Pada hari Rabu yang lepas, semua murid Tahun 6 kena pulangkan buku teks di sekolah. Waktu telah ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang. Masa pagi Rabu tu baru ai nak tengok buku teks akak Zahra. Kebiasaannya sebelum hantar buku teks ai akan periksa semula bukunya terutama bahagian balutan. Mana yang dah terkoyak akan diganti dengan pembalut baru. Memandangkan tahun 2020 ini tahun yang kurang ke sekolah, maka ke semua bukunya masih dalam keadaan baik. Jadi ai tak perlu tukar pembalut baru. Jimat dah masa kat situ.
Kira semula jumlah buku dan isi pada borang yang telah cikgu hantar melalui Whatsapp. Nasib baik tiada yang hilang. Kalau hilang buku teks, kita kena ganti beli yang baru atau pun boleh buat bayaran mengikut setiap harga buku yang telah ditetapkan. Selepas semua buku sudah di periksa dan cukup bilangannya maka kenalah ikat dan diletak ke dalam beg. Elok pula tengok ikatan riben tu hihi..
Lepas dah setel buku teks, ai terus bersiap. Kali ini enZaf tak dapat tolong hantarkan sebab dia ada meeting waktu pagi. Jadinya ai lah yang kena keluar dan drive buat pertama kalinya sejak PKPB bermula. Fuh lama betul mujur tak kekok haha.. Sebelum nak keluar tu, sempat lagi ai fikir apa nak diberi untuk guru kelasnya. Masa nak pulangkan buku teks ini guru kelasnya yang akan menerima buku teks ini. Nasib baiklah kat dapur ai ada simpan satu mug beli di Kaison. Masih elok lagi di dalam kotak. Terus ai laju ambil mug tu dan sempat lagi balut dengan riben :)
Dalam pukul 11 pagi ai sampai sekolah. Tak ada lah awal sangat tapi itu pun dah kelam kabut sebab kena bawa semua anak. Tak boleh nak tinggalkan di rumah sebab tiada siapa yang teman dan boleh tengokkan. Bahaya biarkan kanak-kanak duduk dalam rumah bersendirian tanpa ditemani orang dewasa. Banyak dah kes tak diingini berlakukan. Sampai-sampai sekolah tak berapa ramai sangat. Beratur pun sekejap je.
Lepas selesai semua urusan pemulangan buku teks, akak Zahra beri paperbag yang ada mug didalamnya untuk cikgunya. Ini kira cenderahati kecil dari dia, nanti ada hadiah lain yang bakal menyusul untuk cikgunya. Alang-alang dah beri hadiah tu terus ai ajak cikgu bergambar sebagai kenangan. Bersama guru kelasnya Cikgu Norhamidah dan anaknya pun ada sekali tu, comel sangat.
Akak Zahra jumpa bff dia, Sofea. Sebelum keluar rumah tu dia dah janji dengan Sofia nak jumpa kat sekolah. Patutla dari rumah happy sangat.
Selang beberapa minit, kawan dia lagi sorang Hanani datang. Rumahnya dekat depan sekolah. Dia dah pulangkan buku teks lebih awal lagi, bila tahu Zahra ada kat sekolah laju dia datang hihi.. ai pun biarkan dorang bertiga melepaskan rindu :) Itu pun tak lama sangat sebab Qaireen meragam. Sabar je lah.
Ingatkan masa pulangkan buku teks ini, cikgu akan berikan sekali dengan sijil tamat sekolah. Rupanya sijil itu akan diberi pada hari lain bersama-sama dengan fail peribadi, surat penempatan Tingkatan 1 dan juga cenderahati dari pihak sekolah. Elok juga bila jadi macam tu sebabnya ai belum sempat lagi nak membeli hadiah untuk semua cikgu kelas akak Zahra. Memang sebelum ni pun dah rancang nak membeli tapi tak decide lagi barang mana satu sebab masih berbelah nak pilih, banyak sangat pilihan :p Setiap tahun anak-anak akan beri barang kat cikgu sebagai tanda terima kasih. Takkan disebabkan Covid ini tak beri apa-apa pula kan. Nak pula ini merupakan tahun terakhir untuk akak Zahra. Ai agak sedih juga untuknya. Tiada banyak kenangan bersama cikgu dan kawan-kawan. Tiada aktiviti koko, tiada UPSR, tiada trip, tiada konvo, tiada semualah. Dan ai pun tak merasa lagi anak menghadapi peperiksaan besar ape entah lagi merasa debaran untuk keputusan peperiksaan. Hanya Allah Maha Mengetahui dan pasti semua ini ada hikmahnya. Harap-harap hari terakhir bila dia nak ambil sijil berhenti tu dapat la berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.

No comments:
Post a Comment