Wednesday, December 16, 2020

Projek RBT: Tabung Duit Tahun 4


Ini adalah kali pertama ai tengok Aliah buat projek subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Katanya projek pertama di sekolah, dia buat rumah dan kereta. Yang rumah tu ai tak pernah tengok sebab memang buat kat sana 100% tetapi yang kereta ini ai nampak sebab dia ada buat separuh di rumah dan siapkan di sekolah. Rugi pula tak ambil gambar dia buat kereta tu. Masa musim PKPB ini cikgu RBT bagi satu lagi projek iaitu Tabung Duit. Online class pada minggu pertama untuk projek tabung duit ini hanya perlu memotong kotak sahaja. Mujur dalam rumah ini banyak kotak kasut ai simpan, jadi kalau ada projek yang memerlukan kotak memang ai keluarkan kotak kasut sahaja. Melainkan kotak yang nak digunakan itu kotak yang tebal, yang itu kena cari kat luar hihi..



Part memotong kotak ini banyak ai tolong. Terutamanya nak buat ukuran. Bukan senang sebab memerlukan ketepatan. Ai hanya tolong ukur dan Aliah akan memotong kotak-kotak itu. Banyak juga la kena buat. Terasa juga letih tu. Minggu seterusnya barulah murid-murid kena cantumkan ke semua bahagian-bahagian kotak yang telah dipotong. Yang ini pun challenging juga bagi ai, masa ini lah baru tahu yang kita potong tu sama ke tidak bila nak tampal huhuhu..



Lepas setiap bahagian yang sudah ditampal perlu ditunjukkan kepada cikgu RBTnya. Kiranya cikgu tengok dorang sambil buat kerja. Jadi tak boleh la nak mengelatkan :) Ai tengok sekejap-sekejap je sebab Aliah cakap dia boleh buat yang tampal ni, fuh lega Mummy hehe..



Nampak dah nak siap tabung duit dia. Tinggal nak touch-up sikit-sikit lepas tu cikgu minta setiap anak murid uji tabung duit itu sama ada berjaya atau tidak.



Bila masa nak uji samaada tabung duit itu menjadi atau tidak. Pertama duit syiling itu mesti dapat masuk ke dalam tabung dan ke dua setiap duit syiling mesti masuk ke setiap kotak yang telah ditetapkan. Ujian pertama, semua duit syiling melepasi ke dalam tabung. Bila ujian ke dua, di mana duit syiling perlu dimasukkan ke nilai yang ditetapkan setiap kotak tu tak menjadi terutamanya untuk duit syiling 20 sen dan 50 sen yang baru. Saiz ke dua-dua syiling itu lebih kurang, kadang-kadang duit syiling 20 sen masuk ke dalam lubang 50 sen huhu.. Ha lagi satu duit syiling 10 sen dan 5 sen, yang itu pun lebih kurang sama saiz. Ingatkan Aliah seorang je ada masalah, rupa-rupanya kawan-kawan dia yang lain pun sama juga. Tiada seorang pun yang berjaya 100% hahaha.. Fuh, Mummy pun lega sekali lagi sebab ada geng tak berjaya :p



Gambar di atas inilah rupa bentuk tabung duit Aliah. Dia hanya lekat bunga-bunga je, lain-lain dia malas nak buat. Jadi lah nak oi. Asalkan siap sudah. Ikutkan minggu lepas cikgu RBTnya nak buat lagi satu projek. Tapi kelas ditangguhkan sebab jatuh pada Hari Keputeraan Sultan Selangor. Minggu ini tak tahu pula diteruskan ke tidak projek baru. Ikutkan hari Jumaat ini adalah hari terakhir anak-anak sekolahkan.

No comments: