Saturday, May 2, 2020

Happy 2nd Birthday Qaireen Razia


Sehari sebelum adik ai Nani bertunang, tarikh 21hb Februari adalah tarikh hari jadi Qaireen Razia yang ke-2 tahun. Alang-alang esoknya ada buat majlis, jadi ai selitkan lah sekali dengan birthday Qaireen kat rumah mak hihi Sebelum tu tempah kek dekat dengan rumah area Seksyen 7. Tempahan last minutes mujurla baker tu sudi buatkan. Terima kasih ienaaboo (IG account) untuk kek yang sedap dan cantik.

Tahun ni ai buat kek tema Baby Shark. Cantik kek dengan warna-warni. Cuma satu je sayang, ada kesilapan print nama Qaireen tu. Tapi takpe la kesilapan yang boleh dimaafkan :)



Yang pasti ai yang uruskan kek. Kalau tak Mak Tok dia yang buat. Awal-awal lagi ai dah pesan kat mak, tak perlu risau pasal kek Qaireen. Kalau tak beritahu, nanti tup tup tup dia dah tempah kek macam birthday Qaireen tahun lepas [link]. Biar Mak Tok fokus uruskan majlis pertunangan Nani je. Kami sambut birthday Qaireen selepas urusan pertunangan adik ai selesai. Lepas keluarga pihak lelaki balik, kami terus buat makan-makan dengan saudara mara yang tinggal. Masa nak sambut birthday Qaireen tu, bukan dia sorang sahaja kami buat. Untuk abah kami pun ada. Qaireen dan Tok Abah berkongsi bulan yang sama. Cantik brownies tower abah. Siap dengan umurnya. Tiada rahsia bagi semua orang hihi



Ada 4 biji kek semuanya. Kemain meriah hari tu. Ada kek yang kawan Nani bagi. Cake overload, alhamdulillah rezeki untuk semua orang yang hadir.



Tengah riuh-riuh masa susun kek ni, tetiba Mak Lang beritahu yang Pak Lang pun birthdaynya bulan 2. Begitu juga dengan Pak Chik. MasyaAllah ramai rupanya satu geng. Alang-alang tu terus ai ajak Pak Lang dan Pak Chik join sama dekat meja kek. Pak Lang hujung kanan sekali, sebelahnya Pak Chik.



Kami semua nyanyi lagu birthday ramai-ramai. Seronok dan meriah. Ikutkan Qaireen tu dia suka lagu birthday, tapi haritu dia takde mood. Cuaca agak panas pun ya dan pelik agaknya kenapa ramai sangat menyanyi hihi. Suruh tiup kek pun dia tak nak. Asalkan dia tak menangis itu dah kira baik bagi ai. Gambar satu keluarga, sayang akak Zahra je yang tak ada. Dia masih lagi dekat seminar [link] huhu Kalau ada dia, mesti lagi cantik gambar ini.



Susah nak suruh Qaireen senyum ambil gambar sorang. Banyak kali Mak Su dia snap, dalam banyak-banyak gambar yang ini je la paling elok. Dia dah tak sabar nak cabut segala gambar-gambar Baby Shark atas kek tu. Dari awal lagi dia minta tapi ai tahan. Ye lah, belum lagi bergambar dan menyanyi kalau cabut semua dah tak cantik nanti.



Melayan Qaireen makan kek. Seronok dia dapat makan dan akhirnya dapat cabut segala menda atas kek tu. Mulut ai melekat dah dengan warna icing biru hehe Oh belon belakang Qaireen tu, adik ai Yusreena yang uruskan. Sempat dia keluar beli belon untuk Qaireen. Thank you Mak Su.



Alhamdulillah, tahun ni dapat berkongsi sambut birthday dengan keluarga dan saudara-mara. Selamat Hari Jadi anakku Qaireen Razia!! semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat.


No comments: