Alhamdulillah masuk seminggu dah ai mendapat suntikan vaksin. Ingatkan lama lagi nak dapat appointment, tiba-tiba hari Ahad ai dapat SMS minta semak aplikasi MySejahtera untuk tarikh temujanji. Tak sangka tarikh kena cucuk itu pada keesokkan harinya. Mujur dapat SMS, andai kata tiada mesej itu pasti ai tak tahu pun. Ai pula jenis jarang buka aplikasi MySejahtera ini. Bila dah dapat appointment tu bukan main gembira lagi. Bukan apa selain dari gembira dapat tarikh temujanji vaksin ai juga gembira sebab dapat keluar hahaha.. 73 hari tak keluar rumah :p Siap fikir esok nak pergi cucuk ni nak pakai baju apa. Ai mencari cardigan dalam wardrobe, lama tak pakai cardigan sampai tak ingat simpan bahagian mana :p
Bergambar dengan Qaireen sementara menunggu Daddy dia beli sedikit makanan dan minuman sebelum ai masuk dalam PPV. Tempat ai ambil vaksin ini di MSU, Shah Alam. Waktu appointment dalam pukul 1.30 petang. Panasnya la pada hari tu. enZaf dan Qaireen hanya tunggu ai di tempat letak kereta. Berjalan dari kereta nak masuk ke dalam bangunan MSU itu terasa bahangnya juga. Nak sangat keluar rumah kan, baru jalan sikit dah penat :p
Sampai saja di hadapan bangunan seperti biasa kena check-in dulu dengan aplikasi MySejahtera dan scan suhu badan. Kemudian setiap orang diberikan borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 bagi yang pertama kali hendak cucuk vaksin. Dari situ ai ditempatkan di Stesen 1, sementara menunggu bolehlah isi borang tersebut. Jangan lupa bawa pen dari rumah :)
Saja ambil gambar suasana di Stesen 1 ini. Tempat ini diperkarangan luar jadi tiada penghawa dingin. Berkuap juga lah duduk situ hahaha..
Mujur depan ada skrin besar. Dapat lah hilang bosan sikit. Oh disitu pun ada kedai MyNEWS kalau lapar atau pun dahaga boleh la beli. Sebelum nak ambil vaksin memang digalakkan makan dahulu supaya dapat mengelakkan kesan sampingan seperti pening kepala atau muntah.
Tepat jam 1.30 petang, barulah proses untuk vaksinasi dijalankan. Tapi kena menunggu giliran, dibenarkan dua barisan masuk ke Stesen 2. Di Stesen 1 ini ada enam barisan, ai tak tahulah satu barisan ini ada berapa orang. Yang pastinya ai barisan terakhir hahaha.. lama jugalah menunggu giliran tu. Orang yang datang pun tak putus-putus. Elok barisan awal kosong, sekejap je dah tambah dengan orang lain pula. Begitulah prosesnya sampai la lewat petang. Gambar di bawah ini masa nak menuju ke Stesen 2.
On the way nak ke sana itu ada kedai mamak Q Bistro, lama tak makan Ayam Mawarnya dan ada Starbucks depan Q Bistro itu. Eh kalau tahu dari awal boleh ai singgah situ dulu. Di Stesen 2 barulah ada penghawa dingin dan senyum lebar terus :p Di sini menunggu giliran lagi untuk proses pendaftaran. Walaupun ramai tapi prosesnya agak laju.
Selesai pendaftaran terus menuju ke Stesen 3. Di situ Doktor akan datang untuk tandatangan sebagai saksi ke atas borang Persetujuan Vaksin Covid-19 tu. Sambil itu Doktor akan tanya sama ada kita ada alahan, penyakit lain atau pun mengandung atau menyusu anak. Doktor pun maklumkan jenis vaksin yang kita ambil hari tersebut.
Seterusnya barulah ke tempat vaksinasi. Masa ini ai berdebar sikit, entah kenapa tiba-tiba seram sejuk. Padahal ai bukan jenis takut cucuk pun hehehe.. Macam nak ambil exam kena tunggu giliran la agaknya tu yang berdebar. Tempat nak suntik itu tiada tirai pun tutup, halang pakai penghadang cubicle macam itu je huhuhu..
Sambil itu mata ai perhati sebalik papan D tu nak tengok Doktor/ Nurse yang nak cucuk ini lelaki atau perempuan. Sedikit kecewa bila dapat tahu yang nak cucuk ini lelaki. Tapi tak apalah redha sahaja sebab kita bukan boleh memilih pun. Masa giliran tiba, ai minta izin ambil video tapi tak dibenarkan. Hanya gambar sahaja, itu pun laju-laju ai nak ambil gambar. Cepat sangat tak sempat ai nak cakap tunggu, tahu tahu dah rasa jarum masuk kat lengan :)
Dapat jugalah ai snap 3 gambar dan setiap gambar itu dari mula cucuk, tengah cucuk dan lepas cucuk dengan syringe yang dah kosong. Masa sebelum suntik tu pun ai diminta lihat pada syringe dan amaun vaksin selesai cucuk tu pun suruh ai tengok lagi sekali pada syringe dah kosong dan buang. Sekarang YB KJ kata boleh ambil video masa proses vaksinasikan. Tak terfikir pula sampai ada kes cucuk kosong tu kan. Semoga tak terjadi dekat kita. Selesai suntikan vaksin terus menuju ke kaunter untuk pengesahan suntikan dos pertama. Di situ kita akan diberi Kad Vaksinasi dan tarikh temujanji untuk suntikan ke dua pula. Jangan lupa sahkan tarikh itu di aplikasi MySejahtera.
Masa dah selesai urusan di kaunter, tiada pula tempat untuk berehat seketika ke apa. Ai dengar lepas cucuk kena berehat sekejap untuk tengok sama ada ada tindak balas lepas cucuk ke tidakkan. Tengok ramai je orang terus balik, ke masa mendapat kad dan pengesahan vaksin serta tarikh appointment itu dah kira sebagai waktu pemerhatian. Apa pun, Alhamdulillah selesai sudah suntikan dos pertama di MSU ini. Di sini kami dapat vaksin Pfizer, dalam Kad Vaksinasi ditulis sebagai Comirnaty. Sebelum keluar dari bangunan MSU, ada photobooth di sediakan. Semua tempat vaksinasi adakan photobooth seperti ini. Rugi kalau tak bergambar sebabnya kenangan untuk di simpan. Terima kasih kat adik belakang ai tolong ambilkan gambar ini ketika beratur menunggu giliran hehe...
enZaf dah selesai dua dos vaksin 4 hari sebelum ai ambil vaksin ini. Dia dapat vaksin Sinovac. Alhamdulillah sepanjang dia cucuk tu tiada kesan sampingan seperti demam atau sakit-sakit, yang dia perasan selera makannya bertambah. Saja ai mengusik dia, kalau tak cucuk vaksin pun memang selera makan dia banyak je hehehe... InsyaAllah pada minggu depan temujanji untuk suntikan dos ke dua pula. Kali ini nak ambil video masa cucuk hehe..
Dah alang-alang ada di Shah Alam, kami singgah Restoran Temerloh Catering untuk beli lauk makan malam. Lama tak makan Tempoyak Ikan Patin dan Patin Goreng. Dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar :p
Baca Twitter Menteri Kesihatan kita, ramai juga ambil vaksin pada hari itu seramai 14 ribu lebih. Semoga makin ramai lagi dapat suntikan vaksin ini dan cepat kita mencapai herd immunity. Tak sanggup tengok angka pada kes harian terutama sekali pada angka kematian. Bila dah ramai dapat vaksin harap-harap bilangan yang masuk ICU dan kematian menurun.
Ai selalu juga tengok berita negara lain, bukan Malaysia sahaja yang alami penularan wabak ini, di mana-mana negara pun turut sama dengan krisis yang melanda. Ditambah buruk lagi, rakyat di negara lain siap buat protes, perarakan secara besar-besaran dengan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mana-mana kerajaan yang memegang negara pada waktu pandemik ini pun sukar nak kawal atau bendung. Ekonomi negara kena buka untuk memberi rakyat kelangsungan hidup cuma apa yang nampak kes kematian menurun walaupun kes positif itu banyak. Ditambah dengan varian Delta yang mudah tersebar. Eh dah macam pengulas berita pula. Diharap negara kita dapat bertahan dan kita rakyat juga bertahan dan sama-sama berdoa agar pandemik ini hilang dari muka bumi. Letak video masa cucuk vaksin ini sebagai kenangan :)

2 comments:
alhamdulillah.. arap sumenya baik2 je..
sy pon excited nk pegi vaksin..
ms tgu nk cucuk tu pon berdebar jgk..
pdhal bkn sakit pon.. ntah ngape hati nk berdebar.. haha
seronok nak keluar setelah sekian lama kan.. gembira dapat naik kereta hehehe.. tahniah juga dah vaksin, semoga ezy.fia sihat selalu :)
Post a Comment