Bread Pudding atau Puding Roti adalah makanan kegemaran ai dari dulu lagi. Zaman muda mudi dulu ai tahu makan je. Dulu nak makan tunggu masa buka puasa kat hotel. Hotel punya bread pudding selalunya sedap-sedap. Memang tak lepaskan peluang keemasan hehe Sepanjang tu ai tak pernah terfikir pun nak buat sampai la dah kahwin anak 3 baru perasaan nak mencuba resepi bread pudding ni muncul :) Dan masa itu lah baru tahu, senang je rupanya nak buat. Resepi ai ni simple aje dan tak leceh. Dan semestinya sedap. Ai kalau makan bread pudding mesti kena ada sos kastard. Baru terangkat! Bawah ni adalah resepi bread pudding yang ai biasa guna.
Bahan-bahan untuk puding roti
1 bungkus roti (saiz kecil)
2 sb choclate chip
3 cawan fresh milk*
2 biji telur*
2 sb mentega*
4 sb gula*
1 sk esen vanila*
Bahan-bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sb tepung kastard
2 sb gula
Cara Menyediakan
Untuk Puding Roti:
Satukan semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk. Pukul sampai semuanya sebati. Kemudian, ambil loyang dan koyakkan roti-roti dan masukkan ke dalam loyang tersebut. Bila dah habis kesemua roti masuk dalam loyang, tuangkan bahan-bahan yang sudah dipukul itu ke atas roti. Biarkan seketika bagi meresap ke dalam roti sepenuhnya. Akhir sekali taburkan choclate chip. Selalunya orang lain letak kismis. Tapi ai gantikan kismis dengan choclate chip sebab anak-anak tak makan kismis. Selain itu, kita juga boleh letak almond atau walnut atau apa-apa saja yang kita suka.
Masukkan ke dalam oven, bakar dalam 200°C selama 45 minit. Bergantung juga pada oven masing-masing. Sementara menunggu bread pudding tu siap, boleh la kita buat sos kastardnya pula.
Untuk Sos Kastard:
Mudah sahaja, satukan semua bahan dalam periuk. Gunakan api kecil dan sentiasa dikacau sehingga mendidih. Kepekatan sos mengikut citarasa masing-masing. Siap dan boleh dihidang :)
Gambar bread pudding kat atas ni hasil dari air tangan Aliah. Dia buat masa kita pkp fasa 3 kalau tak silap ai. Oh ada letak cashew nut tapi tak berapa perasan pula. Kena tengok betul-betul :p Aliah ni bab masuk dapur dia memang rajin. Ada je datang tanya ai masak apa. Dah alang-alang dia suka tu, ai pun ajar la dia buat bread pudding ni.
Ai sediakan semua bahan-bahan dan ajar dia satu persatu cara penyediaannya.
Sos kastard pun dia masak. Orang pendek kena panjat kerusi baru boleh nampak apa dia kacau tu :p
Bread pudding ni kegemaran semua orang jua kat dalam rumah ni kecuali Ariq. Dia makan tapi tak banyak sangat. Dan si kecik ni baru first time makan bread pudding. Dan dia pun suka, habis licin pinggan tu.
Masa minggu pertama puasa ai buat lagi bread pudding. Masa puasa roti tak laku, dari terbiar berkulat baik masuk dalam oven. Buat pencuci mulut terus, at least anak-anak ni makan. Tapi buat tu hanya tinggal 6 keping roti je. Bila sikit maka bahan-bahan yang kita guna tu pun separuh je la pakai. Tak perlu banyak sangat.
No comments:
Post a Comment