Wednesday, July 7, 2021

Projek Seni: Pungguk Rindu akan Bulan Tahun 5


Banyak betul projek seni anak-anak bila PdPR ini terutamanya bagi Aliah dan Ariq. Akak Zahra pula tidak ambil subjek seni di sekolah menengah, dia memilih subjek muzik. Kalau ada subjek seni tu, bertambah sibuk lagi la dalam rumah ni hehehe.. Tugasan seni ini sudah lama Aliah buat masa pertengahan bulan 5. Kali ini murud-murid belajar mengunakan teknik gurisan. Lepas Aliah buat projek ini barulah giliran Ariq pula buat dua minggu selepas itu, lambat sedikit. Cuma teknik Tahun 5 ini lebih mencabar dari Tahun 3 yang lebih simple. Cabarannya sebab perlu melakar gambar Burung Hantu huhuhu..



Aliah minta ai tolong dia lukiskan Burung Hantu, dia tak pandai sangat. Susah juga melukis nak ikut gambar dalam buku tu, banyak kali juga lukis padam lukis semula hahaha... Akhirnya siap juga la, mujur nampak rupa Burung Hantu tu :p Kalau ikutkan pada Buku Teks, pinggan kertasnya berwarna putih tapi di rumah ini hanya ada warna coklat. Warna putih yang ada jenis pinggan plastik, ai cakap dengan Aliah hentam sahaja lah. Kita pakai apa yang ada sahaja hehehe..



Aliah sedang mewarnakan pinggan kertas dengan oil pastel. Kalau tiada oil pastel boleh guna crayon juga. Pinggan tu pun bentuknya bulat, tak sama dalam buku yang berbentuk bujur. Dah selesai warnakan pinggan dengan pelbagai warna, Aliah kena warnakan sekali lagi tetapi hanya menggunakan warna hitam. Tindih dijadikan lapisan ke tiga atas pinggan itu. Lama juga dia menyiapkan warna hitam ni, kena pastikan warna hitam itu menutup kesemua warna yang ada. Bila dah siap lapisan hitam itu, kena surih gambar Burung Hantu yang dibuat tadi ke atas pinggan.



Gambar di bawah adalah hasil gurisan yang Aliah buat. Kami tak ada kayu guris, pakai lidi satay saja hehehe.. Tak berapa nampak sangat warna-warninya pada lukisan itu tapi bagi ai okay sajalah :p.



Bukan teknik gurisan sahaja yang perlu dibuat dalam tugasan ini. Murid-murid juga perlu buat pelbagai teknik garisan, seperti garisan melingkar dan garisan lurus. Ada yang memerlukan penggunaan batang aiskrim dan teknik kolaj. Banyak juga la kena buat. Paling leceh bab badan Burung Hantu itu, kena tampal dengan sisa asaham pensel.



Dah siap segala jensi teknik, perlu lilit pula dengan tali. Banyak bahan yang diperlukan untuk buat projek ini. Kertas warna keliling pinggan tu Aliah dah penat sangat. Dia tampal sahaja kertas tu walaupun tak sama panjang, katanya tak sama ni seni Mummy hahahaha... Harap-harap cikgu Seni dia pun nampak tak sama itu seni juga lah :p Dalam banyak-banyak tugasan seni yang Aliah buat, yang ini paling leceh dan lama nak disiapkan. Eh! rasanya ada lagi satu projek seni yang lama juga dia siapkan. Boleh bersambung keesokkan harinya sebab penat. Nanti ai buat entry lain.

No comments: