Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan tarikh 12hb 12 adalah hari yang istimewa sebabnya ia adalah harijadi Mak. 5 hari sebelum itu ai dan adik-adik ada merancang nak buat makan sempena harijadi Mak dekat rumah, semuanya ai serahkan pada mereka untuk aturkan. Dalam kita merancang itu tiba-tiba hari Khamis semasa sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) ada mengumumkan yang mulai hari tersebut tiada lagi had jumlah pelanggan setiap meja di kedai makan. Apa lagi terus la ai dan adik-adik setuju bawa Abah dan Mak keluar makan hihihi... Sebelum ini pun ai pernah tulis dalam blog berharap agar harijadi Mak ini dapat bawa dia keluar makan [link]. Alhamdulillah tercapai juga hasratku :)
Pilihan dan tempat makan ni diaturkan oleh adik ai Yusreena. Bab-bab makan luar ni memang ai selalu serahkan pada dorang aje. KakLong dia malas :p Kami bawa Abah dan Mak makan malam di Sue & Tuya Seafood. Dekat sahaja dengan rumah di area Subang Bestari. Pertama kali ai makan kat sini.
Tak perasan pula mata Qaireen tertutup masa bergambar ni. Suka la dia sebab ada mak saudara yang rajin melayan. Bersama Mak Tehnya yang tengah berdarah manis itu.
Sekarang ni dia tengah menunggu tarikh 20hb untuk dapatkan kata putus dari JAIS berkenaan pernikahan. Buat masa ini JAIS membenarkan pernikahan berlangsung hanya di pejabat JAIS disebabkan kawasan kami masih dalam Zon Merah. Adik ai Nani memang tak nak la buat sebabnya masa nikah itu hanya pengantin dan wali sahaja. Dia kalau boleh nak ada mak dan adik beradik turut bersama-sama menjadi saksi pernikahan tu. Sedih dan stress juga dia tu. Semoga dipermudahkan buatnya. Dua gambar kat bawah ini dari kamera Nani. Qaireen yang susah nak senyum. Jenuh la Mak Teh dia suruh dia senyum dia buat tak tahu je haha..
Qaireen dengan abang Ariq. Dia say "cheese" tapi eksperesi muka macam nak marah je. Berkerut kening :p
Kat Sue & Tuya Seafood ini menyediakan makanan ala shellout. Lama dah ai tak makan macam ini. Kali terakhir makan masa ramai-ramai juga dengan dorang. Tahun 2017 masa birthday Abah [link]. Kalini birthday Mak pula.
Order 2 set dan setiap set ada 5 jenis lauk dalamnya. Ada lauk ButterMilk Prawn, Lala masak apa tak ingat :p, Ikan Siakap Sweet & Sour, Ketam Masak Cili dan Kari Sotong. Eh lupa pula yang ketam dan sotong tu mana satu lauk kari haha.. Yang pasti semua lauknya sedap. Habis licin semua orang makan. Dalam makan tu ai perhati juga dekat Abah dan Mak kot kot banyak sangat makan seafood terutamanya ketam haha.. kolestrol tinggi oi :p
Sebelum mula makan haruslah ambil gambar dulu. Minta staf situ snapkan. Kesian muka enZaf nampak separuh je hihi.. Tengah makan hujan turun dengan lebat. Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari hujan. Tak hujan waktu siang, hujan turun waktu malam pula.
Sebelum balik bergambar lagi sekali. Tak cukup corum, Angah dan keluarga tak ada. InsyaAllah dia balik lepas 20hb bulan ini. Sekolah pun dah mula cuti sampai pertengahan bulan 1.
Adik ai Nani hantar gambar, dorang belikan Air Fryer untuk Mak.
Selamat Hari Jadi yang ke-62 Mak!! Semoga Mak diberi sihat tubuh badan dan dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Sekarang dia tengah sakit urat kat bahagian kaki. Susah sikit nak berjalan tapi bila solat dia tak sakit katanya. Alhamdulillah. Dah pergi klinik dan doktor pun dah bagi ubat. Moga cepat sembuh Mak.

No comments:
Post a Comment