Tuesday, July 27, 2021

Projek Seni: Keindahan Bunga Kekwa Tahun 5


Ingatkan seminggu cuti sekolah ai nak update hasil seni anak-anak dalam blog, tak menjadi rupanya hihi.. Maka hari ini gigihkan diri buat satu hasil seni Aliah. Lama sudah seni ini dibuat iaitu pada awal bulan Jun. Hari dia buat ini sama dengan Ariq buat seni juga pada hari Sabtu malam [link] Aliah kena buat satu tugasan dengan menggunakan teknik mozek dan catan.



Untuk memulakan seni ini, Aliah kena melukis bunga Kekwa dan pepatung. Masa dia tengah lukis tu ai tak tengok pun sebabnya tengah tolong Ariq buat kerja seni dia juga. Tahu-tahu je dah siap. Lepas itu Aliah kena warnakan bahagian bunga dan pepatung dengan menggunakan teknik kering atas basah. Dia tak faham apa teknik itu, ai pun faham tak faham juga. Rupanya kena basahkan sedikit pada kertas dan warnakan lukisan tersebut. Hasilnya warna itu macam kembang-kembang sikit hehehe... itu apa yang ai faham lah :p



Selesai warnakan bunga Kekwa dan pepatung, Aliah buat bahagian latar pada lukisan pula. Part ini ai tak tengok dia buat dan tak ambil gambar pun. Ai dah betul-betul fokus pada Ariq sahaja. Sampai la bahagian latar tu dah siap kena buat garisan mozek pula untuk gunting kertas itu. Sampai situ saja Aliah buat pada malam itu dan dia nak sambung buat pada keesokkan harinya pula. Dah penat katanya :) Hari silih berganti, yang kononnya kata nak buat keesokkan harinya, Aliah tak buat pun. Bertangguh sampai enam hari huhuhu.. apa lagi mak kau hijau terus hahaha.. Buat tu pun sebab esok tarikh akhir kena hantar huhu..

Dalam banyak-banyak teknik yang perlu dibuat, ada dua benda yang leceh ai tengok. Satu yang bahagian latar (warna biru hijau) yang mana perlu gunting dan lekat satu satu atas kertas lukisan mengikut susunan mozek. Sepatutnya perlu tampal atas kertas keras tapi tiada kertas keras warna putih, jadi ai suruh Aliah pakai kertas warna sahaja. Dah tampal susunan mozek itu barulah tampal bunga Kekwa dan pepatung. Oh bunga Kekwa dan pepatung yang kita lukis dan warna itu perlu digunting mengikut bentuk. Kemudian baru buat bahagian sayap pepatung pula. Ini ke dua leceh, perlu susun dan tampal kulit telur pada bahagian sayap pepatung. Tak pasal-pasal ai goreng telur hari tu sebab nak dapatkan kulitnya hahaha..



Serius bahagian sayap pepatung ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Kena ada 2 ton warna pula tu, atas warna coklat luar kulit telur dan yang bawah sayap itu warna putih dalam kulit telur itu pula. Bahagian ini ai tolong Aliah sama-sama buat. Kalau dia buat sorang, memang lambat la nak siap tu huhuhu.. Dia warna badan pepatung tu dengan mata-mata sekali hahaha..



Ikutkan pada buku teks Seni, daun pada bunga Kekwa itu perlu ditampal dengan bod impra. Memandangkan tak ada bod impra, Aliah guna kain felt sahaja hehe... hentam saja lah nak. Kita pakai apa yang ada saja. Harap-harap cikgu Seni dia terima :)



Gambar di bawah ini adalah hasilnya. Tapi ianya belum siap sepenuhnya lagi. Perlu buat hiasan pula pada keliling mozek itu.



Cadangan hiasan dalam buku teks Seni, menggunakan seashells. Mujur Aliah ada simpan seashells masa kami bercuti di pantai. Dari kecil lagi Aliah ini suka kumpul. Tak sangka dalam kumpul dia tu banyak juga. Penuh satu bekas plastik tu. Itu pun ada yang hilang katanya.



Masa Aliah tengah susun dan lekat seashells tu, dia tanya ai boleh tak nak lekat sikit je. Dia sayang dengan seashells nak lekat kat kertas tu banyak-banyak. Ai pun cakap boleh saja dan buatlah hiasan mengikut kesukaannya.



Alhamdulillah siap juga projek seni Aliah. Punyalah lama nak siapkan. Banyak kali berhenti, rehat dan sambung semula. Laju-laju ai ambil gambar dia dan lukisan itu dan terus submit dan turn-in dalam GC.



2 comments:

rodziah mohd said...

CANTIKNYA HASIL KERJA ANAK PUAN. TAHNIAH.

Nurhayati said...

terima kasih puan... Anak ni memang suka seni tapi nak tunggu dia buat dan siap memang jadi mak kau hijau hehehe... salam perkenalan dari saya :)