Sebenarnya dah lama niat nak membeli pinggan mangkuk baru. Tapi itu lah sampai ke sudah tak terbeli-beli. Duit dah ada tapi hati ini masih berbelah bagi nak pilih corak yang mana satu. Walaupun ada brand lain yang ai minat seperti Lenox dan Pioneer Woman tetapi brand Corelle juga tetap di hati. Cuma kali ini nak beli yang bercorak bunga dan berbentuk bulat pula. Yang ada di rumah ini bercorak Plum dan berbentuk segi empat. Ada 4 jenis bunga yang berlegar dalam kepala ai iaitu Elegant City, Daisy Field, Lilyville dan Poppy Print. Gambar di bawah ini corak Elegant City (credit picture to Pepperfry.com). Warnanya bunganya soft saja.
Corak yang ke dua ai minat ialah Daisy Field (credit picture to tatacliq.com). Bunganya comel sangat dan warnanya terang. Ai ni memang minat pada warna yang terang-terang.
Ketiga corak Lilyville (credit picture corelle.co.in). Warnanya lembut sama macam Elegant City. Dan bunganya besar penuh atas pinggan tu. Cantik juga dan bunga Lily adalah bunga kegemaranku.
Ketiga-tiga corak bunga di atas ada jual untuk set 6 orang. Gambar di bawah ini pula corak Poppy Print (Credit picture to Wallmart.com). Ini adalah corak terbaru, cantik betul. Pertama kali tengok terus fall in love.
Cuma satu je yang ai perasan, kebanyakkan yang jual corak Poppy Print ini setnya hanya untuk 4 orang. Dan mangkuknya tiada corak ianya plain sahaja, tak ada corak bunga itu. Tak best pula sebab tak sama dengan pinggan. Melainkan beli loose tapi rugilah sebab harganya tak sama. Tahun lepas hampir nak beli Poppy Print ini, mujur seller tu beritahu yang mangkuk Poppy Print ini tiada corak. Sebab dalam gambar dia post tu mangkuknya bercorak. Terus ai tak jadi beli. Kalau tak pasti kecewa. Terima kasih kat seller tu sebab jujur :) Oh! semua corak bunga ini ada juga untuk CorningWare kecuali corak Poppy Print. Kalau beli yang ada CorningWare ini bolehlah letak lauk matching dengan pinggan mangkukkan ;) Rasanya kena pilih cepat corak mana satu. Dari tahun lepas lagi nak beli, bukan apa takut duit yang ada ni pergi ke tempat lain hihihi..

2 comments:
comelnya correlle..
Suka corelle dari dulu lg :)
Post a Comment