Saturday, July 17, 2021

Teknik Gurisan


Nak masukkan hasil kerja seni Ariq dua minggu yang lepas masa sesi kelas online berjalan. Murid-murid kena buat teknik gurisan. Teknik ini sama dengan projek seni Aliah sebelumnya. Cuma yang ini, cikgu Ariq buat simple sahaja.



Untuk membuat teknik gurisan ini, cikgu Ariq dah Whatsapp dua tiga hari sebelum untuk kami parents bersedia dengan bahan-bahan untuk waktu kelas nanti. Tak banyak sangat bahan yang diperlukan hanya kertas lukisan, oil pastel, lidi dan kayu aiskrim. Kertas lukisan itu ai dah gunting separuh siap-siap. Belajar dari pengalaman tengok Aliah buat, kalau pakai kertas lukisan saiznya besar sangat. Nak guna oil pastel tu bukannya sedikit terutamanya untuk warna hitam.



Masa Ariq warnakan kertas itu dengan warna hitam, entah berapa kali dia basuh tangan. Dia geli tengok tangannya kotor sebab warna hitam itu melekat dekat jari-jari dan kuku. Itulah Ariq tak boleh ada kotor sikit kat tangan, samalah kalau tengah makan. Sampai tinggal separuh warna hitam dia guna.



Itu pun tak betul-betul hitam kertasnya, masih ada nampak warna lain sikit-sikit. Tapi dia dah tak larat nak buat, penat hahaha.. Bila dah selesai warna hitam pada keseluruhan kertas, cikgu seni menyuruh murid-murid melukis apa sahaja yang diminati. Ariq memilih untuk melukis cupcake. Paling senang katanya hahaha.. Sebelum tu dia nak lukis buah, tiba-tiba tukar fikiran pula.



Senget benget cupcakenya, asalkan siap sudah. Yang penting habis kelas terus dia submit hasil seninya di dalam Google Classroom. Ai pun senang hati tak perlu nak membebel lagi kerja yang tertunggak :p



Banyak sebenarnya projek seni Aliah dan Ariq yang belum dimasukkan dalam blog ini. Memandangkan cuti sekolah dah bermula, ai akan cuba masukkan dalam blog kesemuanya nanti. Itu pun kalau rajin lah hehehe.. Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Haji. Nampak gayanya tak dapat nak beraya bersama Mak dan Abah lagi huhuhu.. baju raya untuk raya haji ini, kami pakai yang sediaada sahaja. Berjimat mana yang bolehkan. Anak-anak request nak rendang ayam pagi raya dan enZaf terus order lemang dengan kawannya.

2 comments:

mummy_ayu said...

adventure tul pdpr ni kan .. moga anak2 leh catch up la.. sian diaorang

Nurhayati said...

itu la pasal.. harap-harap dorang ni faham la belajar. banyak sangat distraction belajar kat rumah ni.