Thursday, May 21, 2020

Resepi: Rempeyek Kacang dan Ikan Bilis Menggunakan Kulit Popia


Sebelum puasa lagi ai ada minta enZaf belikan kulit popia. Tujuan ai suruh membeli tu sebab nak buat samosa. Bila masuk bulan puasa, enZaf suka makan samosa untuk berbuka. Memandangkan kita dalam PKPB ni, susahla nak beli samosa sebab bazaar ramadhan pun tak dibenarkan berniaga. Nak cari online tak tahu sedap ke tidak, tapi setakat hari ini tak nampak pula orang menjual online kat dalam group KD.

Eh entry kali ni bukan nak cerita pasal samosa hihi Disebabkan kulit popia ni ada banyak lagi lebihan, maka ai cuba buat rempeyek ikan bilis dan kacang. Tetiba teringin pula nak makan rempeyek bila dah dekat-dekat raya ni. Berbeza dengan rempeyek biasa, rempeyek ini menggunakan kulit popia. Buat semata nak habiskan kulit popia dalam freezer.



Bahan-bahan

6-10 keping kulit popia
2 sb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
3 sb biji ketumbar
3 sb jintan manis


Cara Menyediakan

Mula-mula, goreng dahulu kacang tanah dan ikan bilis. Jangan terlampau garing. Tujuan goreng dulu untuk elakkan dari tak masak ketika goreng kulit popia nanti. Kulit popia ni jenis cepat masak, kalau lama sangat nanti kulit tu jadi hangit pula. Jadi jalan selamat kacang tanah dan ikan bilis digoreng siap-siap. Kemudian, potong atau guntingkan kulit popia kepada 3 bahagian secara melintang dan 3 bahagian secara menegak. Kiranya satu kulit popia itu boleh dapat 9 keping bersaiz kecil. Sapukan bancuhan tepung gandum di atas kulit popia, tujuan tepung gandum ini sebagai gam untuk letakkan ikan bilis dan kacang tanah. Jangan lupa tabur biji ketumbar dan jintan manis. Ai sapu lagi dengan tepung kat atas kacang, ikan bilis, biji ketumbar dan jintan manis tu. Takut tertanggal bila nak menggoreng :) Dah siap semuanya, mulalah menggoreng semua kulit popia tersebut. Agak-agak kulit popia dah kuning angkat dan toskan.




Rempeyek nak habis baru ai teringat nak ambil gambar. Satu perkara tak best bila pakai kulit popia ni, kulitnya terlalu berminyak. Pandai-pandai la lap-lap sikit dengan tisu. Ai buat dalam 50 keping rempeyek, ada balance lagi kulit popia tu. Tapi ai dah penat nak membuat haha Renyah sikit la buat menda ni. Ke sebab first time haha Rempeyek ni ai ada buat dua versi. Satu versi ni yang bersama biji ketumbar dan jintan, satu lagi hanya ikan bilis dan kacang sahaja. Semua anak suka pula makan rempeyek ni, sekali hadap habis okay. Saiz kulit popia itu bergantung kepada kehendak uols. Kalau nak besar boleh gunting pada 2 bahagian saja. Begitu juga dengan kacang tanah dan ikan bilis. Lagi banyak letak lagi sedapkan. Rempeyek ni ai suka buat kecil-kecil, senang sekali ngap je dalam mulut hehe Buat kudap-kudap memang sedap. Tahu-tahu dah habis. Selamat mencuba!

2 comments:

Eliss said...

rajin pulak mcam ni yer.nampak sedap jugak tu.

Nurhayati said...

bila dah kena duduk rumah, apa lagi nak buat. masa ni la kita mencuba pelbagai resepi kan. nanti bila keadaan dah kembali seperti biasa, tak rajin dah hahaha