja ai. Badan tak berapa sihat :(
Aliah pula dia cakap dengan ai, "Mummy hadiah postponed." hahaha.. sehari sebelum Hari Ibu ni ai ada perasan dia macam ada buat something tapi tak lah ai pergi tengok kat dia. Mungkin kerja sekolah. Nampak lah dia banyak kali macam frust tak menjadi agaknya kerja dia tu. Rupa-rupanya dia nak buat something untuk ai lah. Tiga hari lepas dari Hari Ibu tu baru lah dia bagi ai hadiahnya. Sama lebih kurang macam akak Zahra ada origami paper bouquet flower bersama kad. Dia kata buat lain, sebab yang dia nak buat tu asyik je tak menjadi :)
Qaireen yang ambilkan gambar ini sebelum hantar Aliah ke sekolah. Apa pun Mummy tetap hargai apa yang anak-anak bagi. Cantik sangat semuanya. Effort tu yang penting. Di bawah adalah gambar close-up hadiah dari anak-anak untuk Mummy sempena Hari Ibu kecuali Qaireen je yang tak ada. Dia tak faham lagi :)