Selamat berPKPD Selangorians!!! PKP ke PKPD ke diriku tetap sama juga, masih duduk di rumah hehehe.. Ya Allah semoga kita semua kuat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi emosi juga. Bila baca berita tentang orang mengalami depresi dan bunuh diri buat diri ini banyak berfikir. Tekanan yang kita alami ini bukan sahaja di Malaysia, tapi satu dunia mengalami situasi yang sama. Kalau baca dan tengok berita, viral atau apa sahaja komen kat sosial media ini boleh buat kita mental. Banyak sangat benda toxic dan negatif ai rasa. Jadi sama-samalah kita bantu antara satu sama lain tidak kira sama ada keluarga, sahabat, jiran dan orang disekeliling. Bagi sokongan samaada tenaga, kewangan atau pun apa sahaja yang termampu. Moga kita semua terus kuat dan kuat. Maka hari ini nak update cerita tertunggak lagi haha.. tak habis-habiskan. Memandangkan Selangor ini dalam PKPD dan masih tak boleh keluar terutamanya nak keluar jalan-jalan cari makan, jadi ai nak letak gambar kami keluar ke One Utama. Waktu ini hari anak bersekolah, lepas hantar Ariq yang sekolah petang dan ambil Aliah terus kami ke sana untuk lunch.
Selepas makan kami masuk dalam Aeon. Mencari seluar tidur tambahan untuk Zahra. Haritu merupakan hari terakhir dia bersama kami sebelum hantar ke asrama pada keesokan harinya. Sambil-sambil tu ai bawa Qaireen ke tempat toys, bagi dia seronok main sekejap di situ. Mujur dia tak minta nak bawa balik, kalau tak terpaksa la Daddynya beli hehehe..
Keluar dari Aeon tiba-tiba enZaf nak beli popcorn. Lama tak makan katanya. Bila cakap pasal popcorn, lama tak tengok wayang. Rindunya lah, itulah antara aktiviti keluarga kami selalu buat. Dan sekarang tengok dekat rumah sajalah. Sempat kami anak beranak berwefie sementara menunggu enZaf beli popcorn.
Qaireen je tak ada dalam gambar sebab dia dengan Daddynya. Sibuk nak tengok popcorn hihi.. Lama tak makan Garrett, tapi ai tak berapa suka sangat dengan Garrett ni. Mungkin terlalu manis untuk ai. Kalau popcorn TGV ai suka :)
Ingatkan lepas beli popcorn nak balik, enZaf ajak singgah minum dulu. Kami singgah di Nadeje. Dah alang-alang minum situ, order lah kek sekali hihi..
Nama kek pun ai dah lupa apa, yang pasti lama dah tak makan kat Nadeje ni. Bila search balik dalam blog, kali terakhir makan pada tahun 2017 hahaha.. punya lah dah lama [link]. Tapi tak tahu lah selepas tahun 2017 tu ada makan lagi ke tak, sebab dah tak ingat.
Depan Nadeje ni groceries Aeon. enZaf singgah masuk dalam sekejap untuk beli tambahan makanan pula untuk Zahra. Sementara menunggu tu ambil la gambar berdua ni. Bila akak Zahra masuk asrama, tinggallah dia sorang sahaja tak ada geng. Kalau tak dorang berdua ni banyak habiskan masa bersama. Tanya Aliah sedih tak, dia kata tak tahu lagi hahaha..
Lama juga kami dalam OU ini, on the way balik terus ambil Ariq kat sekolah. Masa musim Covid, waktu sekolah dipendekkan sehingga pukul 6 petang. Kalau tidak sesi petang dalam pukul 6.40 petang baru habis. Kalau Ariq tahu kami makan-makan ini mesti dia bising sebab dia tak ada sama. Tahun depan baru boleh bawa dia pula sebab dah sesi pagi. Mudah-mudahan tahun depan juga kita dah boleh keluar makan. Tahun ini belum nampak apa lagi dengan kes yang masih beribu-ribu tu huhu..
Lepas solat Isya', ai terus setelkan barang-barang Zahra. Last check sebelum berangkat esok paginya. Beg-beg dia ai ikat dengan riben untuk memudahkan dia kenalpasti begnya, eh dengan baldi sekali ikat. Nanti sampai sana mesti banyak beg kawan-kawan yang lain. Urusan pendaftaran dan angkat barang ke dorm semuanya dilakukan sendiri. Kalau ibubapa dibenarkan ikut sekali tak ada masalah. Itu yang macam-macam nota ai buat untuk Zahra bagi tak tertinggal barang hahaha...

No comments:
Post a Comment