Tuesday, November 30, 2010

Gucci first children's collection

huh teruja betul tgk collection kanak2 kat Gucci ni.
Kalau la ai ni kaya raya byk duit, harus la beli tuk anak2ku.
Takat ni mampu beli paling mahal Ralph Lauren.
Burberry pun satu je tuk zahra hihihi



Anak2 J.Lo adalah duta tuk collection Gucci.
Bestnye la kan.
Korang leh tgk advertising video kat link sini.



Kalau ada anak laki, mau daku dressingkan dia cam ni.
Tgk ar dari baju ke tali pinggang, shoes.. fuhh


hohoho sangat stylo mylo


Terpesona melihat jacketmu itu matching bersama2 ballerina.


alala, girlish..white & pink, combination yg sopan hehe
cantikkan ada signature G tu..
ballerina pun cantik.. agak2 muat tak tuk kaki ai ni :)


Seyes suka boots dia.


gi bersantai ngan Gucci, class sungguh.
Pengsan mak.





pic semua dari Gucci website.





Sunday, November 28, 2010

Unifi

Hoooyeyyy
Akhirnya, pasang dah unifi kat umah.
Punya berjanggut menunggu,
lambat tul area umah ni masuk. :(

Dari bulan 8 kami register,
baru skang dapat.
Orang lain dah lama pasang,
kami baru nak pasang ;)
Org TM cakap, installation tuk Unifi ni
makan masa setengah hari.
Tapi takde sampai pun,
2 jam dah kautim.
Ok la kan.

Syok ar dapat Unifi ni,
laju giler.
Makin gigih la
Zaf ni mendownload movie.
hmm bole bukak bisnes dvd ni hahaha

nak tau details pasal unifi
leh clik pada websitenya disini.



Best kali ni dorang bagi cordless phone.



Friday, November 26, 2010

Voucher dan Shopping

*updated
dah beli dress tuk Aliah yg colour ijau tu.
yang dress biru dan merah tu ada dan cantik gak,
tapi materialnya tebal sangat, takut tak selesa tuk baby.
Akak Zara nya tak dapat beli, sbb size dah habis kat Pavi,
esok mau collect kat OU plak.. dorang dah siap booked kan, maceh GAP.



Esok mau pegi Pavilion tuk collect Birthday voucher kat Tangs
Pastu misi mencari dress anak2 tuk Birthday Party Rania (blogger) next month.
Kena cari yang corak bola2 api sbb tema polka dot. ;)

Tgk kat website Gap, ada berkenan tuk Aliah.
3-3 cantik taktau nak pilih mana satu.


Tapi tuk akak Zahra ada satu je yg ada.
Kesian.




Tetiba baru sedar, tahun ni tak beli handbag..
Agak2 ada chan tak, nak request kat en asben hihihi

Almaklumlah, ada anak2 ni, barang2 dorang diutamakan.
Kalau nak beli tuk dorangkan, takyah pikir byk kali,
amik terus pegi bayar. Tgk harga pun tak. :)
Tapi kalau nak beli barang sendiri pikir 10kali nak beli ke tak.

Thursday, November 25, 2010

Stress

Adikku yang nak kawin, ai plak yang stress.
Blah bf dia nak wat share kenduri tp
yang parent ai ni plak nak sendiri2x..
almaklumlah nak meraikan anak perempuan..
Dah adikku ngan bf dia ni nak share gak.
adoi pening.. blom kawin dah nak conflict sana sini.
Payahnye la.. :(

Bagi ai plak, ai tak suka.. better wat masing2kan.
Rasanya kalau wat share2 ni takut conflict la.
Nak kena jaga 2-2 pihak keluarga bukannya senang huhu
Memang la kalau wat share ni dapat jimatkan cost dan senang sekali arung je buatkan.

ntah la tak tau nak cakap
hmm memandangkan ai takde pengalaman dlm bab2 sharing maring ni,
nak tanya kawan2 blogger kot korang pernah ada experience kongsi kenduri.
Or tak pernah wat tapi ada dgr cerita. Ok ke tak ke.
Kongsi2 la ngan ai yer.

Ok tak wat kongsi kenduri kawin ni?!

p/s: ape pun kena la ikut cakap pengantin, dia nak camne kan hihi
disebabkan stress jua la tadi terus wat online shopping,
lama giler tak bershopping2 ni. :)

pic googled.

Wednesday, November 24, 2010

The Club @ Bukit Utama

Aktiviti baru kami dihujung minggu.
Lepak kat The Club.
Masa ni bawak adik2 ai skali, gi mandi kolam ngan Zara.
Daddy plak main golf, ai plak hanya melepak tgk dorang mandi.
Ikutkan nak gi gym tapi sape plak nak jaga Aliah dan tgkkan dorang2 ni kan.


Pool kat tempat budak ada mcm2 mainan best.
Tapi satu pun Zara tak main, penakut dia tu. hihi




Dapat main air suka la..
mandi sampai malam okeh.. naik biru mulut..
kecut tangan kaki.. dah gigil macam ape..


Aliah plak beradu tak ingat..


Mummy plak makan je kejenya.


Chicken wing terbaikkkk


Pada yg blom lagi jejak kat The Club ni,
bole la bawak family beriadah kat sini.. macam2 ada.

Tuesday, November 23, 2010

Three O

Alhamdulillah, smlm adalah birthday ai yang ke 30.
wahh 3 series sudah. Macam tak percaya.
Rasa macam muda lagi ahaks.. 3 dah wei.. ulangi TIGA huhuhu
Selamat tinggal 20-an, tetiba sedih plak.

Syukur kepadaNya, ai masih lagi diberi peluang hidup didunia
dengan orang tersayang.
Tahun ni sangat happy sbb bertambah lagi ahli keluarga
dgn kehadiran Qalesya Aliah.

Thanks yang wish birthday kat ai, sangat terharu okeh..
Semoga doa kalian dimakbulkan olehNya..amin

Smalam takde la celebrate gah mana, quick dinner je ngan zaf
kat La Bodega @ BSC
sbb dia ada meeting ngan supplier.
Tp dah bersama ngan dia ngan anak2 pun dah cukup bahagia.
Nak apa lagi kan..

Okay la, tak dapat handbag betul, handbag cake pun jadi la kan hihi
Baru je kata bersama ngan dorang dah cukup, tapi dlm pale otak
sempat lagi pikir handbag hahaha
Eh tak salahkan kalau nak verangan.. free je :)


pic dari SeenFullySedap.blogspot

Friday, November 19, 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Pagi-pagi lagi dah bersemangat daku join contest.
Kali ni masuk contest dari blog harlindahalim.com


So ai pertaruhkan (wah macam bunyi berjudi lak hihi) gambar gigi Zahra ni.
Gigi dia yg jarang2 itu hihihi, dan paling mahal gigi taringnya.
Ikut sama cam mummy dia :)



Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama penuh: QASRINA ZAHRA BINTI ZAFARIS
- D.O.B: 17.03.2008 (2Tahun 8Bulan)
- Hobby: Menyanyi dan Menari
- Berapa batang gigi: 16 batang kesemuanya (8 Atas dan 8 Bawah)




Senang je contest ni, tunjuk gigi anak :)
Entry link: http://www.harlindahalim.com/show-your-teeth-baby-contest-2010/
Pada kawan-kawan blog yg blom lagi join,
jom meriahkan contest kawan2 blog kita ni.


Thursday, November 18, 2010

What a day...

Smalam Raya Haji kami amat sedikit hambar.
Sebabnya, malam raya Aliah taknak tido.
Meragam tak tau nape.
Susu dah bagi, ubat kembung dah sapu,
baca yassin, kursi, fatihah, 2 qul semua dah.
Sampai kami bagi ubat demam lagi.
Aliah nak dukung je, dukung tu satu hal, tapi nak dukung berdiri huhuhu
Ai ngan Zaf dah wat marathon pas baton berganti2x..
Giler tak larat dan penat.
Akhirnya Aliah tido gak, tapi kul 11pagi. Amik ko.
Kitaorg pun terbongkang sampai ke petang.
Kul 4lebih baru bangun.
Zara sorang je yg cukup tido dan bangun pagi.
Nasib dia leh bawak diri, layan cartoon sorang2.

Orang beraya pagi2.. kami baru nak beraya kul 6petang.
itu pun masing2 kepala pening, mana taknya, bangun tido bangun tido.
Badan pun rasa sengal dan sembab. :(
Kami hanya balik Sg buloh dulu pastu malam ke taman tun plak.
Umah sedara-mara pun tak pegi huhuhu

Hmm ni je la gambar raya haji kami,
Zahra ntah ape taknak bergambar..
Aliah plak terbongkang, tido tak bangun2.. sampai la pagi ni
Penangan malam raya sampai ke pagi dia tak nak tido kan. :)
Saje je Aliah ni wat drama huhuhu

Monday, November 15, 2010

Movie dan Puzzle

Khamis lepas, ai ada dating ngan kawan blogger Murni.
First time kuar jejalan tinggalkan Aliah sejak bersalin hihi
Ya Ampun Murni, ai lambat sampai Gardens,
almaklumlah lama tak drive, huh wat alasan.. ;)
Disebabkan lambat ai cover ticket kita kan kan kan
Kami tgk wayang kat GSC Signature. Fuh nasib tak ramai org.
Leh bawak anak ni berlari dlm wayang.


Citer Life as we know it ni kelakar dan comel je rasa pelakon2nya.
Nak2 baby Sophie. Rasanya baju dia sponsored by Gap,
sbb kenal je baju2 baby pakai.
Kalau sesapa tak tgk lagi, gi la tgk.
Ada gelak2, nangis2 semua ada.
tak yah citer la.. korang pegi tgk sendiri..
comel2x.. hihihi

Owh Murni beli air mineral kat GSC, botol kecik RM4 satu..
giler mahal.. sabar je la kan.

Hmm.. sblm balik, Murni bagi book kat Zahra.
Puzzle book.. baguskan bagi main puzzle.
Zahra happy dapat buku ni, hari2 main.
Thanks babe..


Anak dara ni kalau main puzzle macam2 gaya..
Mula2 tu sopan je, pastu habis terkangkang sana sini kaki tu..huhuhu



This week minggu terakhir cuti, next week dah start keje balik
huarghhhh malasnya nak masuk opis.. rasa cam tahun depan je la start hehe
Disebabkan itu je, minggu ni mau berjimba sakan.
Pada kekawan jom la joinku berjalan.. jom jom jom

Friday, November 12, 2010

Discount Voucher

Plan minggu depan nak menyopping barang2 baby.
Nak perabiskan voucher yang dapat dari KJMC.

Kalau ada sesapa nak tumpang beli sama, bgtau ek.

Avent 20% discount
Website: http://www.philips.com.my


Bumble Bee 20% discount
Website: http://www.bumblebee.my/


MacLaren 20% discount
Website: http://www.maclarenbaby.com/


Fisher Price, RM50 cash voucher
Only applicable for RM300 and above purchase.
Website: http://www.fisher-price.com/us/default.aspx


Babisil 50% discount
website: http://www.babisil.co.uk



Uish bila tgk product dorang ni, macam2 nak beli.. hihihi
Owh voucher2 ni bole pakai kat Mom's Care je.
Roger2 la padaku, pada sapa nak menyoping skali.
Leh la dapat discount jua kan.

Wednesday, November 10, 2010

Anak-anakku

Gelagat kakak melayan adiknya.
Kat umah pun memang sama macam ni.
Tak bole tgk adik dia aman.
Ada je nak kaco, kekadang sampai nangis adiknya huhu

Kakak sentiasa ada kat sebelah adik dia.
Tgk setiap saat setiap minit.. cam takut adik dia lari
Aliah nya pulak kalau nampak kakak dia kemain suka lagi
senyum2, pastu bunyi2 macam ajak kakak dia bercakap.
cumelllsss :)


Kakak Zahra kalau nak kiss Aliah bukannya cium pakai mulut.
Bagi pipi, dah mcm adik dia plak kena kiss kakak
Sabar je la.


Kakaknya pulak akan bercerita kat adik dia.
Cam story telling.. Aliah plak mmg layan.


Aliah mmg suka kakaknya.


Lega rasa bila kakak Zahra ni bole diharap.
Nasib baik dia jenis tak kasar..
kalau nak pegang adik dia, pelan2 je..
Dan kalau adik dia nangis, buatkan peek-a-boo
tapi Aliah tak diam pun, nangis lagi ada hahaha

Tuesday, November 9, 2010

Bercuti di Thistle Port Dickson Resort


Kami kuar dari umah angin dah kuat nak ujan.
Dlm perjalanan pun ujan sekejap, alhamdulillah sampai PD tak ujan.
Kalau ujan pun rintik2 je tu pun kejap. Lega...

Aliah dari umah sampai la PD tido je.
Kakaknya plak dari umah sampai PD dok bebel2, nyanyi..
Mummy plak migrain, jadinya takde mood huhuhu

Ngam2 sampai hotel, Aliah bangun dgn muka happy.
Macam tau tau je kita berjalankan...

Ni rupa biliknya, amik deluxe king.

Perlukan katil besar, sbb dah berempat :)
Ingatkan nak amik baby cot, tapi tak yah la.

Depan balkoni.

Time ni bersantai kat pantai..
tapi si zahra ni taknak mandi pantai,
dia nak mandi kat pool sbb ada gelongsor.

Sesi memujuk mummynya ke pool.
Tak dok diam ke hulur hilir, runsing hihihi

Suka landskap kat sini, cantik.
Tempat tak ubah cam Guoman gak.
Owh, wat pertama kali bergambar pas pantangkan.

Akhirnya, mandi gak kolam.
Daddy and Zahra naik gelongsor :)

Mereka mandi, mummy makan eskrem kat Glass (Italian Restaurant).

Mandi sampai kecut2, biru2 dah mulut semua.
Itu pun ada hati nak mandi lagi.
Sampai 2 towel besar lilit kat dia dgn baby chair pun lilit sama hihi

Walaupun sekejap je bercuti, tapi rasa seronok sangat.
Bersantai, berspa, bermassage, makan2..
First time berjalan2 ngan Aliah,
memang huru hara dibuatnya. Tak menang tangan.
Nasib baik Aliah malam tido tak meragam..