Wednesday, July 14, 2021

Melayan Cerita Seram


Akhirnya, semalam kami menghabiskan masa menonton movie seram selama lapan hari berturut hehehe.. satu hari satu movie. Ai sebenarnya bukan peminat cerita seram terutamanya cerita hantu. Kalau diajak memang takkan tengok. Tapi sejak PKP nak tak nak tengoklah juga. Bila tak dapat tengok movie kat panggung wayang, jadi kami terpaksalah buat aktiviti di rumah. Sebelum ini kami tengok movie aksi atau pun movie anak-anak seperti cartoon. Kali ini berbeza sedikit sebab tengok cerita seram. Itu pun setelah ai nampak kat dalam Facebook ada salah seorang kawan share tengok movie secara turutan.



Terus laju share kat enZaf. Lama dah share dekat dia dari awal tahun kalau tak silap ai, baru sekarang ini kami tengok. Serius lepas tengok cerita hantu-hantu macam ini, malam pasti ai susah nak tidur. Tak boleh lelapkan mata sebab takut. Itu pun tengok sambil letak bantal depan muka. Tengok celah-celah bantal je hahaha.. enZaf kata nak lagi thrill kena tutup lampu, tapi jangan haraplah. Bila tengok movie macam ini bukan ai dan enZaf berdua sahaja. Dengan anak-anak pun kena tengok sama. Sebab ni dah aktiviti keluarga. Anak-anak memang semua penakut macam ai, jadi semua orang menyorok belakang bantal hahahaha... Gambar kat bawah ini sebelum cerita bermula, boleh la senyum lagi kan. Lepas tu dah macam tak ada darah kat muka pucat masing-masing :p



Bila dah tengok movie, semestinyalah kita ada makan-makan sekali. Sambil tengok sambil mengunyah. Gambar di bawah ini antara makanan yang kami makan sepanjang lapan hari ketika tengok movie. Ai letak gambar sahajalah, itu pun tak semua hari ai ambil gambar makanan. Mana yang ada saja :)







Qaireen je yang paling tak hairan. Dia tak takut pun, boleh pergi depan-depan tv nak tengok. Mana taknya, orang sibuk tengok cerita dia boleh main mainan depan tu. Tengoklah atas rak tv tu, penuh dengan mainan dia susun.



Tahun ini ada banyak juga movie kami tengok. Sebelum tengok cerita ni kami tengok movie Peninsula, selepas Train to Busan. Cerita zombienya kurang sedikit tapi okay lah juga jalan ceritanya. Cerita kartun anak-anak Raya & The Last Dragon dari Disney. Ceritanya best ai suka hehehe.. Dah tengok Black Widow, cerita Marvel yang ini pun best juga. Oh dah tengok Loki tapi baru satu episod. Ni series. Ceritanya tak sempat habis sebabkan Covid. Dalam movie Thor tu ai memang suka watak Loki. Kalau orang lain semua suka Thor ai tak suka Loki lagi hihihi.. Bila ada keluarkan cerita Loki ni laju je ai nak tengok :)

2 comments:

mummy_ayu said...

meriahnya .. movie night. but movie tu..serammms

Nurhayati said...

dah banyak sgt tengok cerita dorang, kali ini layan cerita daddy dorang pula.. diriku penakut nak tgk cerita hantu2 ni