Friday, March 1, 2019

Qaireen's 1st Birthday Dinner


Pada hari Sabtu yang lepas, kami sambut birthday Qaireen pada waktu makan malam. Semuanya diatur oleh keluarga ai terutamanya Mak Tok :) Setiap kali cucu-cucnya mencecah umur 1 tahun, sudah menjadi kewajipan buat makan dan yang paling penting ada kek No.1 ditempah. Kebiasaannya sambut harijadi dekat rumah je, tapi kalini mak ajak buat dekat luar pula. Mereka cadang buat kat Pizza Hut Kota Damansara. Dekat dengan rumah ai. Tempahan makanan diatur oleh adik-adik ai Yusreena dan Nani.

Malam tu Qaireen tak berapa sihat, dia dah demam 2 hari. Bila tak sihat, meragam je la dia. Asyik nak berdukung, tak nak orang lain hanya Mummy saja. Ikutkan hati ai nak la buat hari lain, memandangkan semua dah arrange dari awal lagi, tak kan la ai nak cancel macam tu saja. Dah la orang buat majlis untuk kita tapi kita pula tak jadi. Nak tak nak tetap teruskan saja la.

Ingatkan kami sampai lambat, rupanya kami sampai dulu haha Masuk dalam restoran, perhati dah ada belon kat meja, ai agak ini mesti untuk Qaireen. Sampai kat meja Qaireen menangis, rupanya dia tak nak kat belon tu. Nak diikutkan dia tak takut pun pada belon, sebabkan dia demam, takde mood, semua menda tak nak huhu Habis tudung Mummy ditarik-tariknya. Nasib tak tercabut hihi



Dah makan tibalah masanya nak bergambar sebelum menyanyi dan potong kek. Itu pun mujurla dia nak duduk dalam baby chair masa nak ambil gambar. Jadi la walaupun sekejap.



Mak Tok yang tempahkan kek. Dia tahu Qaireen suka sangat dengan Didi & Friends. Cantik sangat kek dia. Bukan sahaja cantik, rasanya pun sedap okay. Kek ni ditempah dengan kedai kek yang sama kat Sg. Buloh. Situ memang sedap dan murah saja. Dalam gambar ini, nampak kek lebih besar dari orangnya hihi



Muka kehairanan kenapa ramai sangat orang tengok dia. Semua pula nak ambil gambar. Oh gambar-gambar ni akak Zahra yg ambilkan, Mummy tak menang tangan melayan si kenit yang tak nak berenggang. Terima kasih kakak!



Dapat juga dia capai kek tu sikit, geram agaknya kan nampak ada Didi tapi tak boleh nak ambil.



Dah selesai semuanya masa untuk menyanyi dan dan tiup lilin. Tapi Qaireen tak tiup pun, tak ada mood kan. Jadinya abang Ariq yang tolong tiup.

Video masa nyanyi lagu birthday.




Harusla ada gambar family. Yeay Qaireen pandang kamera.



Ini gambar dari kamera adik ai. Elok sangat dan dekat.. suka seratus kali :)



Sambung makan lagi kami, lepas tu ambil gambar mak dan abah. Masa birthday abah pada 11hb dia demam, kami tak dapat nak sambut. Jadi ini kira belated la.



Tempah bunga dekat sepupu ai, Fatin. Untuk abah tersayang. Walaupun birthday abah, untuk mak pun ai ada bagi jua hihi Saja menyelit bagi suka-suka. Siang tu ai sempat ke OU, belikan dia brooch. Seronok tengok mak dan abah gembira. Ya Allah, Kau berilah kedua ibubapa ku kesihatan yg baik dan tempatkan la mereka di dalam SyurgaMu.



Bergambar dengan keluargaku. Sedih adikku Hana tak dapat join.



Sayang semuanya, terima kasih buat semua yang bersusah payah uruskan makan-makan untuk Qaireen.



Family enZaf pun ada juga turut meraikan bersama. Terima kasih mak, bapak dan Abang Long serta isterinya Nora dan juga si bongsu Epul :)



Makan-makan ini sudahla diuruskan sepenuhnya oleh keluarga ai, dengan kek bagai. Rupa-rupanya ada lagi hadiah untuk Qaireen. Perasaan ai masa tu tak boleh digambarkan, terharu dan tak terkata. Pasal hadiah nanti buat entry lain. Salam Jumaat dan selamat datang bulan Mac. Cepat betul masa berjalan.

No comments: