Terserempak dengan Linda
dekat Mid Valley..
Tengah jalan2 kat center tu tetiba
ternampak dia tengah tolak stroller :)
Harus la amik gambar ngan
IGers glamour ni.
Sayang Luth takde dalam gambar ni.
Kalau tak complete mak ngan anak2.
Pertama kali jua dapat
jumpa Laaiq.
Comel sangat.. sangat behave
dalam stroller..diam je dia.
Memang senang bawak berjalan.
Dalam jumpa tu sempat la borak sikit,
Linda baru sampai MV,
kami plak baru lepas makan kat Chili's
Dia tanya ramai tak makan situ,
bgtahu tak ramai.
Tengah menunggu enZaf soping barang
Bukak IG tengok2
Linda dah up gambar dorang makan kat situ hihi
Ai pergi buat first check-up (8/7/2017) untuk confirmkan diri ini pregnant. Pada mulanya kami cadang nak pergi ke Tropicana Hospital sebab utama dekat dengan rumah. Tapi bila fikir semula, akhirnya kami putuskan di KJMC sahaja. Lagi pun sebelum ini bersalinkan Aliah dan Ariq di sana, rekod pun sudah ada. Kalau ada apa-apa masalah, senang untuk rujuk dengan Gynea yang sememangnya sudah kami kenali. Gambar di bawah ini masa menunggu giliran nak check-up.
Kesian bila tengok enZaf, dia kepenatan sangat tu. Semalam sampai rumah lewat malam dari Johor. Lepas tu pagi-pagi dah kena hantar isterinya ke hospital pula. Tak cukup rehat sampai tertidur dia.
Masa buat ultrasound, kantung bayi dah nampak cumanya Gynea tak dapat pastikan lagi baby dah berapa minggu. Memandangkan period ai tak teratur dan period cycle tidak tetap, Gynea cadangkan buat pemeriksaan sekali lagi dalam masa dua minggu. Yang lain tiada masalah katanya. Period cycle ai ni jenis panjang selalunya dalam 30-35 hari, pernah beberapa kali sampai 40 hari. Lamakan tapi Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk ai mudah mengandung.
Oh ya, berbalik pada ultrasound. Masa Gynea nak scan perut ai, anak-anak ni ada sekali nak tengok tapi masing-masing tak senang duduk sambil tutup-tutup mata. Bila tanya anak-anak ni dah kenapa tutup mata, dorang jawab takut. Dorang rasa doktor nak cut perut Mummy hahaha... Bila Gynea tunjuk baby di monitor, muka masing-masing pun blur. Entah faham ke tidak dorang tu kan. Tengok pun warna hitam putih saja :p Apa pun selepas itu yang ai pasti anak-anak ini semuanya gembira dan teruja nak dapat adik.
Selepas sahaja dua minggu, ai datang sekali lagi untuk second check-up iaitu pada 22hb Julai. Alhamdulillah kali ini dah nampak baby dengan jelas. Hearbeat pun sudah ada. Bila ai denganr bunyi degupan jantung tu terus ucap syukur tak terkira banyaknya. Gynea buat pengiraan umur baby sudah 8 minggu 4 hari. Ariq siap beritahu doktor nak beli baju baby, terus doktor gelak :) Awal lagi Ariq oi, tak sabar sangat dah tu. Jantina baby pun tak tahu lagi ni.
Setiap hari anak-anak ni tengok perut Mummy. Tanya baby dah besar ke belum. Masa ai pregnant 7 minggu, dah mula rasa tak sedap badan. Paling terasa apabila tiada selera makan. Memang setiap kali ai pregnant, pada awal trimester akan mengalami kurang selera makan dan penurunan berat badan. Lepas sahaja masuk fasa ke dua trimester, terus selera makan tu naik semula dengan berat badan pun naik dengan jayanya jugalah hahaha...
Masa bulan puasa baru ini ai naik 3kg dan sekarang sudah turun balik 3kg. Tapi enZaf yang naik 3kg pula, agaknya berat ai tu transfer ke dia la tu hihi... InsyaAllah dalam sebulan akan datang ada appointment lagi ngan Gynea. Appointment itu ai akan buat blood test pula.
Harap-harap pregnancy kali ini dipermudahkan. Berdebar juga sebab lama tak mengandung. Jarak tahun Ariq dengan baby dalam perut ini pun agak jauh juga nak bandingkan dengan dorang bertiga. Masa first check-up je ambil gambar, check-up seterusnya ai dah malas :p
Alhamdulillah
impian nak mengandung dimakbulkan Allah.
Start awal tahun ni dah pasang niat,
nak tambah lagi zuriat.
Tahun sebelumnya ada gak terpikir tp
hati tu masih berbelah bagi.
Tahun ni la nekad nak cuba,
memandangkan enZaf pun kata okay.
Masa bulan 1 tu ada jugak la
check urine bila lambat 2-3 hari period.
Tapi negative.
Nampak tak.. gelojoh tak menyempat check :p
Plak tu ai mmg jenis period tak regular.
Jadi tak bole nak agak sgt subur tu.
So bulan 4 tu ai beli folic acid kat farmasi.
2 bulan consume fa ni,
alhamdulillah lekat.
Tarikh 2hb 7 tergerak hati nak
buat test.
Masa ni dah 6 hari lewat period.
Raya ke-8 masa tu.
Sibuk nak pegi beraya.
Masa buat ni,
takde menaruh harapan pun.
Lepas letak urine,
terus ai basuh kaki tangan bagai.
Toleh2 tgk ha tu dia.
Terang benderang.
Perasaan masa tgk tu,
menggigil okay hahahaha
Nak bgtau Zaf pun tak tau camne,
nak cakap ke ape ke.
Last2 ai tolak dia ke toilet,
suh dia tgk kat sinki.
Dia pun terkejut hehehe
Cakap ngan Zaf
ai nak beli lagi satu pregnancy test,
nak check balik betul ke tak haha
Dah la hari tu mmg nak keluar beraya.
Jadi kami gi beraya dulu.
Malam baru singgah Guardian,
beli lagi satu.
Beli murah2 je.
Balik umah terus ai wat test lagi.
Tu la resultnya
sama cam pagi tu.
Sebelum nak check pregnant ke tak.
Ai dah rasa badan ni lain macam.
Tanda2nya breast tegang,
sakit bila sentuh.
Tapi tak lama sgt la.
Ada la dalam 2 hari gitu.
Kalau nak dekat period
xpernah ada tanda lain selain dr bloated.
Sbb ai jenis takde period pain.
Tau2 je keluar hahaha
badan sendirikan kita bole rasa lain ke tak.
Lepas tu perut ai kram.
Kramnya hanya blah kiri.
Perut pun rasa sebu je.
Lagi satu enZaf dia tak sedap badan.
Cirit birit tak semena2.
Padahal apa dia makan kita makan sama.
3-4 hari gak la,
tp takde la selalu.
Sehari ada la dlm 2-3 kali cherry berry.
Oh yer satu lagi nafas jd pendek,
perasan bila tgh solat dan mengaji.
Bila baca ayat nafas sangkut2.
Part mengaji la paling terasa skali,
bila nak baca lebih 2 harakat tu,
mmg tak lepas,
tp masa tu tak fikir pregnant.
Fikir penyakit ape plak tetiba rasa semput ni.
Mula fikir macam2 huhu
Skang dah nak masuk 2nd trimester.
Alhamdulillah... Moga semuanya baik2.
psstt tak ramai kawan2 yg tau pasal ni.
Segan pun ada haha tetiba
Tp tuk blog kena tulis tuk kenangan :p