Thursday, July 22, 2021

Hidangan Hari Raya Aidiladha 2021


Tajuk bukan main lagi, macam banyak je hidangan untuk hari raya kan hehehe.. Semua ini untuk simpanan dalam blog sebagai kenangan :) Pada awalnya memang ai nak masak rendang untuk hari raya dari permintaan anak-anak. Kemudian, enZaf pula request untuk ai masak Spaghetti Bolognese. Bila anak-anak ini dengar Daddy cakap Spaghetti, laju la dorang semua pun nak juga. Katanya lama ai tak masak Spaghetti. Ai okay sahaja asalkan ada bahan-bahan. Dah siap masak dan hidang, haruslah ambil gambarkan hehehe..



Kalau perhati gambar kat atas, air yang warna hijau itu adalah air Sirap. Cantikkan warna hijau. Kalau sebut air Sirap pasti otak kita tengok air itu warna merah. Tapi yang ini lain sebab warna hijau. Rare sangat. Dapat dari hamper enZaf menang dalam Golf Tournament. Lama dah sebelum PKP tapi baru sekarang buka hehehe.. Dan air tu enZaf tolong bancuhkan. Thank you Yang! Gambar bawah pula gambar Spaghetti Bolognese permintaan Daddy dan anak-anak.



Nampak merah menyala pula warna kuahnya.. tengok rupa macam pedas tapi tak pedas langsung pun hihi.. Satu je enZaf terlupa nak beli iaitu Parmesan Cheese.



Lemang yang dibeli dengan kawan enZaf. Alhamdulillah elok kejadian lemangnya. Makan dengan Rendang Ayam atau pun Rendang Daging. Hari ke dua lemang masih ada lagi kali ini makan dengan kari kambing. Dah kenyang jadi ular sawa hehehe.. Gambar-gambar kat bawah ini ai ambil gambar anak-anak sementara menunggu enZaf setting kamera untuk sesi pergambaran kami.



Serius je Ariq, suruh senyum pun susah. Lepas tu ambil gambar dia dengan Qaireen pula. Yang kecik ni pun susah juga, banyak sangat bergerak sanan sini dan tak nak pandang kamera huhu...



Gambar empat beradik.



Pejam celik sekejap je dah nak habis minggu ini. Tup tup sudah hari Isnin depan yang anak-anak akan kembali PdPR dan bersambung sehingga hujung bulan Ogos. Minggu ni ai kerah Aliah dan Ariq untuk menyiapkan segala homework dalam Google Classroom. Banyak pula kerja sekolah cikgu-cikgu beri. Nak suruh anak-anak ni buat satu homework pun bercintanya la hai.. sakit jantung dibuatnya. Ariq ada 3 ke 4 kerja sekolahnya yang perlu buat video. Part nak buat video itu lah ai paling malas sebab kena jadi tukang ambil video hahaha.. Ya Allah, moga kuatlah diriku nak hadap PdPR anak-anak ini.

No comments: