Showing posts with label Medicine and Illness. Show all posts
Showing posts with label Medicine and Illness. Show all posts

Wednesday, June 15, 2022

Demam Terkejut


ِTahun 2022 banyak kejutan yang telah berlaku ke atas kami sekeluarga. Dari kita menyambut hari Raya Aidilfitri secara mengejut, pemergian adik tersayang secara tiba-tiba dan demam pun datang terkejut jua :( Empat hari selepas pemergian adikku Nurhazirah, Aliah datang mengadu pada ai yang dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam. Terasa panas sangat badannya, masa itu kami masih bermalam di rumah Mak. Laju ai ambil thermometer scanner, terus scan kat dahi.



Laju-laju juga ai ambil kain, rendam bagi lembab dan terus lap pada kepala dan keseluruhan badannya. Tanpa henti ai buat, bila kain kering basahkan semula sampai lah panas tu surut. Ai pun Whatsapp pada enZaf beritahu Aliah demam. Tak ingat ai kenapa enZaf kat luar, rasanya dia uruskan makanan untuk tahlil arwah. Hampir 3 hari juga Aliah baru kebah. Masa bawa dia ke klinik, doktor pesan jika 3 hari tak baik demam datang semula untuk ambil darah. Buat Covid test dan keputusannya negatif.

Baru je Aliah nak baik dari demam, Ariq pula demam, berjangkit pula ke Qaireen. Kemudian ai dan terakhir sekali enZaf. Habis satu keluarga demam. Bukan setakat demam sahaja, selesema dan batuk pun ada. Pakej 3 sekali. Oh! akak Zahra tak demam sebab pada waktu tak sihat ini dia di asrama. Ya Allah masa tak sihat tu ai rasa tak larat sangat, badan lemah dan terasa bisa-bisa tulang. Semua orang dalam rumah tumbang. Masa ini kami dah balik ke Kota Damansara. Tak berani nak tidur di Sg. Buloh, takut berjangkit pula pada yang lain. Walaupun tak sihat tapi ai gigih juga la bangun untuk menjaga yang lain terutamanya anak-anak lah kan. Dengan tak boleh tidur sebab risaukan dorang, temperature pun antara 47-49°C. Sentiasa lap badan mereka bergilir-gilir.



Tengah tak sihat tu, tiba-tiba bff Anis Whatsapp beritahu nak datang rumah. Rupanya dia nak hantar sup untuk kami sekeluarga. Bila tak sihat kami sekeluarga pun tak lalu nak makan, jadinya Anis siap masakkan sup untuk kami. Sup tu ada diletakkan kimchi katanya bagus sebab ianya boleh stimulate imuniti badan. First time ai makan, sedap supnya ada rasa masam-masam dari kimchi tu buat selera kat tekak. Dalam 2 minggu juga kami sekeluarga sembuh dari demam dan selesema, hanya tinggal batuk sahaja. Batuk memang lambat nak baikkan. Apa pun Alhamdulillah. Sudah sihat barulah ai hantar semula periuk Anis ni hehehe... Sebelum tu singgah beli kek sebagai tanda terima kasih. Nak masak tak rajin lagi. Lama dapur tak berasap sejak pemergian arwah.



Minta akak Zahra tolong ambilkan gambar ai dan Anis. Berdiri belakang kereta yang tengah menyala lampu break. Ha penuh warna merah satu gambar tu.. terus minta akak Zahra ambil gambar lagi sekali kat tempat lain hahaha...



Terima kasih sahabatku Anis siap hantarkan sup buat kami. Terharu sangat. Begitu juga dengan Bff yang lain Nani, Nowwa dan Elin yang tak putus-putus Whatsapp bertanyakan khabar. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian dengan memberi ganjaran pahala yang banyak. Pssstttt.. masa tak sihat berat badan turun 2kg dan sekarang dah naik 2kg semula :p

Thursday, September 16, 2021

Keadaan Bibir Mengelupas setelah Lima Tahun


MasyaAllah dah lama tak update blog. Punya la malas, bukannya tak ada cerita nak dimasukkan. Tapi bila malas tu datang, memang satu apa pun tak nak buat. Hari ini paksa diri juga buat satu entry hehehe.. Dalam malas-malas tu, ai terlebih rajin tengok pada bahagian statistik untuk blog ini. Dari dulu lagi ai dah perasan, satu entry ni banyak sangat view tentang bibir mengelupas. Lama dah entry ini dibuat pada tahun 2015. Bukan setakat dibaca sahaja tetapi ada yang memberi komen juga. Disebabkan ai tak dapat sebarang notification kalau ada komen masuk, itu yang terlepas pandang dan dibiarkan begitu sahaja. Maaf ye pada yang memberi komen tetapi ai tak membalas. Alang-alang ai tengok pada entry bibir mengelupas tu, jadi sajalah nak update mengenai bibir ini sekarang.

Oh ini ada kesinambungan pada entry hujung tahun 2015 hehe.. [link] punya lah lama hampir 5 tahun lebih. Sedia maklum 5 tahun yang lepas ai mengalami masalah bibir mengelupas yang sangat teruk. Sampaikan bibir ai membengkak, luka dan melepuh sekitar luar bibir. Sangat-sangat teruk dan memalukan bagi ai. Jadi tak selesa nak bercakap dan membuatkan kita down bila nak berhadapan dengan orang. Eh panjang pula nak cerita. Semuanya ada dalam entry sebelum ini. Dipendekkan cerita akhirnya ai jumpa satu cream yang sesuai dengan ai iaitu Fucicort. Ubat antibiotik yang dapat merawat masalah luka dan melepuh luar bibir ai ni. Memang entry sebelum ini ai tak letakkan gambar bibir sendiri sebab tak mampu nak share kat orang, betapa teruknya keadaan bibir tu. Ditambah dengan kulit kering dan mengelupas tanpa henti. Tetapi setelah 5 tahun lebih ini ai berani nak share dengan kawan-kawan keadaan rupa bibir ai sekarang.



Adoi besar pula gambar dalam blog ni, malu pula hahaha.. Alhamdulillah luka dan melepuh sekitar luar bibir ai sudah pulih dan semakin baik. Kadang-kadang terjadi juga melepuh sedikit di atas bibir sekiranya ai makan makanan yang pedas dan panas. Sejak dari masalah mengelupas, bibir ai sekarang agak sensitif. Jadi kena berpada-pada dalam pengambilan makanan yang pedas atau minuman yang panas. Untuk bibir kering pula, tak pulih seratus peratus. Kalau tengok pada gambar di atas tu, masih kelihatan bibir ai mengelupas sedikit. Tetapi ianya sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan dahulu, dulu keseluruhan bibir ai sangat kering, mengelupas dan luka. Sekarang ini ai perlu memastikan memakai lip balm untuk mengekalkan bibir sentiasa lembab. Tapi ada je masa-masa ai jarang pakai, bila nampak bibir kering baru cepat-cepat sapu lip balm hehehe.. Sepanjang 5 tahun ini pelbagai jenis lip balm ai dah cuba. Ada yang okay dan ada yang tidak. Tak ingat dah jenama lip balm yang ai dah cuba. Tak silap lebih 6 jenis kot. Dan sekarang yang ai guna dan sangat-sangat serasi dengan bibir ialah dari Nivea seperti gambar di bawah ini.



Setahun lebih dah pakai lip balm Nivea ini. Lip balm ini jenis mint. Bila pakai sedap je berangin dan ia tidak berwarna. Natural sahaja. Oh ya, ubat krim Fucicort ini ai masih guna lagi sampai sekarang. Standby sekiranya kulit sekitar luar bibir itu naik merah balik. Hanya sapu tipis saja kawasan yang terlibat. Sebenarnya tak guna banyak pun cream ini. Tahu-tahu dah expired walaupun masih banyak. Ha jangan lupa ya tengok expired date tu, jangan main sapu je :) Apa pun syukur Alhamdulillah, masalah bibir luka, melepuh dan mengelupas ini dapat diatasi walaupun ada sikit-sikit yang tinggal. Yang penting keyakinan tu dah ada balik, tak adalah kita rasa malu nak berdepan dengan orangkan. Eh sekarang ni lagi la kita keluar wajib pakai face mask, orang pun tak nampak bibir kita tu mengelupas ke tidak hehehe..

Thursday, July 11, 2019

Kena Chicken Pox


Qaireen kena chicken pox. Rasanya dia sorang je yang kena dalam adik beradik. Ariq dan Aliah kena demam campak je. Setakat ni tiada lagi kena jenis yang berair ni. Tak tahu dari mana Qaireen dapat huhu Pada mula-mula sebelum chicken pox tu keluar banyak, ai perasan ada satu gelembung air kat jari kanan dia. Agak besar juga sebab tu ai perasan. Masa tu tak terfikir lagi apa, ingatkan mungkin kulit dia sensitif macam ai bila kena sabun atau apa-apa detergent kulit keluar gelebung air. Esoknya waktu pagi ai perasan ada lagi naik gelembung air kurang dari 5 biji. Ai rasa badan dia pun sedikit panas, macam dedar nak demam gitu.

Ai bagi masa lagi tunggu sampai ke tengah hari, periksa seluruh badan dia ada naik bintik-bintik kecil kat bahagian belakang badannya. Masa tu terus rasa tak sedap hati dan bagitahu dengan enZaf untuk bawa Qaireen ke klinik. Lepas check-up memang dia demam sikit dan doktor pun sahkan dia kena chicken pox. Waktu petang makin banyak bintik-bintik air keluar kat badan dan muka. Susah betul ai nak ambil gambar dia tak reti dok diam bergerak sana sini.



Paling banyak naik kat belakang badan dan kepala.



Ai hanya ikut nasihat doktot, sapu losyen calamine sahaja kat chicken pox dia tu. Doktor pun ada bagi ubat tahan gatal, bila tengah naik dan terutamanya bila nak kering tu, masa tu la rasa gatal dan Qaireen mesti nak garu-garu. Mujurla Qaireen jenis tak kisah pun ai sapu losyen dan senang bagi makan ubat. Dan lega juga la sebab Qaireen demamnya tak lama, dalam 2 hari je lepas tu dia dah baik. Gambar bawah ni masa chicken pox dia dah start kering.



Kesiannya la anak Mummy, comot betul rupa tu hahaha



Oh ai ada juga bagi dia minum air kelapa, tapi dia tak suka. Walaupun dia tak suka, Daddy dia tetap beli hari-hari. Sudahnya ai yang banyak minum hihi. Nasib baik dia masih menyusu badan, so salurkan melalui air susu la kan hehehe Dalam hari ke-5 kalau tak silap ai, baru chicken pox tu turn ke bahagian kaki pula. Orang cakap kalau dah sampai kaki, tu tandanya chicken pox nak habis. Kat kaki dia tak naik banyak. Bole la kira kat peha betis tu, lepas tu kat tapak kaki keluar satu je. Oh ye, walaupun tak keluar banyak tapi yang keluar tu jenis besar terutamanya kat bahagian kelengkang. Seram juga tengok ada satu chicken pox tu betul-betul kena kat diapers dia. Takut sakit je huhu

Qaireen dah baik laju-laju ai ajak enZaf keluar haha Tak pergi jauh mana pun. Lepak Starbucks aje kat Curve. Tepu dah otak ai selama 2 minggu kuarantin. Si kenit ni pun gembira dapat hirup udara luar :p



Takde dah yang berair, semua dah kering. Tinggal nak hilangkan parut je.



Dalam banyak-banyak chicken pox dia, hanya tinggal satu je yang berparut berlekuk kat hidung. Harap-harap bila makin besar hilang la lekuk tu. Sebelum ni ai dok fokus satu chicken pox dia yang besar kat dahi tu tak nak bagi berparut, alih-alih tempat lain rupanya. Sabar je la.



Alhamdulillah, proses nak sembuh tu agak mudah la jugak sebabnya Qaireen masih kecil. Nasib baik dia jenis tak kisah sapu ubat bagai, muka dia redha je Mummy dia sapu satu badan semua. Lagi pun losyen calamine tu sejuk, syok la tu.

Baiklah ni kira tips dari ai jaga anak yang kena chicken pox.
- sentiasa sapu losyen calamine
- minum air kosong banyak-banyak
- minum air kelapa hari-hari
- bagi yang menyusu ai pantang makan, elak makan makanan yang gatal dan bergoreng
- kerap mandikan
- pasang aircond, kalau panas badan akan berpeluh dan menyebabkan rasa gatal-gatal pasti rimas tak selesa.

Bab mandi tu ai boleh katakan 3-4 kali mandikan Qaireen, supaya dapat kurangkan panas badan dan rasa gatal-gatal dia. Sambil tu ai buang kulit chicken pox mana yang dah kering. Jangan kopek saja-saja, masa mandi kulit tu akan lembut bila kena air baru senang nak keluarkan. Kalau tak boleh juga jangan dipaksa. Biarkan saja. Lepas mandi lapkan badan sekering-keringnya. Jangan biar lembab terutamanya bahagian berlipat atau terlindung. Ha dah macam dalam pantang pun ada hehe Harap-harap dalam seminggu dua ni tiada la berjangkit kat anak-anak yang lain.


Friday, February 9, 2018

Dugaan & Ujian Bulan 1/2018


Pelbagai ujian dan dugaan
kami sekeluarga bulan 1 yg lepas.
Start dari tengah bulan 16hb
Aliah orang pertama jatuh sakit.
Dia demam.
Dapat virus dari kawan sekolah.
Bertalu2 jugak la message
dalam whasapp group kelas Aliah,
mak2 bgtau anak2 cuti sebab tak sihat.
Dalam sehari tu mesti ada tak dtg.
Berlarutan dekat 2 minggu.
Sorang2 kena.

Start dari Aliah,
habis satu rumah ni pun kena.
Bukan takat demam je,
batuk selsema cukup pakej
3 serangkai.

Selasa Rabu dia tak sihat,
gigih la ai menjaganya...
lap badan tiap masa...
bg temperature tu tak naik mencanak.
Hari Khamis (18hb) tu dia dah kurang,
tetiba satu rumah semua sakit okay.
Akak Zahra, Ariq, ai dan Zaf.
Zaf la paling teruk sekali.
Sampai tak bole bangun.
Bayangkan semua terbongkang,
ai paksa diri okay nak jaga,
kalau ikutkan sakit,
takut lagi melarat.

Tak ingat hari apa.
Jumaat (19hb) kot.
Ai gi checkup sbb baby tak gerak.
Dah sakit agaknya baby dlm perut pun sakit.
Takut jugakkan.
Alhamdulillah baby okay.
Mujurla ai tak sihat dlm 2 hari je,
cuma tinggal batuk.
Sampai skang pun tak baik lagi,
susah betul.
Anak2 demam tinggal dedar
cuma Zahra batuk ada lagi, Ariq selsema..
Ubat jgn cakap la,
kat dapur tu penuh.
Zaf masih lagi terbongkang,
tak nampak perubahan sangat.

Dah elok2 baik,
next weeknya tetiba masing2 panas balik.
Risau influenza or denggi,
Gi check lagi alhamdulillah takde,
ulang la balik macam minggu sebelumnya.
Masa ni badan ai dah restless giler.
Rasa macam nak keluarkan perut letak tepi jap haha

Nak 2 minggu la masing2 nak recover dari sakit.
Kalau la dapat massage time tu bestnya la.

Elok dah baik semua Alhamdulillah,
terjadi la satu tragedi,
23hb hari Selasa,
Ariq jatuh dari kerusi.
Masa kejadian ai dalam bilik air,
nak amik wudhuk solat Zuhur.
Masa dalam bilik air
ai mmg terdengar bunyi benda jatuh.
Tunggu kejap kot ada dgr bunyi
lain lagi ke mcm orang nangis ke apa kan.
Tp takde ape sunyi je.

Zaf mmg ada kat rumah sbb badan dia mmg tak
berapa sihat lagi.
Tp dia kat luar rumah kejap.
Lepas keluar dari bilik air,
dgr bunyi orang nangis.
Keluar tgk kat dapur,
Zaf tgh lap2 darah kat dagu Ariq.
Rupanya dia jatuh kat kerusi
dagu tu terhantuk kat bucu kerusi.
Time dia jatuh tu ada akak Zahra.
Katanya dia panggil ai tp ai tak dgr.

Lepas lap tu Zaf terus laju bawak dia ke klinik
dekat dgn rumah.
Tp kat klinik tu suruh refer hospital
sbb ape ntah alatan dia tak cukup rasanya.

Muka sedih sakit.
Habis baju berdarah2 menitik.



Klinik tu buat refer letter kat hospital sg buloh,
tp kami pegi KJMC je.
sbb nak cepat.



Itu la yg terbelah.
Sebenarnya terkeluar2 dah isi tu,
ai tgk pun ngeri.



Masa nak wat prosedur,
nama doktor tu Puteri Sabrina.
Nak cucuk ubat bius.
Sekali cucuk okay,
2 kali nak cucuk dia terus melalak.



Lepas tu terus menangis tak henti
sampai la habis jahit.
Dia fobia tgk jarum tu huhuh

Kesian la anak bujang ni,
kena 3 jahitan.
Semua orang yg tau cakap takpe,
baru la hero hehehe



Yang kelakar tu,
lepas dah nangis2 dah
setel semua tu,
dia cakap dia nak makan
Ariq lapar hehehe
Daddy pun bawak la gi makan.



Tiap 3 hari ada susulan checkup,
nak tgk jahitan dan luka.
Kot ada infection.
Ariq kalau jumpa doktor Puteri tu,
taknak salam taknak say thank you.
Marah ape ntah hahahaha

Skang luka dia dah kering,
nak plak benang jenis
reput sendiri je kan.
Tinggal parut sikit,
pasni bole beli bio oil la hehe

Habis dah cerita Ariq,
the next day pulak.
Tetiba badan Aliah naik macam ruam.
Penuh okay satu badan sampai ke muka tangan.
Kaki je kurang.



Arghh sudah ai ingat chicken pox ke
Tp dia tak demam.
Tanya dia gatal ke tak..
pun tak..
Pegi klinik... ntah bape kali pegi
klinik pun tak tau dah.
Berpuluh2 resit kami kumpul 3 minggu berturut :)
Doktor tak cakap chicken pox k meassles ke,
mungkin alergik.
Katanya tunggu sampai 3 hari.
Kalau dia tak demam.. or simptom2
lain yg ke arah chicken pox bagai
so konpem la alergik.

Tu yg tanya dia apa2 dia makan,
buat or pegi mana2
sampai dia jadi cmtu.
Kami pun tak bole nak detect.
Alhamdulillah lepas 3 hari takde demam apa.
Bintik2 kat badan pun berkurangan.
Fuhhh lega rasa.
Kalau tak tambah. lagi fasa nak kena kuarantin plakkan.

Cuma ni la terbaru,
2 hari lepas akak Zahra
start batuk balik.
Teruk gak batuk dia sampai muntah.
Semalam dia nak sgt ke sekolah,
batuk sampai muntah dalam kelas.
Dah kena amik dia.
Harini dgr Ariq plak batuk2.
Aduhai... bertabahla kami sekeluarga.
Semoga anak2 ku cepat sembuh
dan sihat seperti biasa.

p/s: esok checkup buat ctg.
gynea nak check skali dah ada bukak blom.
Jumpa jiran2 kat umah 2-3 org ni
pun dah cakap nampak perut dah turun.
Tetiba neves okay.
5 tahun tak beranak... rasa macam anak pertama plak hehe


Friday, December 4, 2015

Mengelupas Bibir Yang Sangat Teruk


Setelah sekian lama, baru tergerak hati nak share dalam blog berkenaan kulit bibir mengelupas. Tak ingat bila kejadiannya berlaku. Yang pasti tahun ni, rasa-rasanya dalam bulan 6 kot sebelum masuk bulan puasa. Diriku mengalami masalah bibir kering yang sangat teruk. Tak boleh bayangkan teruknya itu sampai luka. Setiap kali ai buang kulit yang kering tu, muncul kulit kering yang baru. Macam tak putus-putus pula. Tak tahu juga sebab apa jadi macam tu, nak kata kurang minum air. Diriku ni memang kuat minum air kosong. Dalam rumah ni air botol sampai dua untuk ai sorang je. Minum pun sekurang-kurangnya 3 botol penuh 500ml setiap hari. Tapi itu la kalau dah nak jadi, ape pun tetap jadi.

Macam-macam cara dah ai buat bagi nak baikkan bibir ni. Hari-hari sapu lip balm, macam-macam brand semua ai dah cuba. Drug store tu dah macam bestfriend haha tak cukup dengan kedai, beli online lagi. Tak jalan juga masih sama je mengelupasnya. Sapu Vaselin, masa pakai je nampak elok. Kalau tak pakai mengelupas semula. Cuba cara traditional pula, sapu madu bagai. Siap buat scrub dengan gula & madu. Hasil tetap mengecewakan.

Bila semua cara dah buat makin lama makin teruk mengelupas kat bibir tu. Luka berdarah tu jangan kata la, macam dah imune. Bila bibir kita kering, jadi senang merekah pecah dan lukakan. Pedih tu nauzubillah. Paling seksa bila kering tu kat celah tepi bibir, ya ampunnnnn.. tak boleh nak buka mulut besar. Nak makan seksa sangat. Bila buka besar, koyak luka tepi mulut tu okay sampai menitis air mata menahan pedih huhuhuhuhuhu Bila minum air panas pula terasa bibir tu pijar, bibir tu dah menipis sebab mengelupas saje. Makin lama mengelupas bibir tu makin melarat jadinya. Mengelupas tu sampai ke atas bibir dan bawah bibir. Macam gambar kat bawah ni. Ni ai edit gambar letak kat area mana yang mengelupas luar mulut. Warna pink tu la sampai kulit ai mengelupas.


*gambar asal ni credit to dreamstime.com

Masa ni kan, ai dah moral down sangat. Dah la jadi kat bahagian mulut, nak bercakap dengan orang pun malas. Malu pun ada. Kalau boleh memang tak nak bercakap dengan orang dah ape lagi nak berjumpa. Memang elak selagi boleh. Hilang keyakinan sungguh. Bahagian kulit mengelupas atas dan bawah bibir tu dah jadi macam melepuh. Melecur pun boleh dikatakan juga, terukkan dah sampai tahap macam tu sekali. Pedih-pedih rasa bila terkena air. Kat situ pun kulit tu mengelupas non-stop. Bila mengelupas saja kulit tu menjadi nipis dan jadila kemerah-merahan. Serius weh macam ape muka. Ai ada ambil gambar masa jadi macamni tapi rasa buruk benar nak letak kat blog, mahu orang muntah loya semua cukup huhuhu

Macam-macam cara juga ai buat, nak bagi baik dan paling penting nak bagi kulit tu tak jadi merah. Sebabnya bila melepuh tu kawasan tu jadi panas. Bila panas ianya pedih. Entah berapa kali ai basuh muka nak bagi hilang panas. Siap letak timun, bagi sejuk. Ais jangan letak walaupun sejuk sebab ada ai baca kat mana entah kalau kulit melecur ke apa jangan letak ais. Nanti jadi lagi teruk, lalukan luka tu dengan air paip yang sejuk pun dah cukup. Bila buat tu rasa lah lega sekejap lepas tu rasa panas balik :(

Gigih ai Google cara-cara nak bagi sembuh. enZaf ajak pergi klinik ai tak nak, sejenis yang degilkan. Google punya Google jumpa satu forum, katanya cuba letak gel aloevera. Ai pun beli la dekat farmasi dan cari yang 100% aloe vera. Pakai la gel tu setiap hari, seminggu macam tu nampak hasilnya, kulit kemerahan atas bawah bibir tu berkurangan. Rasa panas tu pun berkurangan juga. Hanya mengelupas tu masih ada lagi. Dalam sebulan lebih sapu gel aloevera hasil masih sama tiada perubahan yang ketara.

Tak puas hati lagi, ai Google lagi sampai la terjumpa satu blog ni, alahai terlupa pula nama blog tu. Dia pakai satu cream ni, antibiotic cream. Beli dekat farmasi saja. Tak silap harganya dalam RM12. Ai minta tolong dekat adik belikan sebab dah tak mampu nak keluar jumpa orang huhuhuhu



Alhamdulillah, cream ni sangat berkesan untuk ai. Selama 3 hari dah nampak hasil okay. Warna kemerah-merahan itu hilang dan paling penting melepuh tu tak ada dah. Secara tak langsung mengelupas pun hilang terus. Tiada dah rasa kulit tu panas terbakar. Sampai la sekarang. Itu hanya bahagian sekitar luar bibir ye. Berbulan-bulan juga ai mengalami masalah ini. Kalau diamati betul-betul sekitar mulut ni, terdapat tona kulit tak sekata dengan kulit muka. Kawasan yang melepuh tu kulitnya sedikit menipis dan nampak bercapuk. Jadinya marilah kita sapu whitening cream atau masker bagi balanced semula warna tona kulit tu hehehe Perkara ketara yang ai perasan selain dari luar kawasan mulut, bibir yang mengelupas tu pun ada nampak perubahan juga. Walaupun tak sembuh sepenuhnya tetapi mengelupas kat bibir ni berkurangan. Tiada dah seteruk sebelum ini sampai berdarah. Hanya kepingan kulit sikit-sikit yang ada. Setiap kali ada kepingan kulit bibir kering, ai akan buang dengan menggunakan kepit kuku. Jangan tarik kulit kering tu nanti lagi sakit dan pedih. Walaupun penyelesaian ni tak membuat sembuh 100% tetapi ianya dah memadai bagi ai. Perasaan malu nak jumpa dengan orang tu pun dah berkurangan. Janji bila kita keluar simpan lip balm di dalam beg, sentiasa lembabkan bibir kita bagi mengelakkan mengelupas lebih teruk semula.

Pergh... panjang pula entry kalini. Jadi kesimpulan dari cerita semua ini, pada sesiapa yang mengalami masalah sama seperti diriku apa kata cuba krim Fucicort ni, mana la tahu ianya berkesan untuk korang pula kan. Sharing is caring!

* kalau korang ada luka kat area "V" tu atau or celah bontot sebab garu ke ape ke. Silala sapu cream ni kat situ juga. InsyaAllah baik. eh part bontot tu bukan tuan blog ni tapi orang lain hahaha Oh yer terima kasih juga pada blog yang ai tak ingat nama tu sebab dia yang rekemen pasal antibiotic cream ni. Semoga Allah membalas jasanya :)

Thursday, November 20, 2014

Sakit Kepala, Pipi dan Gigi


Selalunya nak hujung tahun
mesti xberapa sihat.
Balik dr Melaka haritu kena selsema,
bukan ai sorang je.
Anak2 pun semua kena jangkit selsema.
Baik selsema Zara plak batuk,
dia plak sebarkan virus kt semua org.
Skang ni alhamdulillah semua sihat
kecuali diriku.
Batuk lama dan sgt kuat
sampai terkencing2 batuk.
Bape kali tukar panty liner tu jgn katala.
Rasa cm nak pakai pampers plak.
Selsema on off.

Semalam Alhamdulillah batuk makin kurang.
Xde dah batuk kuat terkencing tu haha
Tapi sakit lain yg ada.
Kalini sakit kat area muka,
kat bahagian pipi sampai ke rahang atas gigi.
Ya ampun sakitnya berdenyut2.
Mulut pun xbole bukak besar,
nak makan pun susah.
Sakitnya bahagian kiri,
nak mengunyah kena blah kanan.
Itu pun xbole bukak besar2.
Seyes sakit sgt,
tambah plak ngan sakit kepala.
Nak baring rehat sgt pun tak jugak.
Anak2 tetap kena tgk
mandi, bg makan bagai.
Tu blom lg kejap2 dorang panggil nak itu ini.
Memang tak leh rehat ngan tenang huhu
Tp takpela buat je mana mampukan.

Masa baring2 google la simptom sakit ni
Kebanyakkannya berkaitan sinus.
Mmg sblm ni ai alah pd habuk
asap semua tp paling2 pun bersin je la.
Tapi sekali bersin
bersin 10kali non-stop huhu
Tak sangka kalini jd lg teruk.
Sampai sakit kepala, pipi dan gigi.
First time cmni.

Hasil googled.



Friday, June 13, 2014

Demam & Ulcer


Ariq tak sihat.
Dari hari Selasa malam
ai dah rasa badan dia panas sket.
Lap2 badan sket.
Esoknya badan dia makin panas,
pastu dah start meragam.
Ubat demam ada lagi,
bagi dia makan
pastu mandikan dia.
Rasanya dekat 4-5 kali mandikan dia.
Bagi suhu badan turunkan.
Petang panas dia dah kurang,
dia pun aktif balik cm biasa.
Masuk maghrib dia start meragam balik.
Time tu ai tgh mengaji,
dia datang sambil pegang lidah dia.
Tgk2 ada ulcer kat mulut dia.
Badan pun panas.

Terus ai bersiap2 nak gi klinik.
Zaf takde dia outstation kat Kuantan.
Sbb dia takde tak kuasa
nak pegi ke KJMC jauh.
Pegi klinik kat Giant KD je.
Nasib Anna balas whatsapp ai
tanya dia tutup kul bape,
takut pegi klinik tak bukak hehehe

Budak 2 org ni
bole main lari2 dlm klinik.
Nasib tak ramai patient,
ada 3 org bangla je dlm tu :)



Ariq ape lagi,
melekat je la kat ai.
Jumpa doc pun nangis2 huhuh



First time ni dia kena ulcer.
Sian dia taknak makan minum.
Kita yg besar ni pun kalau kena
rasa sakit,
apentah lagi dia.



Tetiba rasa sedih bila xnak menyusu,
xlama lagi pun dia dah nak masuk 2 thn.

Monday, April 14, 2014

Ariq: Demam


Minggu lepas balik dr Kuantan,
Ariq demam.
Tak silap dekat 5 kali
mandikan dia
nak sejukkan badan tu.



Bila dah demam,
mengaruk merengek lebih.
Nak bergantung je menyusu.
Sampai sakit pinggang tulang belakang bagai.
Kita pun kalau anak tak sihat
memang xbole tido.
Susah hati dok monitor suhu diakan.

Tapi dalam xsihat tu,
tetap gak active.
Sepahkan umah mcm biasa hehehe



3 hari gak la dia demam.
Alhamdulillah pastu dah sihat.
Mujur akak2 dia tak kena.

Sunday, March 16, 2014

Emotional Support from my Daughters


Smalam ai kena gastric.
Nauzubillah sakitnya ya amat.
Gara2 smalam siang, ai lunch lambat.
Buat rutin harian mcm biasa tp
kenapa ntah lambat makan,
huru hara ngan anak2 lebih kot
sampai lupa nak makan hahaha.
Zaf plak xde sbb outstation ke Pahang
tp dh balik la, petangnya sampai.

Mungkin sbb tak breakfast kot
tu yg sakit tu,
petang kul4 dah rs mcm perut tu sakit.
Tp masih bole tahan lagi rileks je la.
Masa ni xterpikir pun lg gastric.

Dinner Zaf ajak makan kat luar.
Makan kat kedai mamak je pun.
Bole plak order teh ais.
Sronok minum tak ingat plak perut tu sakit.

Tak sempat sampai umah
baru duduk dlm kete ha sakitnya memulas2.
Padan muka minum teh lagi,
kan dah berangin badan tu.
Terus Zaf ajak gi klinik,
ai yg xnak so dia drive ke farmasi beli ubat.

Sementara tunggu beli tu,
ai kt dlm kereta dah sakit2 mcm nak nangis.
Zara & Aliah dah tanya2,
why Mummy what happen Mummy??!!

Zara: Mummy! u sakit perut ke?
Mummy: (kalau ckp gastric bukan dia paham) Haah sakit perut.
Zara: Ada baby dlm perut?
Mummy: (erk) No! ada cacing.
Zara: CHA-CHING!! what CHA-CHING (slang omputih di situ)
Mummy: er er cacing is a worm.
Zara: Euww Mummy, why u eat worms.
Its not a food.

Ai terkedu dan terdiam xtau nak ckp ape dah
Gatal lagi ckp cacing dah kenapa haha
pastu sambung lg.

Zara: Its okay Mummy, u hang on.
Its gonna be okay.
Wheres Daddy ni.

Sambil tangan dia usap2
belakang badan ai menenangkan gitu.
Sbb time ni ai dah mcm merekut badan menahan perut.
Dalam pada masa yg sama,
Aliah pun turut menenangkan ai.

Aliah: Dont crying dont crying.
Mummy: Ok im ok.
Aliah: u gonna be fine.

Dia nak sebut cacing
tapi tak reti
bunyi cam cingcing gitu kot
Sambil tu pun dia picit2 tangan ai.

Tgh2 sakit tu ai sempat la gelak sbb tak tahan tgk gelagat dorang hehe.

Zaf sampai terus makan ubat dalam kete,
lepas makan tu byk angin keluar.
Atas bawah keluar haha
Tapi sakit tu still ada lagi.
Sampai umah Zara dok sapu2 blakang badan.
Aliah pun sapu gak tapi sikit2 je la. :)

Alhamdulillah harini dah okay.
Pagini pun Zara datang kat ai tanya
Mummy sakit lagi perut?
Oh melting sungguh.
Thank you anak2, korangla ubat Mummy.

Monday, February 24, 2014

Taknak Pegi Hospital


Khamis lepas ai baru dpt tahu
abah tak sihat.
Petang Khamis tu,
ai balik Sg Buloh.
Tgk Abah terbaring je lemah badan.
Rupa2nya dia xsihat dr Ahad lepas.
Ape lagi bebel la ai ngan adik2.

Dia demam, cirit birit, sakit badan.
Dari hari Ahad, hari Rabu baru gi klinik.
Bertambah lagi la bebel ai.
Doc suspect food poisoning.
Makan pun xnak ,
ai paksa dia makan.
Tanya dia dah minum air ape tu
mcm serbuk oren bg tenaga.
Dia kata tak minum.
Terus ai cakap dah makan sket
pastu gi hospital.
Dan dan dia minum air tu ok huhu

Tapi ai suh mak siap nak hantar Abah.
Yg Abah plak buat2 lambat,
pastu ckp mcm dah ok sket pas minum,
hahaha alasan lagi xnak pegi.

Ai cakap tak kira,
ok ke tak ke pegi jugak.
Check atleast kita tau sakit ape n
xsusah hati pasal diakan.

Kul 10mlm gak le baru keluar dr umah.
Terus gi bhgn kecemasan Hospital Sg Buloh.
Mcm biasa menunggu.



Kami dok luar layan anak2.
Makan eskrem la berlari la.
Time ni ai tak kira dah heret semua,
ngantuk ke tak ngantuk xfedulik.
Abah sakit lagi penting buat masa tu.



Buat blood test,
pastu gi register ape ntah.
Sementara tunggu result.



Alhamdulillah
hasil dari blood test doc kata xde ape.
Abah terus muka senyum,
dia mmg xnak kena admit :p

Tapi pallet darah menurun.
Normal 150 result 80.
Doc ckp kalau 50 dah kena tahan.
So doc adviced minum air banyak2 dan berehat.

Mujurla dorang dua ni xmeragam.



Doc cakap lagi esok (Jumaat) wat checkup
takut2 pallet tu turun lagi.
Bole esoknya Abah xnak pegi.
Puas la pujuk bebel pun xnak.
Jawapannya mmg xpegi.
Beli 100plus berbotol bagi dia minum.
Sup ketam bagai.
Hari sabtu tgk dia,
lega sbb nampak dia ok sket.
Makan pun dah lalu baru badan tu kuatkan.
Taknak pegi hospital punya pasal huhuhu

Tuesday, December 31, 2013

Tak sihat sangat


Semalam kul2 pagi lebih
tetiba perut sakit memulas
tp xde rasa nak buang air.
Nak katakan period pun xjugak,
lambat lg pun.

Lama sket baru rasa nak buang,
terus masuk bilik air.
Walau pun dah lepas buang
perut masih lagi rs sakit.

Baring kat katil ke kiri kanan xselesa.
Sakit perut tu memulas,
macam nak beranak okeh.
Makin lama sakit tu naik ke dada.
MasyaAllah masa tu sakitnya.
Sesak rasa dada,
mencucuk2 rs mcm nak terkeluar.

Kejutkan Zaf bgtau sakit,
masa tu Zaf buatkan air eno kot anginkan.
Dah minum xreda jugak.
Makin sakit dan lama,
tahan sampai menitis air mata.
Ai dah menggulung badan sbb xtahan.
Zaf ckp xbole jadi ni, ajak gi klinik.
Ai plak xnak
tahan selagi boleh,
pastu dok pikir anak2 tgh tido.

Zaf kata tak kira pegi jugak
sbb takut makin teruk kang lain jadinya.
Dah dia kejutkan Zara & Aliah,
Ariq plak dia angkat je.
Sian kat anak2 sbb Mummy kacau korang tido.
Nak wat cmnekan bukan leh tinggalkan dorang cmtu je.

Sampai klinik dlm kul4 pagi.
Tunggu doc lagi nasib kejap je.
Doc check n suspect ai kena gastric.
Terus bg ubat cucuk, cucuk kat montot huarghh..
pastu minum air putih kapur tu kan.
Doc ckp 10-15min ok la nanti.
Sampai umah lega dah bole tido.
Nasib anak2 tak meragam.
Cuma skang dada ni mcm bengkak
sbb ai dok tekan2 menahan sakit xtahan sblom tu.

Monday, August 19, 2013

Tetiba demam


Malam td dlm pukul 2-3 pagi.
Badan Ariq panas.
Confirm dia demam dan bagi makan ubat.
Tahulah anak kecik ni kalau tak sihat mula la cranky je.
Nak tido berdukung.
Letak je nangis.
Kalau pegang dia bole baring takpe,
ni nak kita duduk huhu
okay la sket dari nak kena berdirikan.
Tapi duduk pun mula la sakit blakang.
Lengan jgn kata lenguh semestinya.
Memang ai tak tido la jawabnya.
Kejap2 check temperature diakan.
Sambil tu bagi pakai cool fever,
lap badan kepala bg sejuk sket.
Tido la dia.

Pastu Subuh tgk Aliah plak bangun,
check badan dia pun panas jugak.
Aduhai sorang lagi.
Cepat2 bagi dia makan ubat demam.

Alhamdulillah tghari tadi
Ariq & Aliah dah kebah.
Kalau tak mengaruk mengamuk mengada semua cukup.
Nasib Zara xkena, kalau tak mahu dia cuti lagi.
Harinikan dah start sekolah.
Dan ai masih blom tido2 lg
huarghh ngantokkk

Ingat nk puasa 6 harini.
Anak2 xsihat dgn letih bdn
xjadi la.
Harap esok bole puasa.

Monday, June 17, 2013

Sape nak cuti?


Sape nak cuti 3 hari.
Ai berbesar hati nak bagi ;)
ai is sakit mata huhuhuhu
kena jangkit dari Ariq.
Nak setahun ni Ariq sakit mata plakkan huhu

Kita sakit takpe,
anak sakit aduhai.
Kesian kat dia pastu meragam tu jgn katala.



Monday, June 3, 2013

Bestfriend baru





*pic googled

Bestfriend baruku pada hari ini.
Ai kena ceri beri start dari Subuh.
Dah makan ubat
tapi still ceri lagi skang.
Giler ar xlarat nak gi toilet.
Kan best kalau jamban tu bole baring.
Sbb dah sakit pinggang dah ni.
Siap suh Zara urutkan lagi blakang badan huhu

Lagi mencabar bila Ariq tgh sedap menyusu.
Jam tu jugak perut buat onar.
Kalau ceri kita mana bole tahan2.
La ni dok baring atas katil.
Rasa nak buang je terus lompat masuk toilet hehehe

Rasanya makanan mlm tadi
beli nasi goreng daging merah.
Nasi tu ai sorang je makan wat makan sahur
sbb nak puasa harini.

Bila ceri ni
rasa perut kempis 2cm hahaha



Wednesday, March 27, 2013

Amik Nebulizer


Zara tak sihat balik.
Kena batuk dan selesema.
Sblom ni dah baik,
tiba2 datang balik huhuhu
On off sakit dia. :(

Bila pagi atau malam nak tido,
mula la batuk dia datang.
Batuk sampai terduduk
kekadang muntah pun ada huhu
Walaupun batuk
dia tetap aktif.

Gi jumpa paed Selasa malam.
Doc cakap peti suara dia dah bengkak sket.

Pic bawah ni
sblom Zara nak kena wat nebu.
Happy2 gitu siappeace bagaikan hihihi


Masuk je dalam bilik,
nurse pakaikan mask tu,
muka dia dah lain macam.
Pastukan siap berasap kat hidung dia.
Terus tutup mata dan keraskan badan.


Ingatkan dia ok la,
skali dia nangis.
Puas daddy pujuk dia.
Ai plak tgh pegang Ariq.
Last2 Zara mintak nak mummy.

Riba dia pujuk2 terus dia diam.
First time amik nebu ni,
suspen la dia takut.

Ni ubat2 dia kena makan.
Jarang dia sakit lama.
Slalu 2-3hari dah okay.
Tapi kalini lama plak. :(
Moga cepat sembuh nak oi.

Thursday, January 31, 2013

Tak Sekolah


Zara tak sihat.
Demam, batuk & selesema.
Ha complete package.
Tak pernah dia sakit teruk camni skali.

Doc bagi mc 3 hari tu.
Minggu depan baru sekolah balik.


Batuk tu paling teruk,
seksa tengok,
byk kali muntah sbb batuk. :(

Dah la seksa nak bagi makan ubat.
Zara penakut.. huhu

Kalau bole sakit tu
transfer kat mummy ni nak oi
Moga cepat sembuh anakku.

Friday, June 29, 2012

Kena Jaundice


Ariq kena jaundice hari ke-6
Bawak dia gi jumpa paed hari isnin.
Dan paed rekemen pakai home phototherapy
since tak tinggi sangat.
Sama cam akak Aliah dia dulu. [entry]

Hari pertama dia ok
nak pakai strap kat mata tu


Bila masuk hari ke-2 tu
dia takmo dah pakai tu,
rimas agaknya.
Jadi pakai cam cover besar tu je.

Jadi la kan dari taknak pakai langsung.

Pastu dah 2 hari
checkup balik ngan Paed.
Alhamdulillah reading dia dah ok.
Tak perlu buat lagi.

Skang ni menempel je la
kat mummy.
Letak la kat mana pun asal
sebelahnya mummy dia ok ;)


Tuesday, March 27, 2012

Full Package

Minggu ni Aliah plak tak sihat.
Start dari kelmarin.
Demam, selsema, dan batuk.
Ha amik skali 3 datang.

Lama dah dia tak sakit,
sejak dia makan scott's emulsion
masa umur setahun tu kan. [entry]
Almost 6bulan la.. alhamdulillah.
Membantu gak la Scotts ni kan.
Bagusssss...
Kalau tak sblom tu, tiap2 bulan
mesti ada sakit,
tak selsema, demam..

Ni ubat2 yg harus ditelan oleh Aliah.


Muka budak tak sihat.


tak sihat ni mula la,
merengek je kejenya.
Buat ape semua tak kena..
semua nak "ami, ami, amiii" (mummy)

Tuesday, March 20, 2012

Budak bengkak

* Updated
Alhamdulillah akak Zara dah sembuh.
Mujur keesokan harinya dah surut segala bengkak.
Mata bulatku sudah kembali hehehe
Bagus la sabun Polytar tu,
bagi anak2 yg ada eczema elok pakai.
Aliah kulit dia sensitip sket,
suka menggaru pastu luka.
Pakai sabun tu cepat baik.



Terkejut ai bangun pagi,
tgk muka akak Zara bengkak.
Tak tau kena gigit ape.
Cari gak semut ke ape2 serangga ke,
takde plak nampak huhuhu

Sian dia kena gigit kat 2 blah mata,
dua blah teling..
dan sket2 kat dahi dan tepi pipi :((



Tanya dia sakit ke tak.
Katanya tak.
Bila ai pegang kat bengkak tu, rasa panasnya.
Mesti gatal2..
ada gak nampak dia nak gosok,
tapi ai cakap ngan dia jgn gosok,
nanti luka dan melecet.
Nasib dia tak menggaru ke ape.
Dan pasti dia tak demam..
syukur alhamdulillah

Mummy rindu pada mata bulatnyer..


Ni ubat akak Zara kena makan dan sapu.
Harap2 cepat la sembuh yer nak.
Selagi tak baik slagi tu la ai tak senang hati.

Monday, February 6, 2012

Mengintai orang mandi

Boleh plak ai dapat ketumbit atau org panggil tembel.
Rasa sakit tu sejak hari sabtu.
Tapi naik bengkak semalam.
Tak padan ngan sakit tapi ai tetap nak gi jejalan gak.
Tak kira, fedulikkan ape orang nak kata haha

Kenanya blah kiri.
Seksikan mata ku ahahaha
"sepet"


Ubat yg doc bagi.
Ubat titik je ai pakai.
Yang pil tu, doc kata kalau gatal.
Tapi tak rasa gatal pun.
Cuma sakit je bila pegang.



Zaf tanya u ngintai sape mandi ni.
Ai jawab ngintai u!! haha
Rasa loya tetiba buekkk :p

Cuti2 ni plak sakitkan.
tapi tak kira ai tetap nak kuar jalan. :)