Sunday, December 6, 2020

Projek Seni: Suasana Hidupan Laut Tahun 2


Seminggu dua ini banyak bercerita perihal hasil kerja sekolah anak-anak. Sama ada dari subjek Dunia Seni Visual (DSV), Sains mahupun Reka Bentuk dan Teknologi. Para cikgu pun rajin bagi kerja sekolah demi untuk membuat Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Bagi ai tiada masalah, lagi suka sebenarnya bila cikgu banyak bagi homework, online class dan projek. Baru lah anak-anak kat rumah ini belajar, kalau tak asyik nak main sahaja :) Cuma rajin tak rajin je ai nak monitor. Bila nak monitor ni kena la Mummynya jadi Naga. Ai ada perasan satu gambar ni dekat Facebook ke Intagram yang mana ada tertulis, anak-anak tak sabar nak pergi ke sekolah sebab maknya lagi garang dari cikgu hahaha.. betul lah tu. Mak garang sebab nak anak-anak jadi orang, bukan senang tu.

Eh panjang pula melalut. Entry ini buat untuk simpan kenangan hasil dari kerja seni Ariq. Kali ini dia kena buat teknik resis. Ai pun tak faham apa itu teknik resis, bila baca buku teks baru tahu. Perkataan resis itu pun ai tak pernah dengar sebelum ini hahaha.. Advanced dah kan belajar zaman sekarang ni. Okay berbalik pada projek seni ini, Ariq kena lukis berpandukan dalam buku teks temanya Suasana Hidupan Laut. Masa dia nak lukis tu dia cakap tak tahu nak lukis ikan, ai suruh je dia buat tak kisah rupa tu cantik ke tidak. Gigih juga la dia lukis walaupun makan masa lama juga hihi.. Itu pun ada part ikan kot dia mintak akak Zahranya tolong lukiskan.



Dah siap lukis, Ariq kena gunakan crayon untuk lukis semula atas lakaran dia tu. Ai copy dari Google, teknik resis adalah teknik yang menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya warna air dan lilin. Kiranya macam buat batik la ni. Masa nak pakai lilin tu dia tak tahu sangat. Sebabnya tak nampakkan. Ai cakap Ariq tekan kuat sikit supaya lilin tu melekat banyak pada kertas.



Dah siap guna crayon dan lilin barulah Ariq warnakan seluruh gambar itu. Comot ke tidak ai pejam mata. Janji warna sama buku teks tu dah memadai haha



Kagum tengok hasil lukisan Ariq. Walaupun tak sama dengan buku 100% terutamanya bahagian lilin tu, mungkin sebab tak cukup banyak dan kuat dia tekan pada kertas. Tapi bagi ai okay sangatlah hasil dari anak 8 tahun.



Cikgu pun puji hasil dia cantik. Senyum lebarla anak bujang tu. Nasib baik dalam rumah ni pun semua bahan memang dah ada. Tak perlu nak membeli ke apa. Lagi 2 minggu anak-anak ni nak cuti sekolah dan tamat bagi tahun 2020, cepat betul masa. Nanti buat entry pasal projek dari Aliah pula :)

No comments: