Saturday, July 31, 2021

Rezeki Makanan


Musim buah-buahan sekarangkan. Lama dah beli buahnya tapi baru sekarang nak cerita. Macam biasalah kan cerita ai banyak baling kebelakang :p Tak ingat dah tarikh bila, enZaf ada bawa balik buah untuk ai. Memang selalu je dia beli buah (epal dan pisang) cuma kali ini buah lain pula sebab tengah musim. Buah Manggis, buah Rambutan dan buah Durian (tiada dalam gambar).



Anak-anak terkejut dan tanya kenapa Mummy letak buah dalam bekas kaca hehe.. selalunya letak dalam bekas plastik saja. Saja letak sebab jarang sangat pakai. Dari terperap dalam kabinet, bawa keluar letak buah haha.. gasak la di situ, nak cantik depan mata kita saja pun kan.



Kalau beli buah, selalunya tugas ai la untuk mengupas atau mengopek kulit. Kalau ai tak buat macam tu, memang tak ada orang makan. Macam dalam gambar kat bawah ini. Ai akan kupas buah Rambutan ini dan letak ais bagi buah itu sentiasa sejuk. Nanti ada lah yang akan ambil bawa ke depan mengunyah sambil tengok tv :)



Dalam rumah ini hanya ai seorang je yang makan buah Manggis. Bahagianya rasa sebab tiada rebutan berlaku hihihi.. Aliah, Ariq dan Qaireen dah cuba rasa tapi dorang tak suka. Zahra macam biasa lah dia memang susah nak rasa makanan. Cantik isi buah Manggis ini, putih dan rasanya pun manis.



Gambar buah Durian yang enZaf beli ai tak ambil gambar. Dia beli Durian Musang King. enZaf ni agak cerewet sikit kalau nak makan buah Durian. Dia akan beli mana yang sedap untuk dia je, itu pun tak banyak sangatlah sebab durian sekarang pun boleh tahan mahal juga harganya. Cekik darah betul huhuhu.. Rasanya pihak berwajib atau kementerian mana yang berkenaan, kena buat sesuatu lah untuk mengawal harga Durian ini. Buah Durian ini buah dari negara kita sendiri, sepatutnya harga untuk rakyat adalah harga yang murah untuk kita beli. Melainkan untuk eksport barulah harganya berbezakan. Tapi itulah nak cakap lebih nanti kita bukan pakar, cuma ianya sekadar pandangan diri sendiri.

Minggu lepas, enZaf bawa balik buah Durian dan buah Manggis lagi. Kali ini bukan dia beli, dari pemberian Bapak (ayah Mertua). Dia tahu kami sekeluarga sukakan durian dan ai suka buah Manggis. Sayang kat menantunya kan hihihi.. terima kasih Bapak! Buah Durian yang Bapak bagi jenis Durian Kampung. enZaf minta ai buatkan Serawa Durian. Apa lagi laju je lah ai buat. Nak buat Serawa ini pun bukannya susah mana cuma tak letak daun pandan je sebab tak ada.



Memandangkan Bapak bagi Durian agak banyak, maka ai buat Serawa ini masukkan lebih Duriannya. Bila kita masukkan Durian banyak, kuahnya akan pekat dengan isi-isi Durian yang hancur dalam tu. Kami makan dengan pulut dan cicah roti juga. Esoknya ada lebihan Serawa lagi ai buat Roti Jala pula. Ai letak kat lantai je, makan depan tv sambil tengok sukan Olimpik :) Gambar kat bawah ini ai tak ingat sama ada minggu lepas atau pun dua minggu lepas. Adik ai Nani Whatsapp nak datang rumah hantar Donut. Drop by saja di lobby.



Beli donut dari JCo kegemaran anak-anak. Terima kasih Mak Teh beli untuk anak buahnya. Petang tadi pula dalam pukul 4 adik bongsu ai Yusreena Whatsapp kata nak datang rumah hantar buah. Tak sangka Abah pun ada ikut sama. Ya Allah, rindunya kat dia. Lama betul tak jumpa Abah sejak PKP 3.0. Kami jumpa di lobby sahaja. Dapat lah berbual dengan dia sekejap. Rasa macam nak peluk je dia rindu sangat.



Abah tahu anak Sulongnya suka buah Manggis. Siap hantarkan. Itu lah ibu bapakan, sentiasa ingat pada anak-anak walaupun anak-anaknya sudah berumah tangga. Sebak pula rasa. Mak bagi Kuih Bakar Pandan. Sedap kuihnya, tiba-tiba rindu dengan masakan Mak. Kali ini Abah bukan bagi buah Manggis sahaja, rupanya ada buah Mesta. Pertama kali ai dapat merasa buah Mesta ini. Sama seperti buah Manggis, yang berbeza pada bentuknya. Buah Mesta ini lonjong sedikit dan isinya lebih putih, sedap dan manis dari buah Manggis.



Sebelum ini ai ada perasan orang share pasal buah Mesta ini di Instagram, masa tu cuma tengok sahajalah. Tak sangka pula rezeki dapat buah Mesta ni. Memang betul sedap seperti yang dikata. Ai sebenarnyakan ada curi-curi ambil video masa Abah datang tu. Tadi masa belek semula video tu ai sebak dan nangis bila tengok muka Abah dan dengar suaranya. Betul-betul rindu. Sayang Mak tak ada ikut sama, hanya dua orang sahaja dalam satu kenderaankan. Rindu kat Mak juga huhuhu.. Walaupun selalu bervideo call dengan dorang, tetap tak sama dengan jumpa depan-depan. Ya Allah semoga Abah dan Mak sihat selalu dan sentiasa dalam lindunganMu. Oh ya, teringat lagi satu Abah ada bagi buah juga tapi masa awal tahun la lama dah. Mujur ada simpan lagi gambarnya hihi.. Abah bagi buah Kundang Madu.



Pertama kali ai makan buah Kundang Madu. Sedap ya amat, manis sangat-sangat. Kecil sahaja buahnya, nak makan tu sumbat je sebiji dalam mulut :p Buah ini pun ai seorang je yang makan. Yang lain tak nak cuba. Masa adik dan Abah datang hantar buah, tiba-tiba adik beritahu jangan masak atau order makan untuk malam ni. Dia nak belanja dinner. MasyaAllah rezeki lagi.



Bershell out kami makan malam tadi. Seronok semua ada kelainan sikit makan kali ini. Ariq tanya kenapa makan atas meja tiada pinggan hehehe.. Jarang makan macam ini tentulah tanyakan. Orang lain dah habis makan, tinggal dia seorang je. Mummy temankan dia makan, tengah sedap meratah ikan. Ariq memang suka makan ikan. Kalau ada ikan memang lama dia kat meja :p



Alhamdulillah kenyang kami satu keluarga. Adik-adik ai ni terutamanya Nani dan Yusreena, kalau dapat gaji je mesti dia belanja makan. Kalau tak banyak pun mesti ada sedikit. Banyak belanja anak-anak buahnya. Kak Longmu selalu berdoa agar rezeki kalian sentiasa mengalir seperti air Zam Zam. Aamiin. Dan malam tadi pun kita dapat satu lagi kegembiraan, bila tim Badminton memberi pingat pertama buat negara Malaysia di Sukan Olimpik.



Tahniah buat pasangan beregu lelaki kita, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia meraih pingat Gangsa menumpaskan pasangan beregu Indonesia. Setiap kali tengok Badminton mesti berdebarkan, gugur jantung dibuatnya hahaha.. Sebelum ini pasangan beregu kita dah jumpa dengan pasangan Indonesia ini pada peringkat kumpulan tapi tewas. Mujur jumpa lagi sekali kita pula menang.. hebat! hebat! Bagi ai semua atlet yang mewakili negara ke Olimpik ini pun dah kira hebat. Menang atau kalah itu semua adat pertandingan.

No comments: