Tuesday, December 1, 2020

Surprise Delivery from Besties


Ceritanya pada 23hb November sehari selepas birthday ai. Siang tu Elin call katanya dia ada delivery dekat area rumah lepas Maghrib, dah alang-alang dekat nak jumpa sekali. Lagi pun lama kami tak jumpa sejak PKPB ni. Elok sangat la dia nak datang, boleh ai jamu dia makan kek. enZaf beli kek besar, habis jiran ai bagi itu pun masih banyak lagi hihihi Tak sangka pula masa dia datang dia buat surprise, memang ai pun tak terfikir. Malam tu pula Aliah ada online class, ai pun siapkan makanan untuk makan malam.. memang busy tak fikir apa. Terharu sangat.



Elin singgah sekejap saja, walaupun sekejap ai dah happy. Sempat la borak sikit melepaskan rindu. Kalau ada Nani, Anis dan Nowwa sekali mesti lagi best. Lepak makan gelak banyak sampai keluar air mata hihi... Rindunya kat dorang semua. Sebelum dia balik tu, ai sempat tapaukan dia satu bekas kek untuk dibawa balik. Dalam pukul 11 malam baru ai ada masa nak belek hamper Elin bagi.



Benda pertama ai tengok ialah bunga. Rasanya macam lama tak dapat bunga nak nak bunga Rose. Kali terakhir ai dapat bunga Rose tahun 2009 masa ulangtahun perkahwinan yang ke-3 [link] hahaha Punya la lama. enZaf bukan jenis orang yang suka bagi bunga ni. Dia lebih suka bagi ai makanan. Lagi pun ai tak la kisah sangat dapat bunga ke tidak, tapi kalau sekali sekala dapat tu macam best jugakan :p Yang ini walaupun tak dapat dari enZaf dapat dari sahabat baik pun dah gembira sangat. Selain bunga ada buah-buahan juga. Anak-anak terutamanya Aliah dia lah orang pertama yang minta nak makan buah. Dia minta buah Epal, Ariq nak buah Anggur. Oh Qaireen pun dia nampak dan tunjuk Epal! Epal! hihi



Ai keluarkan buah-buah dalam bakul tu basuh dan potong terus buah Epal untuk anak-anak nak makan. akak Zahra sorang sahaja yang tak layan makan buah-buahan ni huhu.. susah betul nak suruh dia rasa. Dah dapat hamper ni, semestinya la ai nak bergambar. Kebetulan pula memang ai pakai tudung warna kuning. Kena dengan belon dan hamper tu. Nampak sangat besties memahami sehati sejiwa :)



Thank you enZaf sudi layan ai ambilkan gambar. Banyak kali snap sebab nak dapatkan angle kurus hahaha.. Sebab suruh dia ambilkan gambar nak pakai phone dia, phone ai dah full storage. Tak transfer lagi gambar-gambar kat komputer :( Okay, dah cerita pasal hamper ni, elok la ai share terus pada sesiapa yang berminat nak buat surprise delivery pada orang yang tersayang terutamanya yang tinggal berhampiran kawasan Petaling boleh la cuci mata di Facebook Blossom Subang. Di situ pelbagai jenis hamper atau bouquet boleh dibuat mengikut bajet anda. Ceh promote jangan tak promote hihi



Blur sedikit stiker Blossom Subang tu huhuhu

No comments: