Tuesday, May 5, 2020

ABT's Family Day at Janda Baik


Cerita bulan 12 tahun lepas. Pada 21hb Disember ofis enZaf buat family day dekat Janda Baik. First time ai jejak kaki ke Janda Baik ni. Bila masuk kawasan ni, sangat teruja sebab terus macam kawasan yang berlainan. Sebabnya Janda Baik ni tempat yang dipenuhi dengan alam fauna penuh dengan pokok-pokok, dikelilingi sungai, tenang, damai dan sedap mata memandang. Berbeza dengan kehidupan kota yang penuh dengan bangunan dan sesak dengan kenderaan. Padahal nak ke Janda Baik ni bukanlah jauh sangat dari KL, lebih kurang 45 minit destinasinya. Sesuai okay kalau kita nak lari kejap dari stress. Lagi satu kat Janda Baik ni coverage telefon sangat lemah. Bagus sebenarnya, tiada la masing-masing sibuk dengan handphone. Boleh letak tepi dan fokus pada percutian hihi

Sebab utama family day buat kat Janda Baik ialah tempat kami nak tidur ni adalah milik kawan enZaf. Dia baru mula berbisnes penginapan di sini. Kira tanda sokongan terhadap kawannya juga. Nama tempat kami duduk ni Have2 (disebut Have Have). Villa Have2 ni besar. Ada 6 buah bilik tidur dan setiap bilik itu ada bilik air masing-masing. 5 buah bilik ada 1 queen bed, lagi satu bilik 2 single bed. Sesuai sangat tuk 6 keluarga dalam satu villa ni.



Ai tak ambil gambar pula masa sampai villa ni. Ikutkan enZaf, masing-masing plan sampai dan jumpa kat villa dalam pukul 3 petang. Kami pula memang sampai lambat sikit. Sebenarnya sebelum ke Janda Baik ni, kami singgah GPO kejap. Sempat lagi kan nak berjalan hihi Gerak dari GPO lewat, konon laju-laju la ke villa, sekali tengok takde sorang pun sampai lagi hehehe Semua lambat sebab ada hal masing-masing.

Sementara menunggu yang lain sampai, ai pun buat tour la dalam villa ni. Ada kolam renang, dan garden. Cantiknya la pemandangan. Tenang rasa dengan bunyi alam semulajadi. Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam tu.



Ruang tamu. Ada karaoke set disediakan. Semua orang dah maklum aktiviti malam adalah menyanyi hehe



Villa ni 2 tingkat. Tingkat bawah ada 2 bilik. Ni salah satu bilik bawah. Besar biliknya, boleh bentang toto kalau ramai ahli keluarga :) Dekat gambar ni ai tak snap keluasan bilik. Tapi memang besar. Boleh dikatakan semua bilik dalam villa ni besar.



Bilik airnya pun besar. Kat bawah bahagian shower ada kolam ikan. Nampak la ikan-ikan berenang masa tengah mandi. Ikan skodeng wei :p



Yang ni kira master bedroom. Biliknya kat atas dan paling besar dari kesemua bilik. Siap ada sofa dan tv lagi.



Bilik air pun besar. Suka ada double sink dalam bilik mandi. Impian diriku kalau ada rumah besar, memang nak macamni.



Antara bilik atas yang lain. Pun besar juga dan cantik. Ada lagi 3 bilik macam ni juga tapi ai tak ambil gambar ke semua bilik.



Gambar dapur dan ruang makan tak ambil plak. Cantik juga. Kat dapur ai suka sebab penuh dengan pinggan, mangkuk, cawan, cutlery dan macam-macam lagi semuanya cukup lengkap. Tak perlu runsing kalau nak makan ada disediakan. Nak masak pun boleh, ada dapur complete dengan kuali periuk minyak semua. Tinggal kita bawak bahan-bahan je kalau nak memasak. Oh nak buat barbeque pun ada. Tapi yang itu kena bawak arang sendiri. Makanan-makanan yang nak dibakar ofkos la kena bawa juga.

Selesai tour villa, berehat dekat ruang tamu sementara tunggu yang lain sampai. Qaireen kusyuk main congkak. Dekat rumah congkak warna-warni, lepas tu bijinya tak sama macam kat sini pakai guli. Suka la dia main keluar masuk keluar masuk dalam congkak tu.



Ambil peluang bergambar dengan anak-anak. Malas nak bergerak tempat lain. Semua bergambar kat satu tempat :p Dengan satu-satunya anak bujang. Hero kesayangan.



Bergambar dengan diva yang kuat makan hehe.. sejak pkp ni kuat betul makannya. Badan macam tu juga tak naik-naik.



Bergambar dengan anak sulong. Yang ni lately asik je nak emo. Ai suka menyakat dia sampai muka dia berubah nak marah. Perubahan alam kanak-kanak nak ke remaja barangkali. Bersedialah diriku tuk menghadapi fasa remaja.



Dekat bahagian luar ni kira panggil dek la kotkan. Ai pun tak sure haha.. Cantik dan best nak melepak. Angin pun kuat juga. Sejuk je rasa.



Daddy dengan anak bongsunya. enZaf cakap esok-esok bila Zahra, Aliah dan Ariq besar, Qaireen la peneman tua kita. :)



Akhirnya semua orang sampai sebelum Maghrib. Malam aktiviti barbeque. Para lelaki semua pergi bakar, kami perempuan hanya berborak dan tunggu makanan sampai hehehe.. gambar dorang bakar tak snap plak. Tapi semua orang gigih buat kerja masing-masing. Ada yang layan anak-anak main congkak.



Ada main jengga, dan ada anak-anak yang sibuk tengok serangga. Dalam rumah ni ada masuk serangga apa ntah nama tapi tak bahaya la. Anak-anak bandar la katakan. Tengok semut pun jakun. Geli hati ai tengok. Duduk dalam rumah ni susah dapat line. Nak tak nak masing-masing buat la aktiviti ikut suka.

Sue sempat amik video curi-curi masa ai tengah nyanyi. Malu bila dengar suara sendiri haha



Sampai tengah malam menyanyi. Best semua sporting. Suara sedap ke tak belakang kira. Lepas tu dalam pukul berapa pagi ntah, agaknya dalam pukul 3 pagi macam tu, lelaki-lelaki tengok bola EPL. Ada plak team feveret dorang malam tu. Dah tu semua minat yang sama Liverpool. Patutla dorang ni ngam keje sampai sekarang. Masing-masing tidur agak lewat. Ai ingatkan tidur lambat bangun pun lambat la juga. Sekali sangkaanku meleset. Anak-anak bila dah ada geng, awal-awal pagi lagi dah bangun sebab nak mandi kolam. Sejuk-sejuk pun sanggup terjun.



Kolam renang ni agak dalam tuk budak-budak. Ai cadangkan memang elok bawa pelampung. Yang pandai berenang boleh je lepaskan. Qaireen dia tak minta plak nak main air. Dia lagi suka pilih makan. Pantang orang makan dia pun sibuk makan sama. Ni ai makan sambil tu tengok anak mandi. Bahagianya kalau hari-hari macamni.



Kalau nak tahu lagi details pasal Villa Have2 ni. Boleh search kat IG have2.jandabaik. Ada banyak lagi kawasan rumah yang boleh tengok macam kolam ikan. Siapa yang minat memancing, digalakkan bawak alat pancing sendiri, dapat ikan terus masak. Fuhhh best :) Oh.. dalam tenghari kami nak keluar mandi sungai pula. Dekat villa ni takde sungai terdekat. Bukan jenis keluar rumah terus ada sungai. Jauh sikit kena naik kereta. Mandi sungai ai buat entry lain pula.

No comments: