Monday, December 14, 2020

Setelah 8 Minggu lebih


Uish lama betul tak update blog. Ada cerita lama yang belum dimasukkan lagi tetapi mood malas menguasai diri huhu.. Ini pun buat dalam keadaan penat dan mengantuk haha.. paksa rela gitu. Tapi bukanlah nak cerita kisah yang lama, ceritanya masih baru iaitu Sabtu lepas :p Akhirnya setelah sekian lama duduk di rumah, kami jejak kaki di shopping mall. Tak jauh pun kami pergi, hanya di One Utama(OU) sahaja hehe.. Lama betul ai tak jejak kaki kat "rumah" nombor 2 ini. Sampai dah berubah wajah sedikit. Dan ada sesetengah kedai pun dah ganti dengan kedai lain. Pergi OU ni pun sebab enZaf ajak ikut dia beli seluar kat Uniqlo.

Sementara menunggu dia membeli barang ai pun ambil la gambar anak-anak. Lampu dalam Uniqlo pun terang, memang rugi la tak ambil gambarkan. Banyak kali juga snap masa ini sebabnya Qaireen susah betul nak pandang kamera. Kalau dia pandang, salah seorang pula tak pandang atau tutup mata. Dalam banyak-banyak tu hanya ini lah yang paling elok sekali hihi..



Bergambar lagi masa enZaf tengah beratur untuk buat pembayaran. Kali ini kat cermin pula.



Tengah bergambar tiba-tiba enZaf sampai, terus ambil gambar lagi sekali. Dah pesan suruh pandang phone kat cermin, ada juga yang tak pandang :p



Bulan 12 ni semua shopping mall penuh dengan dekor Christmas. Sebelum nak ke pintu luar OU sempat ambil gambar anak-anak dengan christmas tree. Dan paling best elok pula semua pandang. Yeyy.. berjaya juga dapat gambar satu yang perfect.



Masa dalam Uniqlo kami pun sempat selit barang sikit masa enZaf beli seluar. Ai kalau masuk Uniqlo memang tak sah kalau tak membeli seluar. Seluar panjang atau 3/4 untuk pakai dalam rumah. Untuk anak-anak dapat baju sehelai seorang. Dari Uniqlo kami singgah McDonalds, rehat sekejap dan bawa anak makan fries dan aiskrim. Bagi mereka seronok. Lepas makan terus balik. Tiada window shopping. Sejak kerajaan dah bagi kelonggaran untuk keluar mengikut kapasiti kenderaan dan makan di luar itu yang laju kami :p Dapatlah ai hilangkan tekanan sekejap bila lama sangat duduk dalam rumah. Thank you enZaf! Apa pun kita tetap jaga SOP kerana PKPB belum tamat lagi.

No comments: