Friday, October 30, 2020

Bilik Air Berwajah Baru


Alhamdulillah akhirnya siap juga bilik air kami. Fuh lama diriku menunggu bilik air ni siap. Adalah dalam 2 bulan lebih juga. Yang penting dah siapkan tak silap ai dalam 26hb September siap sepenuhnya. Banyak juga la perubahan rupa bilik air ini. Kebanyakkan barang memang kita tukar, adalah dalam 1-2 barang kita simpan sebab boleh pakai lagi. Rasa terang benderang betul bilik air kami kali ini sebab banyak warna putihkan. Atas shelf tu masih tak complete lagi nak letak barang. Sebelum ni kami ada pergi ke Kaison tapi tiada frame yang berkenan nak diletakkan dalam bilik air. Bab deko ni nanti kemudian la cari.



Atas shelf tu hanya tinggal satu tingkap je. Kalau diikutkan yang asal, ada 2 tingkap. Tapi enZaf decided tinggalkan satu je sebab jarang buka pun tingkap bilik air ni. Paling menarik perhatian ai dalam bilik air ni dah tentulah lantainya. Gembira sangat sebab impian nak lantai bercorak tercapai hihihi.. ikutkan masa beli tu ai ada berkenan satu corak ni, tapi disebabkan permukaan tiles tu licin maka terpaksalah pilih corak yang lain. Apa pun, tiles yang sekarang ni pun dah cukup puas hati :)



Tiles bercorak tu pasang dari sinki ke toilet bowl sahaja. Bahagian shower pasang plain tiles. Ingat nak buat penuh semua bercorak tapi macam tak menarik pula. Takut nampak lebih serabut. Water heater guna semula yang sebelum ini. Masih elok lagi buat apa nak tukar lain. Tapi sayang hand showernya yang asal tiada. Orang yang renovate bilik air ni dia terbuang pula. Terpaksa beli yang lain dan sambung semula, nampak tak berapa cantik sangat. Sedikit kecewa tapi tak pe lah nak buat macamana, benda dah jadi.



Dekat area shower tu kami buat pili air baru. Pili air itu untuk memudahkan kami mengambil wuduk. Terlindung pula dengan kabel shower, patutnya potong sikit bagi pendek supaya nampak kemas. Tapi takpe la yang tu abaikan ;) Untuk mirror cabinet yang kami beli di Ikea, kami pasang berhadapan dengan toilet bowl. Cadangnya nak letak atas sinki tapi tak jadi sebab cabinet tu besar menyebabkan sinki kami yang comel tu sempit hehehe Kalau sinki besar boleh pakai mirror cabinet tu. Ianya bukan besar lebar tapi besar ke depan jadi tertutup sinki kami tu. Nak explain pun ai tak pandai, kena tunjuk tapi tak ambil gambar pula masa pasang cabinet ni atas sinki.



Macam-macam dah ai simpan dalam tu. Penuh dengan pad sahaja hehehe



Lampu dalam bilik air ni pun kami tukar. enZaf yang pergi beli lampu ni sendiri. Sebelum ni ai ada pergi tengok tapi masa tu hanya survey sahaja. Dalam banyak kedai yang masuk, lampu ni juga yang dia berkenan bukan sahaja cantik tapi murah juga. Kebetulan ada diskaun itu yang enZaf terus beli.



Berkenaan dengan shower glass, kami masih lagi tiada kata putus nak buat ke tidak. Bagi ai tiada shower glass pun dah okay. Cuma itu la enZaf tak nak lantai bilik air ni basah semua. Hal shower glass ni ai serahkan kepadanya. Nak buat boleh tak nak buat pun ai tiada masalah. Terima kasih juga kepada tukang buat bilik air ni En. Talha. Baik orangnya, layan je karenah kami terutamanya ai la. Ai ni cerewet sikit, eh cerewet banyak kot. Kalau buat keja tu nak perfectionist. Tapi ai faham, kalau nak servis tiptop kena la guna khidmat yang lebih pakar dan arif. Bila dah guna pakar tu harusla bayarannya mahal. Disebabkan bajet kami ni ikut kemampuan, semua menda kami beli sendiri, jadi ai cuba bertimbangrasa sikit. Setakat benda-benda kecil tu tutup mata je lah hihihi

No comments: