Wednesday, July 28, 2021

Double Celebration in June


MasyaAllah nak masuk bulan Ogos dah kita baru sekarang ai nak buat entry berkenaan hari jadi Ariq. Hari jadi Ariq pada bulan Jun yang lepas, kebetulan tarikhnya 20hb tahun ini jatuh pada hari Ahad dimana hari itu juga Hari Bapa. Apa lagi bila dah sama harinya terus raikan bersama. Sebelum ini ai ada cerita berkenaan anak-anak membuat kad Hari Bapa untuk Daddy dorang [link]. Untuk sambutan ini, kebiasaannya kami hanyalah buat ala kadar sahaja. Jarang sangatlah nak buat preparations bagai. Kami raikan pada waktu malam lepas solat Maghrib. enZaf beli kek kegemaran Ariq iaitu Red Velvet di Secret Recipe dan untuk makan malam ai order KFC. Sebelum makan haruslah buat sesi bergambar dan ambil video.



Wajiblah ada gambar Birthday Boy. Selamat Hari Jadi yang ke-9 tahun anakku Ariq Firman! Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat.



Ariq dan Daddy bergambar berdua sempena hari mereka hihi.. Dua hero kesayangan ai. Selamat Hari Bapa buat enZaf, semoga menjadi Daddy yang terbaik buat anak-anak.



Ariqlah satu-satunya geng Daddy dia. Dorang berdua mempunyai minat yang sama terutamanya bola. Peminat Liverpool :) Ai dengar perbualan dorang bercerita pasal player itu, kelab ini entah siapa dan apa pun ai tak berapa faham hahaha... seronok tengok dorang berdua berborak. Selain bola, dorang berdua pun selalu main Mobile Legends. Waktu PKP ini banyaklah masa terluang bersama. Semoga berterusan hingga anak-anak ini membesar.



Ambil gambar adik beradik pula. Aliah dah kenapa berdiri tegak macam nak menyanyi lagu Negaraku je. Ariq pun lebih kurang sama :p Dan terakhir gambar kami satu keluarga. Qaireen seorang je yang tak pandang kamera. Dia kusyuk memerhati lilin pada kek itu. Tak sabar nak tiup.



enZaf ni peminat kek lapis. Masa dia beli kek untuk Ariq, dia beli satu lagi kek untuk dia hahaha.. Sendiri sambut sendiri beli kan :p Kali ini dia beli kek lapis dari Ambon. Kek lapis dari Indonesia. Ai juga peminat kek lapis tapi lebih suka kek lapis Sarawak :) Oh ya tiba-tiba teringat masa nak buat video kami nanyi lagu birthday. enZaf ada beli firework candle untuk diletakkan pada kek Ariq. enZaf pun pasang la firework candle tu dan kami menyanyi dengan semangatnya. Bila dah habis rupa-rupanya enZaf terlupa nak tekan rekod video tu huarghhhh... sudah la candle tu beli satu je dan pertama kali kot kami guna lilin jenis firework ni. Sekali tak rekod hahaha.. punya la semua gelak tak ingat dunia :p Terus ai teringat masa birthday Qaireen pun ai sama tak tekan rekod juga. Kali ini giliran enZaf pula terlupa tekan :p Elok sangat lah kan suami isteri sama perangai hihihi..

Jadinya kami terpaksa rekod semula menyanyi lagu birthday untuk Ariq tanpa firework candle. Mujur ada lilin nombor 9 itu hehehe.. Seperti biasa juga dalam video ini Qaireen paling eksaited nak tiup lilin.





Sekali lagi, Happy 9th Birthday Ariq Firman!! Besar dah anak bujang Mummy sorang ni.

No comments: