Sekarang kami berada di Johor Bahru. Ai dan anak-anak ikut enZaf outstation. Laju je nak mengekor hihi.. ikutkan perancangan kami nak duduk di JB ini selama dua malam tapi tadi dalam pukul 9:30 malam dapat Whatsapp dari adik ai Nani yang nikahnya dipercepatkan pada tarikh 31hb iaitu hari Khamis ni. Nanti ai buat entry lain untuk persediaan dan perjalanan nikahnya. Disebabkan nikah itu dipercepatkan terpaksa la kami balik esok hari juga. Pelbagai dugaan sungguh adikku ni nak kahwin. Dugaan dan ujian orang nak berkahwin semasa musim Covid ni selain dari darah manis bak kata orang tua-tua :) enZaf pun terpaksa menangguhkan beberapa meeting dengan clientsnya kat sini. Harap-harap bila dia nak ke JB lagi bawalah ai dan anak-anak sama hehehe..
No comments:
Post a Comment