Friday, July 9, 2021

Kehilangan Mama


Pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat penghulu segala hari, sahabat baikku Norazwafira(Nowwa) telah kehilangan bondanya yang tercinta. Arwah mama telah meninggal pada pagi Jumaat. Ai mendapat perkhabaran itu melalui Whatsapp Group, terus meleleh air mata bila selesai membaca message tersebut. Allahuakbar, tiada kata-kata yang dapat diungkap. Ai mengambil masa untuk reply message itu. Arwah mama sangat dekat dihatiku, kami lima sekawan (Norazwafira, Norkhanani, Nurhanis dan Nurul Ezlin) berkawan sejak sekolah. Sudah 25 tahun kami bersama sehingga kini. Hubungan kami bukan sekadar berkawan antara kami sahaja tetapi seluruh ahli keluarga terutamanya parents masing-masing pun turut mengenali dengan rapat. Jadi ibubapa masing-masing tidak asing kerana panggilan mereka pun sama dengan ibu bapa sendiri tiada istilah pakcik atau makcik.

Lebih menghibakan ini merupakan permergian pertama buat kami, buat masa ini kami semua masih mempunyai ibubapa. Umur dan jarak antara parents masing-masing tidak jauh, boleh dikatakan dalam golongan umur yang sebaya.

Cuma terkilan sedikit kami tidak dapat bersama-sama dengan Nowwa dalam keadaan yang dia saat memerlukan sokongan disebabkan pandemik yang berlaku sekarang. Ai pun sedih tak dapat menatap wajah arwah mama buat kali terakhir. Ai berharap dan berdoa semoga Nowwa dan ahli keluarganya yang lain tabah dan redha dalam pemergian ibunda tercinta. Semoga arwah mama ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Mohon kepada sesiapa yang baca entry ini sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah mama Pn Hajjah Aminah binti Hj. Abdullah. Al-Fatihah (dibaca).

No comments: