Thursday, December 24, 2020

Beli Kasut dan Berbasikal


Akhirnya setelah sekian lama tidak beriadah, sekarang kami sudah kembali dengan aktiviti berbasikal dengan anak-anak. Entry ini cerita pada dua minggu yang lepas :) Sebelum nak berbasikal kami ke Jaya Shopping Centre dahulu untuk makan tengahari dan beli kasut joging enZaf. enZaf beli makan anak-anak dekat Bungkus KawKaw. Kami berdua makan sandwich, lupa pula nama sandwich tu. Lebih kurang macam Subway, tak ambil gambar pula.



Sekarang ni kalau meja makan hanya 4 orang, kami kena makan berasingan. Selalunya Aliah dan akak Zahra la yang akan duduk berasingan dengan kami. Nasib baik mereka ni tak kisah. Agaknya lagi seronok kot makan berdua tu hihi



Lepas makan kami terus ke kedai Original Classic (OC). Kedai yang sama masa beli kasut joging ai dan Zahra [link]. Masa beli kasut ai dia berkenan satu kasut tu tapi tidak membeli. Katanya kasut dia elok lagi, alih-alih seminggu lepas beli kasut ai tu kasut dia koyak hehehe.. merajuk la agaknya kasut tu tahu tuan dia ada hati nak beli barukan.



Disebabkan dah tahu kasut apa nak beli maka lajulah membayar. Sempat lagi tu beli Dorayaki dan corn in a cup kat Nelson's untuk bekal anak-anak :)



Dari PJ terus kami ke KL, mana lagi kalau tak ke Taman Tasik Titiwangsa. Terasa lama betul tak ke sini. Kali ini hanya satu pagar sahaja yang dibuka untuk orang ramai masuk dan keluar. Sebelum ini dua pagar, bila hanya satu pagar je yang dibuka agak sesak juga laluan masuk tu. Mujur lah masing-masing menjaga SOP. Ai tak ambil gambar sepanjang aktiviti berbasikal kami. Ambil gambar dan video sahaja masa anak-anak bagi roti kat ikan dan turtles.





Seronok rasanya bila dapat angin luar. Dapat la keluarkan peluh sedikit dan anak-anak pun seronok. Sebelum pukul 6 petang kami dah keluar dari Taman Tasik Titiwangsa ini.

No comments: