Alhamdulillah ada juga gambar raya haji kami tahun ini. Ikutkan kemalasan ini memang malas ai nak bergambar. Tapi paksa rela untuk memori beraya ketika PKP. Walaupun masih tak dapat beraya bersama Abah, Mak dan adik-adik sekurang-kurangnya ai bersyukur dapat beraya secara video call sahaja. Sebenarnya kami bergambar ni pada waktu petang, lepas solat Asar. Lambat bergambar sebab menunggu Qaireen bangun tidur. Si kenit tu masih lagi tak boleh adjust waktu tidurnya. Padahal sehari sebelum raya haji ini, ai dah paksa dia bangun pagi dan tak bagi tidur petang. Itu pun masuk tidur dah dekat pukul 11 malam. Ingatkan dia boleh lah bangun awalnya tapi sangkaan meleset. Dia tetap bangun pukul 4 petang. Bertuahnya lah anak. Disebabkan ai malas nak paksa dia bangun pagi takut dia bad mood, tak pasal-pasal nanti dia tak nak bergambar. Jadi enZaf cakap biarkan lah dia, nanti Qaireen dah bangun baru kita bergambar. Maka inilah hasilnya. Hampir pukul 7 malam juga kami selesai bergambar hehehe..
Gambar empat beradik. Susah betul nak suruh Qaireen pandang kamera. Tak tahu duduk diam nak bergerak sana sini. Gambar kami sekeluarga. Bertuah punya Aliah. Dia berjengket masa ambil gambar ini, patutlah nampak akak Zahra tu rendah dari dia hahaha..
Lepas bergambar ramai-ramai ni Aliah gelak-gelak, pasal dia jengket tu la.. ingatkan sebab apa la. Gambar bawah semestilah gambar ai dengan cinta hati. Baju enZaf dah berkedut-kedut disebabkan dia tunduk nak setting kamera ke sana sini sebelum bergambar huhu..
Ambil gambar duduk pula. Hanya dua tempat ini je la nak bergambar pun kalau dalam rumah :p Doa banyak-banyak supaya enZaf beli rumah besar dan boleh bergambar banyak tempat :)
Gambar terakhir ini sebenarnya kami semua tak ready lagi. enZaf tertekan button kamera lepas tu tak sempat nak duduk, jadi kami semua terus pose je la. Spontan gitu.
Baju raya kami pakai semula masa adik ai Nani kawin pada bulan Januari yang lepas. Nasib baik ai muat lagi hahaha.. Anak-anak pun sendat sikit bajunya tapi tak apalah pakai pun sekejap saja semata untuk bergambar. Selesai bergambar semua laju-laju salin baju. Baiklah, dikesempatan ini ai nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kawan-kawan yang membaca blog ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T

3 comments:
salam aidil adha..meriah bergambar. seronoks...
salam aidiladha =)
Mummy_ayu:
Selamat hari raya jua buat ayu dan anak-anak. happy kan diri masing-masing walaupun tak dapat balik beraya huhuhu
ezy.fia:
selamat hari raya jua :)
Post a Comment