Wednesday, December 9, 2020

Modul Latihan Akhir Tahun 2020


Pada hari Isnin yang lepas, hari penghantaran Modul Latihan Akhir Tahun (MLAT) akak Zahra kat sekolahnya. 2 hari sebelum ai dah pesan kat enZaf supaya dia free hari itu terutamanya sebelum waktu tengahari untuk dia hantarkan modul akak Zahra sebelum pergi kerja hihi.. dengan enZaf ini ai kena banyak kali remind kalau tak buat macam tu memang dia takkan ingat punya. Dalam kepala dia sekarang ini tengah serabut dengan kerja, Alhamdulillah banyak projek masuk dan ongoing. Semoga dipermudahkan untuk dia.

2 minggu sebelumnya cikgu pun hantar Whatsapp minta parents datang ke sekolah untuk ambil modul ini dan diberi jadual perlaksanaan sekali untuk dibuat. Dan minggu seterusnya iaitu minggu lepas semua murid Tahun 6 kena buat modul mengikut jadual yang diberi. Kira jadual exam la tu, satu hari satu subjek. Subjek yang terlibat hanyalah subjek UPSR iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman & Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman & Penulisan), Matematik (Kertas 1 & Kertas 2) dan Sains (Kertas 1 & Kertas 2). Ai ambil gambar akak Zahra pada hari pertama sahaja sebagai kenangan untuk disimpan dalam blog. Hanya teman dia sepanjang menjawab soalan dengan peruntukan masa yang telah ditetapkan iaitu 1 jam 15 minit. Mummy dapat merasa jadi pengawas peperiksaan haha..



Tengok reaksi muka dia tu tak tahu sama ada dia boleh jawab ke tidak. Sama je macam tiada perasaan :p Harapan setiap parents mesti la nak anak boleh menjawab dengan jayanya. Masa dia menjawab kertas Bahasa Melayu Penulisan ai teman dia separuh masa sahaja lepas tu terus masuk dapur untuk masak makan tengahari. Sesekali tu jenguk juga la dia kat meja makan okay ke tidak :) Lepas 2-3 kali jenguk dia tiba-tiba dia tak ada kat meja makan. Panik kejap ai tiba-tiba hilangkan. Panggil dia, dengar suara menyahut tapi tak tahu kat mana. Rupa-rupanya dia duduk bawah meja makan. Ko rasa?!



Mencari idea buat karangan sampai begitu sekali nak oi. Asalkan dia selesa sudah. Janji dia jawab semua soalan hahaha.. Macam-macam perangaikan. Setiap kali masa tamat cikgu bagi subjek masing-masing akan berikan link untuk laporan kehadiran. Dari situ cikgu tahu murid-muridnya sudah menjawab soalan. Perkara baru untuk mereka dan kita juga sebagai ibu bapakan. Tahun ini memang diluar kebiasaan anak-anak bersekolah.

Masa hari nak hantar modul ini, ai semak kertas akak Zahra buat kali terakhir. Kot ada tak tulis nama atau tertinggal apa-apa lah. Sambil tu ai selak juga tengok jawapan dia hehe.. tarik nafas panjang bila tengok, ada yang careless mistake. Mummy is redha dan pasrah sahaja lah. Laju-laju masukkan dalam file tu :p



Tulis nama dan kelas dia dan ikat fail tu dengan riben. Sebagai penyejuk hati Mummy yang tengok jawapan dia tak semenggah tadi tu haha.. Semoga keputusan dia baik-baik sahaja.



Untuk MLAT ini hanya akak Zahra sahaja yang terlibat. Aliah dan Ariq tiada pula. Ariq ini ai faham juga tak ada sebab Tahap 1 hanya dinilai dengan PBD tapi sekarang ini dengan PdPR lah kan. Belajar pun di rumah. Aliah tiada pula MLAT, mungkin dia pun sama juga dinilai melalui PdPR. Ai pun tak tanya guru kelasnya. Mungkin setiap sekolah berbeza cara penilaiannya kot kan.

No comments: