Monday, July 5, 2021

Late Celebration


Masih banyak lagi cerita bulan Mac dan April tidak dimasukkan dalam blog. Ini pun ai fikir banyak kali nak buat entry ke tak sebab mood kemalasan melanda huhuhu.. Disebabkan untuk memori gigih juga la buat. Cerita ini pada awal bulan April. Walaupun birthday akak Zahra sudah lepas pada pertengahan bulan Mac, Tok Abah dan Mak Toknya tetap mahu buat sambutan harijadi Zahra. Tok Abah cakap celebrate birthday dan kejayaan dia dapat memasuki sekolah asrama. Itu pun sambut lambat sikit sebab menunggu adik ai Nani yang berkerja separuh hari pada hari Ahad.



Terima kasih Tok Abah, Mak Tok dan adik-adik ai. Bukan sahaja beli kek dan makan-makan, mereka siap bagi hadiah dan duit lagi. Mak saudara ai Mak Teh pun turut bagi Zahra duit juga melalui Abah. Minggu sebelum tu Abah dan Mak berjumpa dengan Mak Teh sekeluarga. Bila Abah beritahu pasal Zahra dapat tawaran sekolah Sains tu, terus Mak Teh bagi duit tanda tahniah :) Terharu sangat.



Sebelum kami balik Sg. Buloh, sebenarnya kami dari The Curve. Lunch dulu kat sana, Daddynya melayan anak sulongnya yang hendak makan Spaghetti Carbonara di Secret Recipe. Minggu terakhir sebelum dia masuk asrama tu, memang kami semua banyak makan di luar hihihi..



Akak Zahra ini agak memilih makanan, sampai sekarang dia susah nak makan buah, sayur dan daging. Sangat susah nak mencuba makanan lain, kebanyakkan menu yang sama berulang kali. Bila dah duduk asrama nanti, pandai-pandailah dia cuba makanan yang telah ditetapkan. Satu je ai pesan kat dia bila bersekolah nanti, kalau tak makan nanti lapar. Bukan macam kat rumah boleh request nak makan apa hihihi.. Gambar di bawah adalah gelagat anak-anak bila ai ajak bergambar. Dorang ni kalau tengah hyper, berjegil-jegil mata ai menahan amarah hahaha.. penat suruh behave tapi itulah budakkan.



Zahra bukan sahaja dapat hadiah dari Sg. Buloh, kawan baiknya Sofea juga ada bagi hadiah kat dia. Sanggup dia datang ke rumah semata-mata nak hantar hadiah. Kali terakhir mereka jumpa ketika pengambilan sijil Tahun 6 tahun lepas. [link]



Terima kasih Sofea!!! semoga persahabatan mereka berdua ini berkekalan hingga akhir hayat. Zaman sekarang ini mudah untuk dorang berkomunikasi. Walaupun berjauhan masih dapat keep in touch. Berbeza pada zaman Mummy dahulu, berutusan dengan kiriman surat untuk bertanyakan khabar. Seminggu dua baru dapat balasan dari kawan-kawan. Lama sikit barulah pakai handphone, itu pun bukan semua kawan ada hihihi... memori sangat :)

2 comments:

ezy.fia said...

dh duk asrama tu msti mkn je sayur buah tu sume..
blh blaja mkn mcm2.. hihi

Nurhayati said...

itulah. masa sebulan duduk asrama, dia paksa makan apa yang dihidangkan hehehe.. ni dah duduk rumah semula, selective balik la.