Wednesday, November 11, 2020

Ulangtahun Perkahwinan yang ke-41


Pada tarikh 24hb Oktober yang lepas, hari ulangtahun perkahwinan Abah dan Mak yang ke-41. Tengok balik nombor 41 tu teringat anniversary kami tahun ini yang kami 14, Abah dan Mak 41 :) Tahun ini ai sedih sedikit sebabnya tak dapat nak raikan dengan mereka berdua bersama disebabkan PKPB ini. Ingatkan habis PKPB masa 28hb itu ai dah plan nak bawa Abah dan Mak makan kat luar. Nampak gayanya tangguh lagi la sampai 6hb Disember dan berharap tiada sambungan PKPB lagi. Dapatla raikan belated anniversary dan birthday mak sekali pada bulan 12. Double celebration gitu :) Masa 24hb tu ai saja je wish Abah dan Mak lambat. Ai buat surprise delivery kat mereka, order hamper melalui kawan baikku Elin. Dia dah lama berniaga surprise delivery ni, dah alang-alang tu kita gunala khidmat dia. Support bisnes kawan.

Petang tu ai dapat Whatsapp dari Abah cakap terima kasih, terkejut dorang tiba-tiba orang datang hantar belon, bunga dan buah hihihi. Dan Abah pun hantar gambar mereka berdua dengan hamper itu. Mak pun nak join Whatsapp juga beritahu terima kasih. Lepas tu kami bervideo call.



Tiada apa yang lebih menggembirakan diriku selain melihat ke dua orang tua kita gembira. Walaupun hadiah tidak seberapa, tunggu kita jumpa nanti ya Along belanja makan. Dan lagi tak sabar nak peluk cium mereka.



Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-41 Abah dan Mak!!  Semoga Abah dan Mak sentiasa dalam keadaan yang baik, sihat dan bahagia. Dan semoga Allah merahmati kalian berdua dan ditempatkan di dalam SyurgaMu. Along sayang Abah dan Mak ketat-ketat.

No comments: