Wednesday, May 20, 2020

Aktiviti Ketika PKP


Dalam tak sedar, harini dah masuk hari ke-27 kita berpuasa dan lagi 3 hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cepat betul masa. Ramadhan kalini paling gembira bagi ai. Mana taknya kita dapat solat tarawikh berjemaah bersama dengan keluarga tercinta. Selain itu, puasa kali ni ai rasa tenang dan tidak terkejar-kejar dengan duniawi sangat. Tiada sibuk dengan nak keluar rumah uruskan anak-anak ke sekolah. Memang duduk rumah sahaja. Mungkin itu hikmah virus Covid-19. Oh entry kalini ai nak cerita pasal aktiviti anak-anak dan suami dekat rumah sepanjang PKP. Ai bersyukur sangat sebab enZaf rajin melayan anak-anak, jadinya part tu ai biarkan saja dia handle :) Dalam rumah ni memang tersedia banyak board game. Rajin Daddy dorang ni beli. Ai rajin tengok je hahaha

Kalau dorang ni start main Saidina, memang lambat habis. Ai akan sediakan kudapan dan minuman tuk dorang. Main sambil makan, takde la boring sangatkan.



Chess ni anak-anak tak berapa pandai main sangat pada mulanya. Sekarang bila dah selalu main, pandai dah masing-masing. Ariq je tak berapa lagi. Kalau dia kalah mulalah menangis huhuhu. Sabar je la.



Selain itu, dorang ada main Sahibba. Yang tu ai tak ambil gambar sebab game Sahibba tu ai main. Game kesukaan ai, susah orang nak kalahkan haha. Ada main tiup batang aiskrim, batu seremban dan macam-macam lagi. Tapi semua tak ambil gambar. Kami juga ada main permainan perkataan tulis kat kertas. Contohnya, pilih satu abjad. Dan namakan negara, haiwan, buah-buahan atau sayur-sayuran, benda dan nama bermula dengan abjad tersebut. Masa kecik-kecik dulu selalu main permainan ni kan :) Gambar bawah ni, Daddy dorang ajar main bola sepak menggunakan kertas.



Main Xbox pun ada. Dah lama enZaf tu tak main Xbox ni sampai berabuk dah console tu. Dia selalu busy dengan kerja. Bila dah PKP, baru la keluarkan balik. Kalini ada geng main dengan Ariq.



Masa PKP Fasa 1,2 & 3 enZaf dan ai rajin jogging. Seminggu dalam 3-4 kali. Turun berat badan ai 1 kg. Jogging banyak kali turun sikit je haha Tapi sejak puasa, ai dah stop jogging. Dan dan terus naik balik berat 1 kg. Hampeh sungguh. Elok-elok bmi tu dah cantik tengah-tengah, terus bmi ai tu dah sipi-sipi nak masuk overweight :( Berat sekarang dalam lingkungan 47-48, kalau masuk 49 terus menerus overweight. Sedih betul. enZaf pun sama, dia pula asal masuk bulan puasa naik berat badan. Tak kira la makan banyak ke sikit, tetap naik. Lepas raya dia kata nak pulun exercise balik haha



Sejak PKP kelas mengaji anak-anak pun turut tertangguh. Oleh itu, ai pun mengambil alih mengajar anak-anak mengaji supaya mereka tidak lupa. Jangan ingat duduk rumah tu bercuti. Belajar tetap kena belajar. Alhamdulillah Ariq dah habis Iqra'. Nanti ai nak minta enZaf belikan al-Quran untuk Ariq.



Satu perkara ai seronok PKP ni, enZaf ada dirumah. Dan lebih menggembirakan bila dia dah mula membantu ai di dapur. Walaupun sikit je tapi dah cukup bermakna. Dapat la juga berehat sekejap bila enZaf sendiri volunteer masakkan. Selalunya dia prepare untuk makan malam. Kami pula jenis makan malam simple je. Ada masak burger, beef steak, pasta, buat sandwich dan kadang-kadang tu goreng nugget, fries dan keropok-keropok je pun kami dah okay. Gambar bawah ni dia nak masak macaroni & cheese. Syukur alhamdulillah.



Oh lagi satu dia rajin tolong ai basuh pinggan, mangkuk, periuk bagai. Mana taknya sejap PKP, dapur asyik je busy haha Duduk rumah ni anak-anak lapar memanjang. Dalam sinki pun asyik penuh je la.



Qaireen pun salah sorang yang kuat makan. Setakat ni apa ai masak semua dia makan. Mulut tu sentiasa mengunyah. Kuat makan pun iye. Tolong Mummy masak ke tu?! Bukan main Didi ada teman dia masak ;)



Itula antara aktiviti anak-anak dirumah. Nak main di luar tak boleh. Kami cuba sedaya upaya penuhkan masa anak-anak. Siang mereka dah sibuk dengan kerja sekolah, petang dan malam tu boleh la selit main pula. Kekadang ai ada bagi dorang bertiga gadjet. Tapi ada had masa diberikan. Tak lebih dari 4-5 jam sehari. Itu pun bukan la straight 4 jam mengadap skrin. Qaireen pernah 2-3 kali pergi kat pintu depan, suruh ai buka. Dia ajak keluar. Nangis-nangis suruh buka. Bukan kita je stress duduk rumah lama-lama, anak-anak pun stress juga. Nak tekan sangat belajar sepanjang masa pun tak boleh. Apa kita buat semua berpada-pada dan pandai-pandai la kita sebagai ibubapa uruskan.

4 comments:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah family time best nya ^_^

Nurhayati said...

alhamdulillah.. hikmah pkp la kan. nanti bila keadaan dah kembali seperti biasa susah dah nak dapat macamni.

edahyukarim said...

OMG..saidina! :)

Nurhayati said...

anak-anak dah besar, dan dah pandai main saidina ni. Mujur dapat suami rajin melayan hehe