Minggu depan sekolah dah bermula, anak-anak ini terutamanya Aliah dan Ariq ada kerja sekolah yang masih tertunggak. Ke dua-duannya subjek Seni. Berbuih dah Mummy dia pesan siapkan kerja sekolah tu tapi buat tak tahu saja. Sampai la hari Sabtu yang lepas, Mummy dorang tukar warna hijau. Baru la terhegeh-hegeh masing-masing huhuhu.. Lima minggu akan datang ni tak tahu la macam mana nak hadap lagi.
Entry kali ini nak cerita berkenaan tugasan Seni Ariq. Murid-murid perlu hasilkan teknik kolaj dengan pelbagai jenis bahan. Bahan-bahan yang diperlukan dah semestinya sudah ada di rumah. Lagi pun sikit sahaja bahannya iaitu kad keras, kertas warna, kertas majalah dan kain felt.
Rasanya bahan-bahan seperti kertas ini kan memang wajib ada simpanan di rumah, ai perhatikan memang banyak nak pakai. Cuma kertas majalah sahaja kat rumah ini tak banyak. Sebelum ini ai dah mengemas bahagian majalah kat rumah ni hanya tinggalkan buku Ikea sahaja hehe.. jadinya bab kertas majalah tu, ai suruh Ariq pakai buku Ikea tu je la. Gambar di bawah ini hasil dari tampalan cebisan kertas warna dan majalah.
Hasil tugasan Seni Ariq. Cantik Belon Udara dia. Part belon tu je ambil masa sedikit untuk siapkan. Ai pun tolong dia sikit bahagian tu.
Bukannya susah pun nak buat projek ini tapi itu lah nak tunggu buat tu adoiii huhu... Harap-harap cikgu Seninya puas hati dengan hasil kali ini. Dan tak marah lah sebab siapkan lambat.
Oh Aliah pun ada buat belon udara ini, tapi dia buat kat sekolah. Ai ada ingat ambil gambar masa datang sekolah untuk report card. Gigih cari balik dalam blog :) [link]. Bagus juga ada blog ini, boleh tengok balik kenangan-kenangan sebelum ini.
Kali terakhir projek seni Ariq buat di sekolah ialah Parang Ilang. Yang itu ai tak dapat tengok dia buat, semuanya siapkan di sekolah. Tahu-tahu dia bawa balik dan tunjuk ai. Cikgunya suruh dia buat hiasan pada parang tu tapi tak buat pun haha..Bab parang ini ai pernah masukkan dalam blog masa Aliah buat [link] :)
Sampai sahaja kat rumah ai terus ambil gambar Ariq dengan Parang Ilangnya. Ai suruh dia buat muka ganas atau pun muka garang, bagi nampak gagah tapi dia tak pandai buat. Muka kat atas tu dah habis ganas la agaknya tu, lepas je ai snap terus dia gelak. Tak tahan katanya, tak tahu pula Mummy nak buat ganas tu menda lawak hahaha... :p

No comments:
Post a Comment