Friday, May 29, 2020

Resepi: Udang Butter Nestum Simple


Resepi ni simple sebab tak guna banyak bahan. Bahan-bahan pun yang jenis mudah dicari dan sentiasa ada dekat dapur. 2 hari lepas ai masak Udang Butter Nestum ni untuk berbuka puasa 6. Masak pun takde la banyak, cukup la untuk 2-3 orang makan.



Bahan-bahan

10 ekor udang
3 ulas bawang putih (ditumbuk/ didadu kecil)
1 tangkai cili merah (ditumbuk/ didadu kecil)
3 tangkai cili api (dihiris halus)
1 tangkai daun kari
4 sb nestum
2 sb mentega
Gula dan perasa


Cara Menyediakan

  • Lumurkan udang dengan tepung. Goreng hingga masak, angkat dan toskan. Ketepikan udang.
  • Guna kuali atau frying pan lain. Sebab nak guna mentega. Masukkan mentega dengan menggunakan api yang kecil. Masukkan daun kari tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk iaitu bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga keperangan.
  • Masukkan udang goreng tepung tadi. Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan nestum, cili api, gula dan perasa secukup rasa. Garam tak perlu letak sebab dah guna mentega. Gaul kesemuanya sehingga sebati.



Dah separuh makan baru teringat tak ambil lagi gambar Udang Butter Nestum ni :p Tinggal sikit je, jadila haha



Mudahkan resepi ni. Tak perlu duduk lama-lama dekat dapur. Sedap pun sedap. Makan gitu tanpa nasi je pun best, buat kunyah-kunyah. Tapi jangan la melantak tak ingat dunia, udang tu kolestrol tinggi hehehe Oh, kalau nak bagi rasa lemak dan berkuah sikit, boleh masukkan susu cair sebelum letak udang. Jadila resepi Udang Butter Milk Nestum. Pun sedap :)


2 comments:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

Nurhayati said...

selamat hari raya jua. salam perkenalan :)