Friday, June 30, 2023

Raya Haji 2023


Hari Raya Haji kami tahun ini sambut ala kadar sahaja. Pakaian pun pakai apa yang ada sahaja kecuali Aliah dan Ariq. Dorang berdua beli baru sebab tak ada baju warna hijau atau putih. Beli di Zalora saja dan yang penting ada diskaun. Ai pakai baju akak Zahra, nasib baik muat :p Sebelum keluar rumah kami bergambar dahulu.







Kali ini beraya dahulu di rumah mertua. Raya puasa dah beraya di rumah Sg. Buloh. Mak mertua masak Nasi Minyak, Kari Ayam dan Rendang Daging. Lemang saja yang beli. Di Kota Damansara ni ada Lemang sedap area Seksyen 6, tak ingat pula nama gerainya. Setiap kali nak raya memang situ lah tempat nak membeli Lemang. Dalam pukul 3 lebih baru kami balik ke Sg. Buloh pula. Selesai solat Asar, kami ziarah kubur arwah adik ai. Alhamdulillah sempat kami ke sana, hujan berhenti sebelum pukul 6 petang. Lepas pukul 6 petang, pagar kawasan perkuburan sudah ditutup.



Rindunya kat arwah Achik. Lama dia tak muncul dalam mimpi. Setiap kali raya arwah pasti buat makanan dan minuman kegemaran anak-anak buah, Puding Karamel dan Teh O Ais Limau. Sebelum balik rumah, enZaf nak mencari kudapan petang. Beli Pisang Goreng dan Cempedak Goreng. Ada juga orang berniaga waktu raya ni ya, itu pun satu gerai sahaja yang ada hihi.. Sempat juga beli air Tea Live untuk semua.



Makanan raya ini semua dari hasil tangan adik ai Hana. Dia memang suka memasak, adik-adik ai yang lain tolong belikan bahan. Kak Long dorang ni tolong makan je hahaha.. Lama juga tak jumpa Fahrel, rindu Mak Long kat dia. Dia baru belajar jalan, terkedek-kedek tengok dia melangkah hihihi..



Tak ada gambar raya beramai-ramai, kami sampai Sg. Buloh pun semua dah salin baju. Nak pergi beraya rumah saudara pun semua tiada. Raya Aidiladha tahun ini Pak Ngah & Mak Ngah serta Mak Lang pergi menunaikan ibadah haji. Yang lain semua beraya di tempat lain. Kami lepak kat rumah saja.

No comments: