Pada 28hb Disember 2020 kami ke sekolah Zahra untuk mengambil sijil berhenti sekolah dan fail peribadinya. Kami antara orang terawal yang sampai iaitu orang ke-2 bila jejak kaki ke dalam dewan :) Sampai-sampai dewan terus ajak akak Zahra bergambar kat atas pentas. Pihak sekolah telah menyiapkan prop di atas pentas untuk murid-murid bergambar kenangan memandangkan tiada majlis diadakan disebabkan PKPB. Terharu kepada Guru Besar dan guru-guru murid Tahun 6 untuk menggembirakan anak muridnya.
Ai pun nak bergambar dengan akak Zahra juga sebelum orang ramai sampai. Nanti dah ramai segan hihihi..
Dah selesai bergambar terus kami ke kaunter mengikut kelas masing-masing untuk mengambil sijil berhenti dan fail murid. Akak Zahra terserempak dengan bff dia Sofia, terus ai ambil gambar mereka. Sebelah kiri ialah emak Sofia, ai panggil Kak Arfah :)
Bergambar dengan lagi seorang kawannya Humairah. Tahun 6 mereka kelas berasingan tapi mereka pernah kelas bersama pada Tahun 1 dan Tahun 5.
Sibuk nak agihkan hadiah untuk guru-guru setiap subjek. Tak semua guru dia dapat beri sendiri sebab guru yang datang pada penyerahan sijil ini hanya guru kelas yang terlibat sahaja. Pada guru yang tak dapat dia berikan hanya serah kepada guru kelasnya.
Akak Zahra dapat bergambar Ustazah Marliah dan Ms Suraiya. Ms Suraiya tu teacher feveret dia tu subjek English.
Bergambar dengan guru kelas Cikgu Hamidah. Kawan-kawan kelas pun ada juga. Mana yang ada je ajak bergambar. Ramai yang datang terus balik tak sempat nak ajak bergambar. Dan ada juga yang tak dapat datang hari tu. Pihak sekolah membenarkan pengambilan sijil selama 3 hari.
Dapat bergambar dengan Guru Besar.
Bergambar dengan Daddy pula. Awal tadi dah bergambar dengan Mummy :)
Wefie kami berempat. Aliah dan Ariq kami hantar kat rumah Mak Tok. Pihak sekolah hanya benarkan maksimum 4 orang sahaja datang ke sekolah. Nasib baik boleh bawa Qaireen, belum pernah tinggalkan Qaireen lagi. Mana-mana bawa dia ke hulur ke hilir hihihi...
Disebabkan hari tersebut adalah hari yang special untuk akak Zahra, maka penuh la dengan gambar dia sahaja dalam entry ini :) Nak ambil gambar akak Zahra seorang pun susah sebab si kecik tu nak juga bergambar. Bila tak ambil gambar dia, muncung mulut tu hahaha..
Kami bergambar lagi diperkarangan depan sekolah sebelum melangkah keluar buat kali terakhir untuk akak Zahra sebagai murid sekolah rendah.
Dari sekolah kami terus ke Restoran Kelate Original kat Seksyen 8 Kota Damansara untuk makan pagi. Order Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Ai suka ke dua-dua sebab sedap. Nak kata makan pagi pun tak sangatlah sebab makan tu pun dah pukul 11 pagi, kira makan tengahari terus lah :p
Masa ambil sijil berhenti sekolah akak Zahra tu, dorang turut dapat surat penempatan untuk Tingkatan 1. Pegesahan penempatan perlu dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh kami ambil kat sekolah. Jadinya ai dan enZaf putuskan untuk selesaikan segala urusan sekolahnya pada hari yang sama. Dah alang-alang enZaf tak kerja tu buat terus. Alhamdulillah akak Zahra dapat sekolah menengah pilihan pertama. Lagi dekat dengan rumah nak dibandingkan dengan sekolah rendah. Kawan-kawan kelasnya pun ramai sekolah sama. Bertambah suka la dia. Sebelum nak daftar ke sekolah menengah, enZaf fotostat beberapa dokumen dan slip peperiksaan untuk diserahkan nanti. Memandangkan Tahun 6 tiada peperiksaan, sekolah menengah yang nak daftar ni hanya minta slip keputusan peperiksaan Tahun 5.
Sampai-sampai sekolah hanya menunggu seorang sahaja giliran. Selesai daftar terus ke Koperasi sekolah. Ai hanya beli yang penting sahaja seperti fail peribadi pelajar dan lencana sekolah. Buku dan pakaian sukan kemudian sebab tak tahu lagi sama ada dia sekolah di sini ataupun tidak. Akak Zahra mengharapkan dapat masuk asrama. Oh ye untuk Ujian PKSK dah dapat panggilan (untuk semak boleh rujuk pada link ini), hanya MRSM sahaja yang belum panggil lagi. Apa pun Mummy sentiasa berdoa yang terbaik buat akak Zahra. Tidak kira sama ada sekolah harian atau pun sekolah asrama, hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dia.
Tahniah akak Zahra kerana sudah tamat sekolah rendah. Selamat melangkah ke dunia baru. Besar dah anak Mummy hihihi.. Sebenarnya geram tengok tudung dia tu. Dia tak suka nak pakai pin bagi kemas-kemas. Main lilit gitu je huhuhu.. Gambar kat bawah ini cenderahati dari pihak sekolah untuk semua murid tahun 6.
Tak dapat buat majlis rasmi, dapat goodies bag ini pun dah berbesar hati. Ada t-shirt, coklat dan alat geometri. Terima kasih tak terhingga buat tenaga pengajar dan warga sekolah atas jasa dan bakti mendidik anak tanpa penat lelah. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang besar ke atas segala ilmu yang dicurahkan kepada anak murid.
Video di bawah ni masa Qaireen tengah melayan game Baby Bus sementara tunggu Mummy uruskan pendaftaran sekolah menengah akak Zahra. Dia tak hairan pun kat Mummy bila masuk kereta. Kusyuk melayan lagu dalam game tu.

No comments:
Post a Comment