Dalam 4 atau 5 bulan yang lepas ai minat tengok barang-barang rumah. Boleh dikatakan sejak PKP la, diriku rajin pula tengok barang hiasan, perabot atau pun pinggan mangkuk periuk semua itu lah. Kalau tengok tu, semua benda rasa nak beli tinggal ada duit dengan tak je kan hihihi... Antara benda yang ai minat ialah tablecloth. Bab tu mampu nak beli haha.. Tergerak hati beli tablecloth ni sebab meja makan kat rumah ini banyak dah calar balar atasnya. Walaupun meja makan itu dah usianya 14 tahun, masih tetap utuh dan elok lagi. Nak beli baru macam tiada keperluan. Selagi ianya masih elok dan boleh dipakai, kita pakai la selama yang boleh. Setakat calar balar tu kita cover la dengan alas meja :) Setakat ini ai ada 2 alas meja, yang terbaru beli bulan lepas macam dalam gambar kat bawah ini.
Suka dengan alas ni sebab corak marble. Masa beli tu tak fikir panjang pun terus confirm dan bayar haha.. bukan main eksaited tak sabar nak sampai. Dah bayar lama sikit baru terfikir. Eh warna putih sangat alas meja ini. Rasa macam menyesal pula sebabnya confirm cepat kotor, nak pula kalau makan tu lauk tertumpah. Kena pula kuah kari atau apa-apa sahaja yang melibatkan warna kunyit mahu melekat susah dah nak tanggal. Walaupun material alas meja ini jenis kalis air tapi still warna boleh melekat. Bila dah letak kat meja tu, ai tawakal dan redha sahaja la apa pun terjadi haha.. Dan sekarang tablecloth tu dah ada kesan kotoran bertompok sana sini. Bertabah saja la.
Lagi satu ai dah ada alas meja yang bercorak checkered, warna biru dan kelabu. Ai rancang nak beli lagi alas meja cari corak dan warna lain pula. Gambar-gambar kat bawah ini semua dari Google. Nak cari corak bunga pula. Cuba cari warna yang agak soft sikit.
Warna terang-terang macam ini belum ada lagi. Boleh cuba nanti beli satu.
Polkadot ni cantik juga. Dengan warna biru lembut elok sangat. Kat rumah ini pun memang banyak warna biru. Kena pula dengan karpet.
Kuning ni pun cantik warna terang tapi nampak lebih sesuai pula dengan kerusi warna putih macam dalam gambar tu. Kerusi makanku warna coklat gelap, tak tahu sesuai ke tak.
Dalam banyak-banyak ni lace paling cantik la. Tapi rasa tak sesuai pula dengan rumah ini. Lace macam sesuai kalau rumah tu pakai perabot jati atau warna kayu macam dalam gambar bawah ni. Klasik bertemu klasik gitu. Tapi kalau nak beli pun apa salahnyakan. Kita cuba la letak.. tengok sesuai ke tidak :)

No comments:
Post a Comment